Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, January 8, 2011

ulat dalam bahasa inggeris

BOSAN.
Semalam sembang dengan kak syidah. Anak jiran sebelah. 
Aku nak keluar ambil ibu di sekolah, dia baru balik kerja.
Sembang macam-macam.
Dah agak lama aku tak sembang dengan dia.
Lagi pun memang jarang sembang dengan dia.
Dulu aku di UiTM, dia di UIA.
Sekarang masing-masing di Ipoh.
Tapi aku di rumah, dia sudah bekerja.

"best kak syidah dah keje. jue ni dah bosan dok rumah"

"dok rumah puas-puas. nanti dah keje, tak sempat nak fikir cuti"

T_____T

Entah la.
Sekarang macam-macam hal.
OKEY.
Aku banyak alasan.
Aku rasa lonely. Tau tak LONELY???

Application tak settle lagi. 
Sponsor tak cari lagi.
Kerja tak dapat interview lagi.
Hal adik aku tak settle lagi.
Aku harap dipermudahkan segala urusan keluarga aku.

Rezeki Allah tetapkan.

Ada orang rezeki harta berlimpah ruah.
Ada orang rezeki anak berderet-deret.
Ada orang rezeki sijil bertimbun-timbun.

Macam-macam lagi la.
Bagi aku yang paling penting, jangan putus doa.


keyword dekat Nuffnang : ulat dalam bahasa inggeris???
=)

salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE