Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Bila mood terbang entah ke mana

Sejak dari minggu lepas aku rasa mood aku dah tungganglanggang. Rasa macam tak cukup 24jam sehari nak fikir segala hal yang perlu aku selesaikan dalam masa terdekat. Kadang-kadang rasa down sangat-sangat sampai hampir pecah empangan air mata ni. Mungkin sebab dah nak sampai bulan penuh, jadi mood pun jadi entah-hape2-entah. 

Last week, memang rasa tak ada mood. Jadinya hanya buat rutin kerja separuh hari, kemudian merajinkan diri membersihkan apa yang patut dalam makmal tu. Ala-ala melepaskan stress juga. And it works! Serius, mencuci sambil berbual ringan tanpa fikir masalah lain betul-betul buat aku hilang stress. Sabtu ahad pun best juga sebab CUTI. Siapa tak suka cuti kan? Lagi-lagi dapat jumpa budak jari tembam, lagi la aku bertambah syok tak ingat. 

Sebelum tu ntah hari apa aku pun tak ingat. Khamis atau jumaat. Pagi-pagi berkejaran ke imigresen. Datang sebelum pukul lapan pun dah dapat angka giliran no 28. Diorang tu tunggu pintu pejabat buka ke? Pelik betul aku. Urusan pendaftaran sekejap je tapi nak tunggu giliran bayar, memang angin satu badan aku. Setengah jam lebih juga la aku tunggu. Yang buat aku anginnya sebab orang yang lagi lambat daripada aku lagi cepat turn bayar, aku yang datang awal pegawai tu tak panggil-panggil pun nama aku. Aku dah dok menjeling-jeling jam je. Elok je aku dah bayar, terus pergi BSN dan LUTH. nasib baik tak ramai orang lagi. Sementara nak tunggu urusan seterusnya dekat imigresen tu, pergi la sarapan jap. Baru je nak suap makanan, tiba-tiba ada orang call. Tanya benda yang bukan tugas aku sebenarnya tapi aku sekadar tolong. Terus aku hilang mood nak makan. Tapi fikir kepala pun dah mula pening makan juga laaaa. Selesai je urusan terus pecut masuk kerja, nasib baik ada parking. Kelamkabut aku, sampai lab nafas pun termengah-mengah. Kadang-kadang betul orang kata, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Entah la.

Semalam lagi sekali semput tak cukup nafas. Keluar awal sebelum lunch awal, pergi jumpa cousin pastu terus pergi LUTH lagi sekali. Haaiiiiihhhhh. Memang la hari isnin ramai orang. Cari parking dah dekat 10 minit pastu dapat giliran gap 50 orang. Memang menguji iman. Dah bawa buku untuk baca tapi tinggal dalam kereta. Memang bijak. dekat 2 jam juga la menunggu giliran. Nasib baik pegawai dekat kaunter tu senyum je walaupun dia penat. Terima kasih encik! Masuk kerja balik dah dekat pukul3. Solat apa bagai semua 3.30 juga la jadinya. Terus malas nak masuk lab. Tolong kawan analysis data sambil borak-borak.

Hari ni mood terus terbang entah ke mana. Rasa macam nak ambil cuti je. Banyak benda tak settle lagi. Banyak yang nak kena fikir. Esok kena pergi kedai gambar lepas tu kena pergi hantar barang dekat pakcik lepas tu kena settle kan lagi 3 form yang tak complete lagi. due date untuk semua form tu hujung bulan ni. haaaaiiiihhhh. letih.

encik, saya nak paid leave please! muahahahahahahaaaaa



bila mood merajuk,

1 comment:

mcm ni lah said...

kesian tu nama nye tekanan tu,. gi ler riadah ke gi jogging ke atau gi berurut untuk legakan tekanan tu,. kat kl ada byk spa2 yg menarik,. pilih2 jer,.