Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, April 17, 2011

Rahsia hati

Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak menulis sesuatu. Tadi lepas berjalan-jalan di alam maya ni rasa macam nak tidur sebab esok kerja. TAPI mood nak kerja tu tak datang-datang pun lagi. Malam ni status di FB berbunyi ini;

1, 2, ,3, 4, 5, blaaaa, blaaaaaa, blaaaaaaaaaa = STRESS!

Tak tahu kenapa aku stress. Maybe sebab tak lama lagi Best Friend nak datang. Tambah-tambah semalam + hari ni tak bertegur sapa dengan Mr. XY. 

OKAY. Memang salah aku tapi salah ke kalau nak suruh dia paham sikit apa dalam hati aku ni? Biasalah... nama pun perempuan kan? Memang la sensitif terlebih sikit. Lagi-lagi bila dah nak sampai "bulan penuh". Aku selalu dengar orang cakap, jangan nak ikutkan hati sangat bila dah nak sampai masa "bulan penuh" tu. TAPI kadang-kadang aku tak sedar pu benda tu. Macam contohnya, satu tabiat memang dari zaman muda belia lagi, kalau nak sampai "bulan penuh" memang la nafsu makan ni membuak-buak. Asyik-asyik nak makan, lepas makan nak makan lagi. Macam tak kenyang-kenyang. Bila tengok kalendar, patut laaa... Best Friend nak datang tak lama lagi, patut la asyik nak makan. Sama la dengan mood. Kadang-kadang aku memang tak dapat nak kawal mood bila nak sampai "bulan penuh" tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bukan sebab aku dah mind set tapi benda tu memang semula jadi. Kenapa la dia tak paham-paham. 

Kadang-kadang sedih tau tapi tak pe la. Aku pujuk diri aku sendiri. YES! Memang dari dulu aku pujuk diri sendiri. Aku ada tempat mengadu tapi tak ada orang yang pujuk aku bila aku merajuk or apa-apa je la. Ah~ mesti korang fikir aku macam budak kecik kan? Whatever~ memang kadang-kadang aku bersikap childish (dengan orang tertentu) tapi jauh dalam hati ni, aku rasa aku dah cukup matang. Dalam tempoh 24 tahun ni, dah macam-macam aku lalui. Kadang-kadang rasa macam dah tak ada air mata nak ditangiskan lagi. Cuma dah dewasa ni, aku dah mula kawal pengeluaran air mata ni. Cuba untuk jadi lebih kuat. Tapi kadang-kadang aku tak mampu.

SERIUS! Bila rasa nak menangis, tapi semena air mata mengalir. Bila rasa "kosong" terus cepat je mata aku berkaca. Aku tak minta simpati sesiapa. Cuma aku tujukan entry khas untuk seseorang. Aku tak tahu la kalau orang tu baca atau tak blog aku ni. Sebab dia memang jarang buka blog aku ni. Mungkin dia tak berminat nak tahu apa jadi dalam hidup aku ni. Hari ni aku cuba untuk tak "menyibuk" pasal hidup dia. Walaupun diam mesej tapi aku tak balas. Dia call pun aku buat endah tak endah. Sebab aku nak dia rasa apa aku rasa. Bukan aku berdendam, tapi kadang-kadang susah tau kalau mengharap kita je nak jaga perasaan orang tapi orang tu tak tahu nak jaga perasaan kita. 

Tadi aku keluar dengan family abang aku. Aku pergi cuci gambar pasport. Then bila dapat gambar tu, aku rasa macam pelik. Aku tengok gambar aku macam opera cina pun ada. Lain daripada pertama kali aku cuci. Aku nak macam snap gambar tu pastu tunjuk kat dia tapi rasa macam "tak pe la, dia bukan nak tahu pun" T__T

Masuk tesco. Pusing-pusing dalam tesco. Habit aku kalau masuk kedai, boleh katakan semua benda aku nak tengok. Kalau berkenan, mula la berangan nak beli untuk rumah sendiri NANTI. Pastu jalan-jalan kat tempat baby. Terus rasa "alahaiiiii... lambatnya lagi boleh borong barang-barang dekat sini. Double sedih jadinya. Kalau aku pergi mana-mana, mesti aku akan text dia kata " tak sabar la nak ada rumah sendiri, nak beli itu, nak beli ni" HAHAHA. Macam desperado je aku ni. Aku bukan apa, aku suka tengok rumah kemas dan cantik. Jadi aku nak la cepat-cepat ada rumah sendiri supaya aku boleh buat deco macam Eric tu dekat rumah aku. 

Okey la. Aku tak nak cakap banyak-banyak dah. Makin banyak aku tulis nanti, makin banjir lak keyboard ni.Memang la aku ni ratu air mata.




No comments: