source : google
Jumaat minggu lepas, kampungku dikunjungi tetamu daru jauh. Memang jauh. Tetamu dari seberang laut, datangnya harus menaiki kapal terbang. Kalau berenang, harusnya seminggu enggak sampai-sampai. HEHEHE. Alhamdulillah. Minggu lepas keluarga sebelah arwah atok di Pulau Jawa datang menziarahai keluarga di Malaysia. Kalau tahun lepas, kami seramai 16 orang ke Jawa Tengah kali ni mereka seramai 6 orang datang menziarahi Malaysia, mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
Walaupun aku tak ada di kampung (maksud aku di Ipoh) selama 3 hari 3 malam di sana, tapi aku berpeluang bertemu mereka sehari sebelum mereka berangkat pulang ke Indonesia. Jadi tak dapat aku ceritakan lanjut aktiviti mereka di sini cuma yang aku tahu mereka dibawa berjalan ke Pulau Pinang dan Putrajaya. Selain daripada berziarah ke rumah sanak saudara di Ipoh, aku tak tahu apa aktiviti mereka di Ipoh. Harap-harap mereka gembira.
Hari Isnin malam, mereka bertandang ke rumah pakcik aku di Shah Alam. Mula-mula aku agak nervous juga (HAHAHA. macam orang nak masuk minang aku je lagaknya). Bukan apa, takut tak tahu nak berbual apa dengan mereka. Tapi Alhadulillah. Antara 5 orang yang datang (seorang lagi terpaksa pulang awal kerana ada urusan) ada seorang yang aku kenal. Aku jumpa dia masa aku pergi Indonesia dulu tu. Namanya Tante (makcik) Ning.
Tante Ning memang ramah orangnya. Tengok dari rupa paras fizikal, aku tak sangka umurnya dah 50+. Orangnya kecik dan mukanya manis. Sangat bercita-cita tinggi. Dia lecturere dekat sana. Jadi bagi mengelakkan seroang cakap bahasa itik, seorang cakap bahasa ayam. Lagi mudah berbahasa inggeris dengan dia. Dengan anak-anak dia, aku terpaksa menyamar jadi orang indonesia jap. Sebabnya anak dia kurang fasih kot (sama la macam aku). Kadang-kadang je dia berbahasa inggeris.
Apa-apa pun, seronok jumpa dengan mereka. Harap dapat bertemu lagi. Dapat pergi berlibur di indonesia lagi. Best wooo cuti kat indonesia. Gila shopping sakan. HAHHAHA.
1 comment:
nervous cam org minang?? penah rase ke?
Post a Comment