Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, January 4, 2011

Current Job

Semalam sesi persekolahan tahun 2011 bermula. Ibu aku dah mula sibuk dengan bahan-bahan mengajar. Adik aku pula dah sibuk kemas-kemas barang. Esok dah nak balik asrama. HUHUHU. Tinggal la aku dengan ibu. Dah tak ada kawan nak gaduh dah. Dan sekarang baru aku terasa BOSAN teramat sangat. Aku perlukan kerja. Tapi aku agak memilih T__T 

Aku dah apply banyak keje (melalui jobstreet dan jobsmalaysia) tapi tak ada lagi panggilan interview yang aku dapat. T_____T Belum ada rezeki lagi. Dan sekarang tengah kelam kabut pasal IELTS. ADUH!! Nak kena pergi tuisyen ni. Maybe boleh minta Madam Napisah ajar kot? =P

Eh, aku nak tanya la pendapat korang kan. Kalau la korang dah tahu dan pasti yang sesuatu pekerjaan tu tak serasi dengan korang tapi orang-orang sekeliling korang paksa gak korang apply kerja tu dan dapat. Apa korang rasa? Happy ke? Aku tahu la nak kata macam mana. Ada la 2,3 orang suruh aku apply jadi lecturer sementara, ada gak yang suruh aku apply jadi cikgu ganti. Aku macam tak nak sebab aku rasa aku tak ada bakat mengajar. Aku tak nak la aku kerja sebab aku nak kerja dan ada gaji tapi aku buat kerja tu ala kadar je. Macam mengajar tu sendiri la. Aku tak nak la aku apply kerja yang berkaitan dengan education hanya sebab aku nak kerja dan ada gaji tapi aku mengajar tu macam lantak-korang-la-nak-belajar-ke-tak-yang-penting-hujung-bulan-aku-dapat-gaji. Setuju tak dengan aku? Aku nak la kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Dan apa yang aku boleh aku kata, aku lagi senang kalau kerja tak melibatkan orang. Maksud aku mungkin kerja dalam makmal (hehehe.. mestila kan. aku kan budak kimia). Tapi aku mungkin akan pertimbangkan lecturer sementara tu. Aku cadang nak buat tuisyen untuk subjek Math dan Chemistry untuk budak-budak kat kampung aku ni. Tapi macam dah tinggal mak budak je. T____T

Errmmm... korang bagi la pendapat sikit. Tak pun kalau korang kerja dekat HR department mana-mana kilang chemical/fertilizer etc2, gtau la aku. Boleh aku hantar resume kat korang =)

Okey la. Nak pergi amik ibu aku.

Current job : fat synthesis executive cum personal assistant to Madam Adibah

Please pray the BEST for me. LOVE you. LOVE myself. LOVE everybody.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

1 comment:

PiNky@hEarT said...

mmg,skg ni ssh nau nak dpt keja. my frens pn tgh fening cr kelija.. hehe.. chaiyok2! *_*