Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, February 13, 2011

Weiiiii.... jom makan!

Lately ni aku rasa nak makan macam-macam. Nak makan cake la, nak makan coklat la, nak makan fastfood la.
TOLONG! TOLONG! TOLONG!

Boleh pulak aku pergi singgah blog kak LG ni, lagi la meleleh air luir aku. HUHUHUH.

Sabar. Sabar. Mujur la aku dekat rumah pakcik aku. Jadi kena la aku kawal nafsu makan ni. Kalau aku dekat Ipoh, memang selamat la aku dah bersilat dalam dapur memasak apa-apa yang dapat memuaskan tekak aku. Tak pun selamat dah la aku pergi mana-mana fast food beli makanan yang memenuhi nafsu makan. Memang la aku dasar suka makan. Bila dah duduk rumah pakcik aku ni, berselera juga aku makan. Maklum la siapa tak berselera bila tiap-tiap hari makan masakan opah sendiri? Memang la berjaya menambahkan berat badan ni.

TAPI!
Serius sangat nak makan coklat atau kek. Atau apa-apa yang manis. Apahal la pulak aku ni?

Masalah. Masalah. Bila nak kurang berat badan ni? Benci pipi makin berisi.

T_____________T



No comments: