source : google
Fuuuuhhhhh~ Tajuk tak tahan okey. Bajet macam cikgu bahasa malaysia je. Alaaaa... tak mau la cikgu. Tukar-tukar. Bajet macam professor bahasa kat akademi pengajian bahasa universiti kebangsaan malaysia (UKM). Kenapa mesti UKM? suka hati aku laaa... asyik-asyik UiTM dihatiku je. Kali ni kasi tukar laaaa...
Okay. Jangan lari tajuk. Aku rasa semua pernah dengar " Bahasa Jiwa Bangsa" tu kan?? Benda alah tu nak panggil apa ek? Aku pun tak tahu. Apa-apa je la yang korang suka. Benda ni sebenarnya aku dah lama nak bagi penerangan panjang lebar macam dalam lecture hall dengar kuliah 2 jam straight tanpa rehat. Aduhhhh~ boleh kebas b**t** semua tambah dengan berdesing telinga kalau microphone yang lecturer guna selalu mengalami masalah sound system. Apa-apa je la.
Tapi sekarang ni, aku rasa frasa (fuhhh~ membanggakan betul penggunaan kosa kata) "Bahasa Jiwa Bangsa" tu tak boleh nak dipraktikkan lagi. Sebab apa? Banyak sebabnya. Jom kita sama-sama explore apa sebab-sebabnya :
- Zaman sekarang ni orang dah tak cakap ikut mother tongue dah. Sekarang dah zaman moden. kadang-kadang seorang dah boleh fasih 4,5 bahasa. FASIH okey? Bukan setakat cakap "nihaoma" <<-- betul ke macam tu spelling dia? hentam je la. Tak pun sekadar tahu tanya "ma ismuki?". Tak pun reti kira "siji, loro, telu blaaaaa". Atau cakap "arigato gozaimas" <<<--- main hentam je eja. FASIH beerti boleh buat essay 500 perkataan atau berbual dalam telefon selama setengah jam tanpa ada "aaaa... aaaaaa.... hurmmmmm". Kalau seorang dah boleh FASIH 4,5 bahasa macam mana kita nak confirm kan bangsa dia??
- Sekarang orang dah amalkan konsep 1Malaysia. Maka kahwin pun 1Malaysia. Jadi dapat anak mix. Mak putih melepak, bapak suam-suam kuku, dapat anak? bayangkan sendiri laaa. Confirm-confirm la si mak cakap bahasa dia, si bapak cakap bahasa dia. Then anak? campur aduk macam-macam ada. Macam mana nak confirm bangsa dia melalui bahasa? Melainkan dia isi borang bahagian "pilih tanda pada yang berkenaan; bangsa : melayu ___, cina ___, india ____, dusun ____, kadazan _____, dan seterusnya.
- Kalau menulis (contoh dalam blog sendiri la <<<--- aku la tu). Sekejap tulis bahasa inggeris, sekejap tulis bahas malaysia, sekejap tulis bahasa iban (ni bukan aku), sekejap dia speakang jepun (bukan aku juga), sekejap dia cakap arab (aku tahu la sikit-sikit) macam-macam lagi la. Macam mana nak tahu bangsa dia. Tapi sebenarnya, boleh je kalau nak tulis blog dalam bahas apa sekali pun. Nak tahu caranya? Pergi dekat Google, pastu cari google translate lepas tu taip la apa korang nak bebel dalam blog lepas tu pilih la nak translate dalam bahasa apa pun yang korang nak. Mudah bukan? HAHAHA.
- Kalau tengok la gaya bahasa remaja zaman sekarang (waaaaa... terasa diri makin bertambah usia), memang la kadang-kadang aku naik geram. Lagi-lagi time jalan-jalan ziarah blog orang, tiba-tiba masuk blog tulis macam ni; "monink cume. ari ni pegi skuwl cm bese. bowink cuz boypren aq x dtg. nk blaja pun x de mood. asyk tingat kt boypren tu je. tp plik la cebab dye x meset pun kitew. kitew hrp dye x de pe2. blaaaaaa " <<<<--- dah tak larat nak sambung sebab penat otak aku nak fikir macam mana la budak-budak ni mengeja. LETIH otak! Kalau la macam ni, nak kata dia bangsa apa? aduh. boleh sakit otak fikir.
Okay. Itu je la kot bebelan aku hari ni. Agak-agak ada kena-mengena dengan tajuk tak? bila aku baca-baca balik, macam lari tajuk je. HUAHUAHUA. Hentam je la labu. Entry aku, blog aku, suka hati aku la kan nak letak tajuk apa pun kan?
Sebelum aku lupa, aku minta maaf la kalau ada sesiapa tersinggung. Tak ada niat nak menghiris perasaan sesiapa. Ni semua sekadar pandangan aku. Tapi secara jujur, aku memang tak boleh terima la kalau sesiapa tulis guna ejaan yang boleh buat aku sakit kepala tu. Hatta wall FB adik aku pun, sakit kepala aku tengok. entah apa benda entah dia tulis. kadang-kadang mesej dia dekat HP pun lama gila aku kena baca baru paham.
OK la. And again, sesiapa terasa, aku minta maaf. Aku tahu, aku pun bukan bagus sangat. Tulis pun bahasa rojak ikut sempat otak aku nak proses. Tapi aku rasa aku tak ada la tulis bahasa orang lain susah paham. HUAHUAHUA.
Sebelum nokhtah terakhir, sekali lagi, aku minta maaf. BYE.
Aku si pencinta bahasa (kononnya),
No comments:
Post a Comment