Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, February 19, 2011

Aku tak kenyit mata dekat kau la!

source : Google

Ini alkisahnya minggu lepas. Aku rasa sangat la tidak selesa. Nak tahu kenapa? Sebab mata aku asyik terkebil-kebil je. Atau dalam bahasa mudah paham, asyik terkenyit-kenyit je. Dah la mata kanan lak tu yang asyik terkenyit-kenyit. Aku tak tahu la orang lain perasan ke tak tapi aku memang rasa la. Sebab sikit-sikit terkenyit, kejap-kejap nak terkenyit. Naik rimas aku. Rasa sangat la tidak selesa.

Kalau tak salah aku, orang dulu-dulu ada kata pasal mata terkenyit-kenyit ni. Tapi aku tak ingat la pulakk. Siapa  tahu? Tolong ingatkan aku balik.

Tapi sekaranf dah OK. Dah tak ada terkenyit-kenyit dah. Dekat seminggu jugak la mata kanan aku asyik terkenyit-kenyit. RIMAS.



1 comment:

afiQah ismaiL said...

bahaya tu, nnt orang igt missjue ngorat owg :P