hari ni hari jumaat. esok sabtu maknanya cuti sekolah, x ada kelas. yahooo!!! sgt2 happy sbb seminggu ni penuh dgn dugaan. rasa macam nk menangis. jadi mlm ni kita enjoy dulu before mula study OSH. oh ya, test OSH saya sepatutnya hari selasa lepas tp dah ditunda ke selasa depan. so seminggu ni saya macam orang x sedar diri. online 24jam. ha!!! lagi satu, saya dok keje online je sebab saya baru beli broadband ^_^
abis la budger lari lagi... kena ikat perut lagi walaupun x penah kempis badan ni
oh ya, saya sedang menaip entry sambil mendengar UNIC nyanyi live. jangan jelous okey??? dorang diundang khas oleh JPK kolej saya [betul ke??] untuk persembahan sempena perasmian Festival Melati 2010. dan saya sebagai penghuni kolej yang baik, turut serta memeriahkan majlis perasmian tersebut dari dalam bilik. saya bukan apa, sian kt penghuni yang dok level 8,9. dorang mesti nak turun bawah kt dataran tu sedangkan bilik saya level3 dengar dengan jelas nyanyian UNIC. setelah sekian lama, saya dengar kembali lagu2 UNIC yang lama2 [maksud saya lagu2 dorang masa awal2 kemunculan dorang].
wawwaaaa... tiba2 rasa sedih. teringat zaman sekolah. masa sekolah dulu, hari2 dengar nasyid. macam2 nasyid hafal. sekrang pun hafal lagi tapi nyanyi syok sendiri je la. malam ni first time dengar UNIC nyanyi live. masa sekolah dulu pernah pergi konsert IN-TEAM kt PUO. banyak betul kenangan.
okey la... saya nak hayati lagu2 UNIC ni. bila lagi boleh dengar live kan???
haaaaa... sebelum lupa, esok ada forum tajuk "Perigi Cari Timba" [lebih kurang cmtu la tajuk dia] dan salah sorang panel ialah ustazah fatimah syarha [penulis buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul]. dan kalau x ada aral melintang, saya nak pergi forum tu esok. jom ramai2 pegi.
sape2 yang ada sekitar shah alam, jemput2 la datang memeriahkan festival kolej saya ni. banyak aktivit menarik [saya tolong pormote bg pihak JPK]
nota kaki : pulun study OSH!!!
nota kaki lagi : dorang nak nyanyi lagi " DEMI CINTA SUCI" .jom pakat nyanyi ramai2... roomate ku tiada. bahagia la saya berkaraoke sorang2 ^_^
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam
No comments:
Post a Comment