Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, October 31, 2010

aku tak takut jarum lagi... yeayyy!!!

2 hari lepas aku derma darah hari tu, aku pergi lagi blood bank untuk ambil darah. saja2 nak buat blood test. sehari sebelum tu, aku dah pesan dekat sorang student MLT kat situ, minta tolong dia bgtau nurse yang cucuk aku masa aku derma darah tu aku nak nurse tu juga yang cucuk aku untuk ambil darah. tapi apakan daya, nurse tu pergi mobile pula... tinggal la lagi 2orang nurse. aku tak kisah sangat siapa yang cucuk aku, tapi aku takut kalau nurse lain yang cucuk, sakit meraung pulak aku.
jadinya, adalah sorang nurse ni. muda lagi dari aku. dia pun cari2 la urat aku. tapi urat tak mahu timbul... isyyyy.. ni la akibatnya 'orang sihat'. =(
dia suruh aku exercise dulu bagi urut timbul tapi tak mahu juga. at last dia minta sorang lagi nurse cucukkan. tapi tak boleh juga.

then nurse tu suruh aku baring kat tempat orang derma darah. dia balut [aku tak tahu istilah yang lagi sesuai] dengan benda yang untuk cek BP tu. sampai aku rasa gila sakit lengan aku sebab kuat sangat. paham tak certia aku ni? tak paham pun, buat2 la paham...

tapi tak boleh juga, daripada guna jarum warna biru, dia minta jarum warna hijau. daripada cucuk dekat pelipat tangan tu, dia cucuk dekat bahagian depan tangan. bukan tapak tangan tau, dekat tempat orang selalu cucuk untuk masuk air tu. dekat situ la nurse tu cucuk aku untuk ambil darah. nurse tu siap pesan lagi, cucuk kat sini sakit tau,dik. akak dulu pernah kena cucuk kat sini sakit gak laaa.. 
masa tu aku dah takut gila, memang aku tak pandang nurse tu. aku toleh tempat lain. kawan aku yang teman aku pun dah tak sanggup nak tengok. bila nurse tu dah cucuk, aku tak rasa apa2 pun. hahahahha~ gila kebal aku ni. serius weiii... aku tak rasa sakit masa nurse tu cucuk. ok la, sakit sikit tu adalah tapi tak adalah sakit sampai aku nak meraung keluar airmata.

berjaya juga aku amik darah untuk blood test TAPI.

yang tak best nya, darah aku lysis lepas spin. memang kecewa tahap tak tahu nak kata apa. dah la susah payah aku nak ambil darah, boleh pula darah tu lysis. result pun adalah yang tak betul.

aku pun tanya la Pegawai Sc Biomedikal, dia cerita blaa..blaa..blaa...

macam tak puas hati dengan jawapan dia, aku pergi bawa result aku jumpa Dr. jawapan Dr pun sama. darah lysis, altered result. kesimpulannya, result blood test aku hari tu macam tak betul sangat.

KECEWA!
kenangan amik darah untuk blood test. masih ada kesan hingga hari ini.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

No comments: