Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, February 19, 2011

misai tebal ular sawa vs. air muka lelaki soleh

Bila aku mula rasa tak sedar diri banyak kerja tapi buat-buat macam tak ada kerja, atau bila aku rasa macam nak update blog tak tak ada modal nak bebel apa dalam blog, MAKA aku pun buka la akaun nuffnang aku. Nak la tengok kot-kot ada peningkatan nilai ringgit aku. Tapi jangan harap la nak mencanak naik kalau update blog pun mim alif lam sin. HEHEHE.

Jalan-jalan dekat nuffnang tadi tengok la keywords yang sampai dekat princessjue.blogspot.com ni. Selalunya memang la tak ad banyak keywords yang ada sebab blog aku ni tak ada la glamour macam blog Cik Epal tu, tak pun Redmummy ke. 

Tapi kali ni ada satu keyword yang buat aku rasa tersengih memanjang. Nak tau? Jom tengok.

.
.
.
.
.
.


haaaa... nampak tak yang dalam kotak merah tu? siapa la gamaknya yang mencari misai tebal ular sawa tu. Rasanya aku tak pernah la pulak cerita pasal lelaki bermisai tebal ular sawa dalam blog aku. Kalau pasal air muka lelaki soleh tu mungkin sebab entry ni. Yang misai tebal tu, siapa nak jawab? alahaiiii... silap tempat la. tak ada la pasal lelaki bermisai tebal dalam blog aku ni.


No comments: