salam untuk semua yang setia membaca blog saya yang serba kekurangan dari sudut ilmiah... sebab apa? sebab pe yang saya faham dari sudut penulisan kreatif [maaf yer... ayahanda saya seorang penulis], kebanyakan penulis menulis sesuatu atau dalam bahasa mudah kebanyakan karya yang terhasil atau dibukukan adalah hasil daripada pengalaman atau pun pemerhatian pada sekeliling.
dan saya sendiri seorang yang suka memerhati gelagat2 manusia yang ada. honestly... saya kurang bercakap kalau bukan pada masanya kerana saya lebih suka memerhati tingkahlaku dan sikap orang. dan saya akui kadang2 saya menilai seseorang pada luarannya [ni bukan cara yang baik. harap maklum].
ayahanda saya pernah berkata pada saya, "orang yang banyak cakap sebenarnya 'kosong', dan orang yang kurang bercakap itu sebenarnya dia banyak berfikir"... dan saya akui kebenaran itu. ayahanda saya bukan seorang ilmuwan di bidang sains [seperti kami adikberadik], tapi setiap yang ayahanda lakukan sepanjang hayatnya adalah sebenarnya aplikasi termudah asas2 sains yang saya pelajari sejak dari sekolah rendah. bila saya fikir2 balik, saya akui kadang2 saya bertindak hanya menggunakan logik akal. saya kurang aplikasi apa yang saya pelajari dalam rutin harian saya. anda bagaimana???
kenapa tiba2 hari ni saya membebel tentang perkara ini??? saya sendiri x punya jawapan yang pasti tapi saya punya alasan sendiri. saya punya banyak perkara yang terlintas dalam fikiran saya saban hari yang saya rasa ingin dikongsi di dalam blog ini. tapi seperti saya maklumkan terlebih dahulu, saya lebih suka berfikir pada masa tertentu tapi sukar menterjemahkannya dalam perkataan yang akhirnya membentuk ayat. dan saya juga bukan seorang yang jenis meminta2 hatta daripada parents saya. kerana kalau boleh, saya inginkan dapatkan apa yang saya mahu atas usaha saya sendiri. dan kerana itu juga la saya bukanlah antara golongan pelajar yang rajin menapak ke bilik guru ketika zaman persekolahan, bukan juga golongan pelajar yang berjanji temu dengan pensyarah dek kerana tak faham akan syarahan yang diberi, dan sudah semesti saya bukan golongan pelajar yang akan bertanya soalan seusai guru2/pensyarah2 berkata, "ada apa2 soalan???".
saya adalah diri saya sendiri. mungkin kerana saya kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan para pendidik saya [guru/pensyarah]. apa yang saya lakukan bila saya berhadapan dengan masalah dalam pelajaran?? saya akan membatukan diri di atas kerusi jauh dari hirukpiruk manusia dan mula membaca topik yang saya tak faham beribu2 kali sehingga ada input dalam otak... kalau x boleh gak, saya minta tolong kawan kelas yang ikhlas mengajar untuk terangkan pada saya... cara terakhir kalau dua cara tersebut tak berkesan baru saya pergi berjanjitemu dengan pensyarah. sememangnya dari zaman sekolah lagi saya macam tu. saya lagi prefer belajar sendirian dari berkumpulan [kecuali masa form3, saya belajar berkumpulan]. dan mungkin kerana sikap saya itu, maka hari ini saya bukanlah seorang pelajar perubatan, mahupun pergigian, atapun farmasi [zaman sekolah bercita2 untuk menjadi seorang pharmacist], engineering... saya hanya pelajar sains biasa.. saya bukan pelajar jurusan professional...
jadi itu semua adalah cara saya... ada orang pernah katakan bahwa saya adalah seorang yang complicated. mungkin juga tapi bukan sepanjang masa... saya seorang yang kurang bercakap kalau bukan pada masa dan tempatnya... dan saya juga seorang yang moody... pesan saya pada anda semua, selagi saya hormati hak anda [yang tua of course saya hormat... ni lebih kepada yang muda atau sebaya saya, lelaki mahupun perempuan], saya mohon anda juga menghormati hak saya kerana sekali saya hilang hormat pada anda [selalunya pada yang lebih muda atau sebaya], maka selamanya akan berterusan begitu. saya sudah penat menjadi terlalu baik sehingga orang pijak kepala saya tapi saya pendamkan segalanya. hanya saya yang tahu melainkan DIA. saya bukan ingin berdendam pada siapa, tapi saya mahu ingatkan pada semua orang termasuk saya sendiri, lain orang lain caranya...
sekian bebelan saya...
p/s : mohon ampun andai ada sesiapa yang terasa dengan entry ini... ini adalah sebahagian coretan ikhlas hati saya tentang diri saya.
salam mahabbah
salam ukwah
wassalam

ANDA BAGAIMANA???
salam mahabbah
salam ukwah
wassalam
No comments:
Post a Comment