macam pe tajuk kali ni... tajuk ni bukan nak tagih simpati sesiapa. ni semua hanya berkaitan diri saya sendiri.
saya ratu air mata. kenapa??? saya teramat mudah menangis. dan saya seorang yang sensitif. dari zaman sekolah lagi saya sedar hakikat ni walaupun pernah ada orang kata saya seorang yang tabah. YA!! mungkin luaran saya nampak tabah sebab saya jarang menangis depan orang ramai tapi dalaman, jiwa saya amat rapuh.
kenapa tiba2 nak cerita semua ni??
sebabnya saya sedang bersedih.. little princess saya sekrang di hospital. saya dapat tau daripada kakak pada malam rabu. dia demam panas. then semalam dear sist text saya kata little princess ada pneumonia, infection pada paru2. dan tak semene mata saya mula terasa panas, terasa ada takungan. saya perlu tahan, sebab masa tu saya di kalangan sahabat sementara tunggu kelas LAW. then malam tu masa kelas [kelas LAW saya dr jam 6.30ptg - 10mlm] dear sist hntr mms gmbr little princess.. wawaaaaa... lagi terasa nak menangis.
tadi on the way saya balik kolej dari fakulti, dear sist hantar lagi mms gmbr little princess.. saya sebak. sebab saya teringat arwah ayah. saya teringat masa2 yang saya luangkan setiap hujung minggu di HKL menemani arwah ayah. saat tu walaupun arwah ayah just baring tanpa berkata kerana dia menahan sakit yang teramat, saya amat bahagia melihat dia ada depan saya.
saya rasa saya perlu berhenti di sini... mata saya berkaca kembali. saya perlu kuat.
** miss him so much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!**
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
No comments:
Post a Comment