Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, September 7, 2009

pemilik cintaku

seribu persoalan....
siapakah pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul???
tapi layakkah saya untuk mendapat cinta insan sedangkan saya masih tidak sepenuhnya mencintai diri sendiri... bukan maksud saya mengabaikan diri sendiri tapi seandainya saya mencintai diri sendiri, sudah pasti saya mengamalkan amar ma'aruf nahi mungkar... dan saya berasa sgt2 berdosa dan bersalah kerana sepenuhnya mengamalkan apa yang saya pelajari suatu ketika dahulu... saya bukanlah seorang yang jahil tentang agama kerana ayahanda dan bonda telah merencanakan yang terbaik untuk saya... membekalkan saya ilmu fardu ain dan fardhu kifayah... ilmu dunia dan akhirat selayaknya... tapi saya bukanlah seorang ilmuwan... yang kaya dengan segala ilmu... saya masih banyak kurangnya... dan kerana kekurangan yang saya ada itulah saya alpa dan leka... Astaghfirullah Al-azim...

pagi tadi saya baru menghabiskan bacaan sebuah buku yang saya kira berguna untuk semua... dan membaca buku itu telah menyedarkan saya bahawa selama ini saya adalah insan yang rugi...
pepatah arab [setelah ditranslatekan] menyatakan...

"ilmu tanpa amal itu sia2, amal tanpa ilmu itu gila"

atau

"berilmu tanpa beramal itu ibarat pohon todak berbuah"

itu la yang saya rasakan... dan saya mahu kembali menjadi diri saya yang dulu... dan bonda pun pernah menyatakan rasa hatinya ttg diri saya... bonda, maafkan anakanda mu ini kerana mensia2kan usaha ayahanda dan bonda utk melihat anakanda sebagai insan berguna untuk agama dan masyarakat...

kepada sesiapa yang sedang mencari cinta kerana kesepian hidup sendirian... saya syorkan bacalah buku ini... dan anda akan temui jawapan yang amat menenangkan...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
Vbuku ni boleh didapati di MPH, Popular atau kedai2 buku yang terpilih...
cuma RM12... x rugi baca dan hanya 88 pages...




nota pengarang : saya ingin mencari jati diri saya... saya mohon pembaca semua dengan seikhlas hati mendoakan terbaik buat saya di dunia dan akhirat...

luahan hati : rindukan suasana di alam persekolahan.... =(


salam ramadhan...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...

No comments: