Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, March 25, 2011

Dr OZ show

source : google

Pernah dengar tak pasal Dr. OZ ni? Aku pun tak pernah dengar. Pagi tadi on the way pergi kerja makcik aku cerita pasal show Dr. OZ ni. Aku tak tahu la show dia ni macam mana. Sama ada macam Oprah tu ke atau macam mana entah aku pun tak dapat nak bayangkan. Cadang nak tengok dekat youtube tapi paham-paham je la kalau onlie guna berukband yang termurah pasti la linenya pun cukup-cukup makan je. Tak pe la. Nanti-nanti je la aku search lagi. Tapi daripada apa yang makcik aku cerita pagi tadi, show ni bet sebab banyak tips kesihatan yang kita selalu amik mudah tapi sebenarnya penting dalam kehidupan seharian kita. 

Kalau nak tengok show ni setiap hari Khamis jam 9.30 malam di TV9. Jadi next week cepat-cepat rebut remote TV tukar channel TV9. Kalau Astro channel 119. =)

Semalam dalam show ni, Dr. OZ cakap pasal caffeine. Dia kata sehari intake caffeine mesti tak lebih 3 cawan. Dan amount caffeine tu mesti tak lebih 350mg per intake or sekali gus. Aku hilang ingatan dah pulak. Lepas tu, dia bagitau kalau dekat pejabat atau kat mana-mana sahaja, jangan duduk lebih 2 jam. Setiap 2 jam mesti bangun buat regangan badan. Sambil-sambil duduk tu pun kaki tu kena gerakkan macam kita tekan pedal minyak/brek/cluth kereta. 

Nak tahu lebih lanjut, mari la sama-sama kita menonton show Dr. OZ ni next week. Kalau nak tahu lagi lanjut, sila ke website Dr. OZ ni.


Pesan aku : Jom sama-sama jaga kesihatan. Sekarang ni dah banyak sangat penyakit. 


1 comment:

Unknown said...

pergh...bagus gak rancangan nih ek...aku klu dah duk depan comp nh...mahu berjam2 berBW...haha..hambik ko badan sakit2..