Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, February 25, 2011

IELTS - Speaking Test

Rumah dah sunyi. Semua orang dah tidur. Tapi aku tak mengantuk lagi. Sebabnya aku dah puas tidur tengahari tadi. Huurrrmmm.. Ingat lagi tak post aku tentang IELTS awal bulan dulu? Aku cerita pasal aku pergi register untuk IELTS. Dan tengahari tadi aku selamat menduduki ujian lisan (speaking test) dia. Ujian-ujian selebihnya insyaAllah hari sabtu ni. Tak tahu la nak kata macam mana test tadi. Dah nama pun ujian lisan, confirm-confirm la kena bercakap kan? Kalau tak bercakap, macam mana lak interviewer tu nak menilai kita. Tapi memang aku hentam je la bercakap. Otak pun dah rasa macam tak ada idea nak bercakap. Bila dah habis test baru la idea keluar mencurah-curah. Sabar je la. 

Masa aku pergi test tadi, ada ramai gak la yang datang untuk test. Ada la dalam lebih kurang 10 orang. Most of them are Chinese. Three malay girls, 1 indonesian girl and the rest are chinese boys (if i'm not mistaken). Sampai sana awal, lebih kurang pukul12. Sebab memang kena datang awal. Jadi bercakap omputih la aku dengan candidates yang lain (yang girl je la). Diorang OK la sebab diorang pergi wokshop kat situ. Aku tak pergi jadi English aku memang broken english la. HEHEHE. 

Paling best sembang dengan indonesian girl tu la. Masa mula-mula dia tegur aku, aku dah rasa dia bukan malay. Cuma tak sure sama ada di sabahan or sarawakian tapi memang lain la cara dia bercakap tu. At last aku bertanya juga la "where are you from".. HEHEHE. Then siap tanya "which part of indonesia". Saja je nak bersembang sementara tunggu turn aku. Bila dah sembang tu, macam-macam la cerita pasal IELTS tu. Dia agak kelakar. even dia tak buat lawak pun aku tetap rasa nak tergelak. Tak tahu kenapa. Turn dia lagi awal daripada aku. Staff tu pesan la bawa passport dia. Kelam-kabut dia cari passport. Staff tu siap cakap " dont tell me you dont have your passport". HEHEHE. Then dia pesan kat aku dengan 2 others malay girl "please pray for me". Then dia sambung "you pray for me, i pray for you" Serius rasa comel la dia tu. Pastu dia siap cakap apa entah dalam dialek indonesia. Something macam ni "Aku nervous bangat dongg" and "Ya Tuhan, bantuin aku donggg". Lebih kurang macam tu la. Dengan dia kelam-kabutnya pastu pesan kat kitorang pastu cakap lak macam tu memang rasa nak tergelak je. Tapi she is a very nice indonesian girl. 

Overall test tadi BOLEH LA. Tak boleh nak budget band berapa boleh dapat sebab interviewer tu macam no feeling je. HUHUHU. Takut gak. Cuak pun ye. Tapi yang penting, aku dah cuba yang terbaik. Esok (jumaat la) nak kena study untuk listening, writing and reading. Hari Sabtu kena ada kat sana sebelum pukul8 pagi. Maybe test dalam pukul8 lebih sebab habis test kul12.

So, doakan la aku dapat menjawab tenang dengan jaya. Semoga aku mendapat band yang memenuhi syarat kemasukan. InsyaAllah. AMIN.