Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, June 4, 2009

kahwin

Cuti sekolah kembali lagi. Dan seperti kebiasaan sepanjang hampir 22 tahun aku bernafas di atas bumi ini (Allahamdulillah), cuti sekolah adalah musim “orang kahwin”. Begitulah kebiasaannya… Tahniah kepada sesiapa yang bakal menukar status dengan menjalin ikatan yang suci… Alhamdulillah… kalian telah bertemu dengan jodoh kalian… semoga kebahagiaan yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat… InsyaAllah…

Daripada Aisyah r.a berkata, Nabi s.a.w telah bersabda;
“ Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.” (Riwayat Ibn Majah)


Kepada sesiapa yang masih menyendiri (termasuk empunya diri yang sedang menaip ini… huhuhu…), jangan bimbang atau gusar… setiap insan telah ditetapkan jodohnya… Cuma yang beza antara kita semua, sama ada cepat atau lambat kita bertemu dengan jodoh kita. Tetapi dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, ramai antara kalangan remaja telah bertemu dengan “jodoh” mereka cuma bezanya tiada ikatan yang sah di dalam perhubungan itu. Dan apa yang bakal dicoretkan di sini adalah peringatan buat diri sendiri dan juga sesiapa yang membaca.
Dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan isthikarah dan musyawarah (perbincangan). Nabi pernah berpesan di dalam hadithnya supaya segera bernikah bagi yang bertemu calonnya. Awas! Hindari diri daripada segala perkara yang menghampiri zina.



Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharah walau apapun keadaannya tatkala ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar – tukar pekerjaan, percayalah pada jodoh yang telah diaturkan Allah.
Ingin aku bawa sebuah cerita tentang kehidupan seorang pelajar pada masa yang sama adalah seorang isteri yang menuntut di luar negara dan dengan izin Allah S.W.T telah dikurniakan seorang cahaya mata pengikat kasih yang amat comel. Membaca setiap coretannya (biar aku bahasakannya sebagai ukhti), aku rasa kagum yang teramat sangat dengan diri uhkti. Hidup di perantauan, jauh dari keluarga tapi di sisinya ada seorang suami tempat berlindung dan seorang anak penyejuk hati. Kisah dan kecekalan pasangan ini (kerana kedua – duanya masih belajar) buat aku rasa malu dengan diri sendiri. Pengenalan mereka teramat singkat, dan pertunangan mereka dilangsungkan ketika mereka sibuk berjuang di medan peperiksaan. Pertunangan yang tidak menjangkau satu purnama telah dimeterai dengan sebuah ikatan yang suci moga – moga berkekalan sehingga ke ahkir hayat… ameen… yang paling indahnya, mereka bercinta selepas akad… aku rasa itu yang sebaiknya… dan kalau ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan pada pandangan aku, ukhti telah buat keputusan yang tepat walau pun kadang2 aku tertanya sendiri, “cukupkah wang perbelanjaan bulanan mereka…? Pelajaran, rumah sewa, susu anak, lampin anak, seaneka jenis bil yang perlu dilangsaikan setiap bulan dan yang lain2…”. Tapi aku yakin, Allah itu sentiasa ada untuk sesiapa yang memerlukan. Dan atas dasar itu juga hubungan itu dibina kerana aku pasti ukhti yakin dia telah temui “ADAM”nya melalui doa yang tak pernah putus… ADAM yang bakal memimpin dan menjadi imam buat diri ukhti dan anak – anak mereka kelak… insyaAllah… doa aku semoga ukhti terus berjaya dalam mencapai cita2 dan menjadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali… ameen…

Semasa aku di alam persekolahan, aku juga mengimpikan untuk tidak bercinta sebelum akad. Tapi malangnya aku tewas dengan diri sendiri… Astaghfirullah al-A’zim… Dan cuti kali ini benar – benar telah membuka semula minda aku supaya aku berfikir dengan lebih waras. Kadang – kala aku bertanya pada diri sendiri, “siapa yang patut dipersalahkan seandainya, cinta itu telah hadir sebelum akad tetapi salah seorang daripada pasangan itu tidak bersedia sama ada dari segi kewangan mahu pun persediaan mental atau keluarga sebagai penghalang dengan alasan mereka masih muda, ada cita – cita yang perlu dicapai…?”


“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang – orang yang layak nikah di antara hamba – hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha mengetahui” (surah an-Nur: 32)

Hanya Allah yang maha mengetahui… moga kehidupan aku selepas ini lebih baik daripada semalam… dan semoga jodohku bersama “ADAM” yang dapat membimbingku ke jalan yang diredhai dan dapat mendidikku menjadi muslimah yang taat dan solehah… ameen…
The end…


** sumber : majalah SOLUSI
Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

2 comments:

NuRuzZ_cONNettO said...

k.jue! ni pekes post sal kawen2 nih??? hohohoho.
tunggu na cari bakal zaujun yg mahal2 dulu tau! hahaha

miss jue said...

carikan utk akak gk tau...
nti cmne nk tunaikan jnj ngn nana kalu akk [n xd calon...
hahahaaaaa