Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, August 13, 2009

sesi meluahkan perasaan ^_^

hehehe... macam "bunga2 cinta" je tajuk post kali ini... tapi kepada pembaca semua jangan salah sangka okey??? sesi luahan perasaan ini bukanlah untuk membuat anda semua loya tekak sehingga terkeluar segala isi perut dan anda tidak perlu risau kerana segala isi kandungan entry ini adalah sesuai untuk bacaan umum... [kategori Umum key???]... tapi awalan maaf dari hujung umbun2 rambut sehingga ke hujung tumit dipinta seandai apa yang bakal dicoretkan ini sedikit sebanyak mengguris hati dan limpa anda... dah tajuk pun luahan perasaan, mesti sesuatu yang lahir dari hati kan??? bukan sayang dan cinta je lahir dari hati, tapi benci dan sakit hati pun boleh lahir dari hati kan??? cuma kalau boleh, elakkan la... tak baik...

--->>>sesi luahan perasaan pertama
hari ni saya rasa mood saya amatlah tidak baik dari saat sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke dewan kuliah untuk kelas yang pertama seawal jam 8.30pagi... sesuatu telah berlaku dan amat mengguris hati saya... dan saya amat tak sangka dia berkata demikian... saya tak tau la sama ada insan tersebut sedar atau tidak yang saya terasa hati dengan dia... lepas je kejadian itu, saya terfikir... orang selalu kata, "buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..." dan saya rasa itu yang jadi pada saya pagi ini... terlalu baik dengan orang hinggakan orang PIJAK KEPALA kita... entah la... sesetangah manusia ni memang suka bermanis mulut dengan orang lain, bila dapat apa yang dihajati langsung hilang terus ciri2 kemelayuan... TENSION dengan manusia macam tu...

tak cukup dengan kesakitan hati di kelas, hati saya terus disakiti oleh insan yang saya tak kenal dan saya pun tak kenal dia...
alkisahnya dalam bus nak balik kolej... segerombolan "kanak2" [nape kanak2??? sebab mereka hanya umur je besar tapi akal tak sebesar umur] yang terlebih EXCITED nak naik bus yang dah penuh sesak... kehadiran "kanak2" tersebut menjadikan bus yang sesak sardin itu seperti pasar borong... saya TENSION sekali lagi... saya yang mulanya berpaut pada tiang tiba2 hilang tempat bergantung bila "kanak2" itu bertolak2 masuk ke dalam bus... TENSION kali ke seterusnya... dan saya terus tunjuk tanda protes pada "kanak2" itu bila dia cuba "merampas" tempat bergantung saya... [saya tidak peduli apa pandangan anda pada saya kerana saya yang mengalami peristiwa itu dan anda mungkin tidak pernah ditolak sehingga terseliuh kaki ketika hendak masuk ke dalam bus...] saya masih tak faham kenapa masih ada manusia yang susah nak menghormati hak orang lain??? [ya... saya tahu... saya tidak sempurna tapi Alhamdullih, hari ini saya telah sedar silap saya... and gerat tahnx to HIM]

sebenarnya banyak lagi benda kurang baik yang terjadi hari ini... tapi biarlah rahsia... biar hanya saya dan DIA sahaja yang tahu... kerana DIA adalah SEGALANYA...

p/s : takde manusia yang sempurna... belajar menerima kekurangan orang lain... tapi x salahkan kalau kita cuba nak puaskan hati semua orang walau sebenarnya tak mampu...

p/s 2 : kita hanya manusia lemah dan nabi yang maksum pun maafkan umatnya... inikan kita... amalan pun x seberapa... kepada semua pembaca, maafkan penulis andai pernah tersalah laku, tersalah kata, terlebih gurau dsb.... mohon halal segala2nya...


--->>>sesi luahan perasaaan kedua
bila saya belek2 folder2 pics dalam laptop ni, rasa rindu yang tak terluah tiba2 bersarang dalam hati... rindu saya pada dia... dia sahabat saya ketika cuti semester... sahabat bergaduh... sahabat bermain... sahabat makan sama2... sahabat tgk wayang... sahabat window shopping... sahabat bergosip... dan dia la SAHABAT...

siapa dia yang saya rindu itu????
rindu pada celoteh dia...
rindu nak dengar cerita2 dia...
rindu nak dengar dia bertanya berjuta soalan sehingga tak larat nak jawab...
rindu nak bebel2 kat dia...
rindu nak tgk dia makan puas2...
rindu segala2 yang saya pernah lakukan bersama dia...

dan dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ni la dia yang aku rindu itu... my little sist...
gambar ni masa dia g pendaftaran tingkatan satu.. kt mana???
nampak logo dan tulisan kt sarung bantal tu...
>>>SARJANA<<< waaahhhhh.... x yah belajar susah2, terus dapat sarjana... hehehe... what is SARJANA??? orang perak tau kot...

SEKOLAH RAJA DR. NAZRIN SHAH... kg gajah, perak...

kasi closed-up sikit muka little sister...
jeng2... jeng...
.
.
.
.
.
.
.

gambar masa raya tahun bila entah...
mesti litttle sist marah sebab letak gambar x berapa nak comey ni... =p


ni little sist ngan bonda...
nampak selempang tu???
TOKOH MURID... bangga la tuuuu....


finally...
little sist and her comey sist... ^_^
masa konvo nov2008...
[sila abaikan muka saya yang x comot time tu... panas tau pakai jubah konvo tu... peluh2...]

p/s : rindu itu indah sebenarnya... bila rindu bertandang, baru sedar betapa sunyi hidup tanpa rindu dan kasih sayang...


nota pengarang : Al - Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri... semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh...
p/s : yang pergi takkan kembali dan yang tinggal, teruskan beramal... entah bila masa kita, hanya DIA yang tahu...


salam rindu...
salam ukhwah buat semua...

wassalam...

No comments: