Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, July 29, 2010

Kenangan Ramadhan bersama BA

tadi masa jalan2 dekat blog orang lain, aku singgah kat blog ni. terbaca la pula entry dia yang ini. aku yang kebosanan ni terus jadi excited nak share cerita ramadhan aku dengan korang semua. korang nak baca tak? tak pe la kalau tak ada yang nak baca, aku coretkan juga untuk tatapan anakcucu aku nanti. 







cerita ramadhan aku ni tak ada la lawak atau sedih atau apa2 je yang melibatkan emosi. tapi ada kot yang happy =).. kenangan ramadhan ni cerita zaman aku sekolah dulu. aku dulu F1-F5 sekolah asrama semua perempuan. first time aku sambut ramadhan kat asrama masa aku F2 kalau tak salah aku. masa tu seingat aku ramadhan dah dekat hujung tahun, waktu dah nak habis penggal persekolahan. jadi ramai la rakan2 bilik aku yang telah meloloskan diri dari pagar sekolah. tinggal la aku dengan beberapa orang dan kawan2 sedorm. aku tak balik sebab ayahmak aku cikgu, mau aku kena hambat kalau meloloskan diri dari pagar sekolah. jadinya kakak2 tu la yang tukang kejut aku pagi2 ajak pegi sahur TAPI disebabkan aku malas nak pergi basuhmuka-pakaibajututupaurat-pakaibedak-berjalanlengganglenggokkedininghall, aku pun gelengkepala-minumairmasak-tarikselimut tido balik... 
macam tu la keadaan aku pagi2 bila bulan ramadhan. sampai la aku F5, duduk sebilik dengan kawan2 sebab masa tu dah SPM. SPM masa puasa memang BEST. tiap2 malam sebelum tidur aku pesan dekat kawan2 aku minta kejutkan aku untuk sahur kat dininghall. tapi perkara yang sama macam aku F2 berulang lagi, cuma kali ni aku tak ada la tarikselimut tidur semula. lepas minum air, buat solat hajar [nak periksa besar la katakan] terus buka buku. benda tu berulang sampai hari terakhir puasa kat sekolah. malam sebelum tu, aku pesan lagi kat kawan2 kejutkan aku untuk sahur kat dining hall. esok paginya aku memang dah semangat la nak pergi sahur sekali lauk pula tak kena dengan selera [macam2... alasan je semua tu].. kesimpulannya tak pernah la aku bersahur kat dining hall sekolah selama 5tahun aku belajar kat sana.

tapi paling best, bila masa nak buka puasa. memang meriah laaa... sebab ramai2 berbuka puasa. tak kira senior or junior, semua kumpul bersama... adalaha dalam 700++ orang budak sekolah aku. bila dah nak dekat azan, semua diam khusyuk nak tunggu azan. lepas baca doa dan makan. lepas makan terus siap2 nak pergi solat maghrib + isyak + terawih berjemaah... argggghhhh!!! aku dah mula rindu zaman sekolah.




p/s : sorry sebab gambar low Q... maklum la dulu mana ada kamera digital. tangkap gambar pakai kamera negatif then hantar cuci kat kedai. so, gambar2 kat atas ialah hasil daripada tangkapgambar yang dah cuci a.k.a gambar dalam album.


katahati :: apa kenagan ramadhan anda? jom kita kongsi sama2 =)


salam mahabbah salam ukhwah wassalam... lots of L♥VE

No comments: