Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, January 9, 2011

hati gundah gelana. jiwa tak tenang. perasaan entah hape2 je.

Mulanya aku tulis blog ni sebab aku nak mencoretkan setiap apa yang aku rasa dalam hati. Aku nak berkongsi rahsia hati aku dengan orang luar yang aku tak kenal. Tapi bila lama-lama aku dalam dunia tanpa sempadan, aku rasa makin tak selamat untuk mencoretkan apa-apa. 

Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas apa yang kita tulis. Ada juga cuba memburuk-burukkan si penulis. Bila aku membawa diri membaca hasil tulisan orang lain, aku pelik. Kenapa mesti ada hasad dengki. Kenapa mesti ada komen yang mengguris hati? OKEY. Memang hak masing-masing untuk berkata tapi bagi aku tak ada salahnya kalau tegur dengan berhemah. Entah la. Aku menulis ni ikut gerak jari. TAK ADA KAITAN DENGAN SESIAPA. Cuma aku meluah di sini sebab aku ada berjuta rasa dalam hati yang aku nak olah jadi ayat. Tapi bila aku fikir keadaan sekarang ni macam dah tak mengizinkan aku untuk mencoret kenangan aku dalam diari maya ni lagi. Mungkin hati dan perasaan ini akan terus terbeban dengan masalah jiwa yang tak pernah selesai.

Hidup siapa yang tiada masalah? Mustahil untuk aku terima kalau ada orang kata hidup dia tak ada masalah. Sebab bagi aku segala masalah itu lah yang mencorak hidup kita. Tapi sekarang ni, banyak orang ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah. Baca newspaper hari ni, ada kes kematian bunuh diri terjun bangunan. YA ALLAH. Kenapalah mesti jadi macam tu? TAKUT. Belum baca lagi pasal madu pukul madu dalam akhbar Metro. Kes buang bayi pun dah mula semula. Sekarang Kelantan hebat dilanda banjir. Semoga orang-orang kelantan selamat dan jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isu pasal kemasukan ke universiti pada bulan September bukan pada Julai seperti kebiasaan. Aku tak follow sangant cerita tu jadi tak tahu nak cakap sal apa. 

Oh, di FB kawan-kawan sekolah menengah buat group untuk budak-budak batch aku. Dan aku sangat seronok bila dapat update dengan kawan-kawan. Ye la. Dah lebih 5 tahun tinggalkan sekolah, bila dapat berborak sekalipun di alam tapi ia sangat berharga. Bila ada yang saling tegur, saling nasihat dan ada yang berkongsi pandangan. Aku suka dengan situasi macam tu. Terasa nak buat satu group untuk kawan-kawan Arau dan juga Shah Alam. Dan tak lupa kawan-kawan SKMS. Mesti best kan??

Sekarang penyakit dah tak kenal jantina, dah tak kenal usia dan juga tak kenal pangkat. Tapi aku percaya setiap apa yang terjadi pada diri kita adalah ketentuan daripada Allah. Kalau ada yang sakit, itu ujian daripada Allah. Kalau Allah bagi kecermalangan, itu juga ujian daripada Allah. Setiap apa yang kita peroleh adalah nikmat dan ujian daripada Allah. Setiap orang dah dijanjikan dengan rezeki masing-masing. Cumanya jangan putus doa.



Antara penyakit dengan penawar (ubat),
yang mana diciptakan dahulu???



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

1 comment:

analia buyani said...

x salah pun nak luahkan ape2..this is your blog..hak awk nak tulis pape pun..tp jgn la open sgt, takut ade org ambik kesempatan..huhuu...so chill babe..=)