Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, June 4, 2009

Makkah al – Mukarramah




Makkah al – Mukarramah di mana letaknya kaabah nan satu yang menjadi kiblat seluruh umat di setiap pelosok dunia. Kenapa post kali ni berkisar tentang kota Makkah??? Sepanjang cuti yang dah menjangkau hampir 3 minggu ni, aku sentiasa melewati blog2 saudara seIslam yang sentiasa mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah. Dan aku sendiri kadang kala merindui detik2 yang pernah aku lalui di kota suci itu. Ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Dan dalam hati sentiasa berdoa agar dapat kembali lagi ke kota suci itu dan mungkin untuk menunaikan ibadat haji pula… InsyaAllah… semoga dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T… ameen…


Kedudukan geografi Makkah
Bumi Makkah terletak di bahagian barat Negara Arab Saudi dan bertempat di bumi yang terkenal dengan jolokan Ardh al – Hijaz (bumi hijau). Kota Makkah terletak di tengah – tengah kawasan lembah padang pasir yang dikelilingi oleh bukit bukau dari setiap sudut seolah – olah memagari Kaabah.
Kawasan tanah rendah di sekitar kota Makkah dinamakan al–Bath’haa’ manakala kawasan timur Masjidil Haram dinamakan al-Mua’llah. Di bahagian barat dan selatan pula dinamakan al-Misfalah.
Terletak pada longitude 210 25’ 19’’ N dan latitude 390 49’ 46” E. Ketinggiannya adalah sekitar 300 meter dari aras laut.

Makkah al – Mukarramah satu tempat yang sentiasa terpahat pada hati – hati yang sentiasa rindukan ketenangan. Keamanan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T seperti firmannya;

“ Barang siapa yang memasukinya akan tetap dalam keamanan” (surah al-Imran: 97)

Makkah merupakan tanah haram yang menjadi pilihan Allah Ta’ala dan rasul-Nya sebagai tempat yang paling dicintai untuk dibina satu mercu tanda agung iaitu kaabah yang menjadi kiblat penyatu ibadah umat Islam sedunia. Makkah adalah tempat berhimpunnya hati – hati manusia, tempat perkumpulan bani insani untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Allah S.W.T telah memilih kota Makkah sebagai tempat pembinaan rumah-Nya yang pertama iaitu Kaabah di dalam Masjidil Haram.

“ Sesungguhnya rumah yang mula – mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) bagi manusia ialah Baitullah yang terletak di Bakkah ( Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi sekalian manusia” (Surah al-Imran: 96)

Tiada tempat yang digandakan pahala solat sebanyak seribu kali ganda kecuali di Masjidil Haram. Itulah kiblat umat Islam seluruh dunia.
Makkah mempunyai daya tarikan yang lebih kuat daripada daya tarikan besi magnet ke arah hati mereka yang mengasihinya. Tidak ada sesiapa pun yang jemu mengunjunginya bahkan makin kerap kita menziarahinya semakin kuat rasa rindu padanya.

Sumber : majalah SOLUSI
terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

No comments: