Berdua lebih baik? Aku lagi suka kalau ramai-ramai. Lagi-lagi kalau ada anak sedara aku yang becok-becok tu, memang tak hilang penat melayan dorang bertanya itu ini.
Pagi tadi adik aku selamat pulang ke pangkal jalan sekolah dekat kampung gajah nun. Maka tinggal la aku berdua kembali dengan ibu. Tiada sudah kawan gaduh aku. HUHUHU. Sedih weiii. Sebak pun ada. Rasa macam tak best bila adik aku tak ada. Nak tahu kenapa? Kalau adik aku tak ada, maka aku tak dapat nak dengar suara ibu aku kejut dia bangun tidur pagi-pagi. HEHEHE. Bila adik aku tak ada maka dengan secara rasminya segala urusan berkenaan dengan kain (pakaian) di dalam rumah ni di bawah tanggungan aku. Contoh macam angkat kain, lipat kain, sidai kain, basuh kain. Semua tu aku kena buat. Bila adik aku tak ada gak maka dengan secara automatisnya aku la kena jadi tukang basuh pinggan. HUH! Aku tak berapa nak gemar basuh pinggan tapi adik aku suka sebab dia suka main buih sabun tu dan sebab tu dia kalau basuh pingganmangkuk lama gila!
Bila adik aku tak ada, maka tak ada la suara nak bercerita segala macam benda dengan aku. Adik aku suka bercerita tau. Masa darjah 2 dulu pernah menang pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Seba tu la sampai sekarang adik aku tu suka bercakap. HEHEHE.
Bila tak ada budak yang saiz kecik tu maka aku pun macam bosan gila kat rumah. Sebab kawan gaduh aku dah tak ada. Aku memang suka nak gaduh dengan adik aku. Tapi bukan gaduh tumbuktumbuk tu, ni gaduh mulut je. Ada je benda aku nak bebel kat dia.
Okey la. Kalau nak tulis semua benda pasal adik aku ni memang tak habis la. Apa-apa pun, AKU MACAM TAK PERCAYA ADIK AKU DAH FORM4!!
Masa bercuti di Labuan Disember 2010. |
Adikku bermata belalang warna pink. Muka kecik, spec besar. |
Tengah tunggu ibu cuba baju di BELLE |
Baju ala saloma kegemaran adik aku. HAHAHA |
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment