Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, June 1, 2010

Trip to Terengganu - Day 2-

salam dan selamat pagi semua.
saya bersiaran langsung dari Tingkat 6, Blok A, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam =)

okey laa... hari ni nak sambung cerita semalam.
hari ni Trip to Terengganu episode ke-2.

pagi2 lepas breakfast makan nasi impit + rendang ayam [teramat la sedap], kitorang bergerak ke Kompleks Muzium Terengganu. actually aku ni tak ada la minat sangat nak pergi muzium2 ni tapi excited gak laa.. sebab sebelum pernah tengok dalam gambar nampak cam menarik. sampai kt muzium dalam pukul9 pagi.. awal okey?? rasanya kitorang la ornag pertama yang beli tiket untuk masuk ke muzium tu... heeheee... mula2 masuk dah ada sejarah Batu Bersurat, aku pun baca la sikit2.. [sikit je sebab aku bukan pencinta sejarah... =p]. tiba2 datang sorang staff muzium ni, explain kat kitorang blaa... blaa... blaa... mak aaaaiiihhh!! banyak blok lak muzium ni. banyak tingkat lak tu. kitorang pergi semua blok tu okey??? dar tgk artifak2 lama, pastu g lak tengok haiwan2 serangga [macam zoo la pulokkk], pastu g tgk anyaman2, perisai2, sejarah2 Malaysia, salasilah Sultan Terengganu [ni part aku suka sbb ada byk gmbr2 + peralatan2 Di-Raja yang ctk2.. ngee~] sampai la ke tempat petroleum [ni pun okey la jugak sbb aku phm la jugak sikit2]... abis je pusing satu muzium tu, mmg rasa letih gila. dah la panas kt situ kecuali kt tempat petroleum tu je aku rasa bernafas sikit. kat tempat lain aku rasa sesak nafas... huhuhuuu.. 

ni gambar sebelum bertolak ke muzium...


gambar2 di sekitar muzium...
aku tak letak semua sebab malas nak edit banyak2


balik dari muzium, kitorang memulakn misi mencari batik. pergi la penthnamatempattu dekat stesen bas.. tapi banyak kedai yang tutup dari buka.. pastu gerak lak ke penthnamatempattu depan pasar payang, pun sama gak. tapi ada la singgah satu kedai tu. borong batik kat situ je laaa... bukan aku ek.. kakak ipar aku. ramai benar orang pesan kt dia... 

seeee???? banyak kedai tutup dari buka.
aku pun tak tau nape. mungkin jumaat tu public holiday jadi semua peniaga bercuti...
kedai hujung tu la yang untung besar... =p


balik dari shopping2 mengirai duit... kitorang balik ke tempat penginapan untuk solat zohor dan berehat2... lebih kurang kul3 bergerak lak ke Masjid Tengku Tengah Nur Zahirah... masa tu cuaca teramat la panas tapi aku tengok ramai je orang yang berpicnic.. haaaihhh... orang terengganu mmg suka picnic hatta di tengah panas ye??? no komen..

aku sangat suka pemandangan kat sini...
aku kan pencinta alam... [bak kata dila]


tak ada motif pun letak gambar pokok2 ni


snap gambar masjid pun dari jauh... sambil berteduh di bwah pokok..
oppsss... saya bukan puteri lilin...


lepas puas mencuci mata di tempat itu, maka kitorang pun bergerak ke destinasi seterusnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

heheheee... Noor Arfa Batik
macam2 ada.. aku pun amik kesempatan beli kaftan untuk diri sendiri dan little sist.
hahahaaaa... gelakkan laaa..
punya banyak benda boleh beli, kaftan gak yang menjadi pilihan hati...


habis cuci2 mata kt sana, perut sudah lapar.. jadi jom cari tempat makan. kitorang singgah makan kt Waterfront. oh, ada western je kat kedai yang kitorang pilih tu... so, tgk menu. macam2 makanan western ada. at last aku pilih Chicken Sizzling. sebab rasa macam best je dapat makan panas2 sambil menikmati suasana matahari nk terbenam... big brother pun order sama ngn aku. kakak ipar aku order Mushroom Sizzling. bila order sampai, kitorang punya la gelak tak ingat dunia. mana tak nyaaa... ingat order Mushroom Sizzling tu ada la yee mee macam selalu and xtraaa mushroom la konon2nya, yang aku lak ingatkan ada la yee mee dengan xtraaa ayam ke... sekali dapat ayam macam chicken chop tu! yang kakak ipar aku lagi kesian, mushroom semata2.. dari sehalus2 saiz sampai saiz besar gabak. semua ADA!! wawawwaaaa... memang kelakar. tak pernah aku jumpa macam tu... dah la ayam aku dapat tu macam tak masak sangat.. huhuhu... kakak ipar aku lak makan sikit dah muak. ye laaa... satu plate tu penuh dengan mushroom menggunung... rugi aku tak snap gambar, kalau x, leh tunjuk bukti kt korang. tapi kalau korang nak merasa pengalaman cam aku, g la makan kat kedai western kt Waterfront KT tu...


pemandangan di waterfront.
tempat cantik tapi rumpur panjang2 laa..
[ada je benda aku nk komplen =p]

sekian sahaja bebelan di pagi hari. jumpa lagi dalam episod terakhir Trip to Terengganu di masa akan datang.


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

No comments: