Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, April 23, 2011

What is your weight?

Bila cakap pasal berat badan, memang la benda ini isu sensitif. Terutama bagi wanita-wanita di luar sana termasuk aku. Ye la. Siapa yang nak gemuk kan? Selain daripada akan memberi kesan kepada kesihatan, masalah kegemukan juga menghalang kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti outdoor banyak-banyak.

Kenapa cerita pasal berat badan hari ni? Sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni tapi entah macam tak ada mood. Tiba-tiba hari ni macam nak update blog tapi tak ada modal nak gebang dalam blog pulak. Maka terkeluar la tajuk "what is your weight?".

Sekarang ni, aku rasa badan aku bagai dipam-pam... Asyik nak makan je. Purse dah nak kempis pun masih nak makan sedap-sedap. Entah kenapa. Dua bulan lepas, aku balik Ipoh. Cousin aku buat kenduri naik buai anak dia. Kiranya dah habis pantang la wife cousin aku tu. Baby tu baru umur 2 bulan ++. Dan paling best sekali, baby cousin aku masa tu dah macam budak umur 5 bulan. SERIUS! Aku tak tipu. Badan dah tegap, kalau pegang tu tak ada la baby tu nak terlentoklentok macam baby-baby yang umur 2,3 bulan. Sebabnya baby tu masa lahir pun berat dah 3.7kg kalau tak salah aku. Sedangkan isteri cousin aku, kecik molek je orang nya. Lagi kecik dan rendah daripada aku yang memang sedia besar ni. MUAHAHAHAHA.

Al-kisahnya 2,3 minggu lepas aku minta ibu aku kirimkan salinan beberapa dokumen penting termasuk la surat beranak aku. OKAY. Segala barang-barang penting aku seperti buku bank, surat beranak masih dalam simpanan ibu aku. IC, lesen kereta dan kad ATM sahaja aku pegang sendiri. Macam kanak-kanak bawah umur kan? Tak pe la. Bukan itu isu di sini. Sebelum ni, aku tak pernah nak amik kisah sangat pasal surat beranak aku tu. Maklum la orang dah ada IC kan. Buat apa nak sibuk-sibuk belek surat beranak. Entah macam mana, maybe sebab aku terdengar kakak ipar aku sembang dengan kakak dia pasal beart terkini anak dia yang berusia 3 bulan tu. Baby tu lahir 2.7 something kg dan terkini berat dia 5kg ++. Aku pun terdetik la nak tengok salinan surat beranak aku tu. Nak tahu berapa berat aku masih lahir? Segan aku nak bagitau. Tapi nak bagitau juga. Benda dah lepas kan, buat apa nak malu. Lagi pun, tu masa baby. Bukan aku kisah sangat pun. Memang tak kisah pun, tak reti apa-apa lagi. Berat aku masa dilahirkan ialah;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 lagi ye, sabar sikit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suspennya saya
.
.
.
.
.



berat aku masa lahir ialah 3.97kg. YES! 3.97kg. Nasib baik tak 4kg, kalau tak boleh bangga macam dapat CGPA 4 rata. HAHAHAHA. Memang besar la aku masa lahir. So, no wonder la aku sekarang ni berat bagai dipam-pam. KAHKAHKAH. Gelakkan di sendiri. Aku nak tunjuk gambar masa baby pun tak ada sebab semua dekat Ipoh. Tapi aku rasa dekat Ipoh pun tak banyak gambar aku masa baby.  


2 minggu lepas, seseorang telah cerita pada aku. Ada orang cakap pada dia. Lebih kurang macam ni perbualan mereka;

jue tu chubby kan, seseorang itu

mana ada chubby. biasa je, kawan aku perempuan

tak. pipi dia tu chubby, seseorang itu

oooo... pipi dia memang la chubby, kawan aku perempuan.

HUAHUAHUA... memang rasa nak macam nak menangis sampai terkeluar status di FB seperti ini,

5 orang like status ni. Terima kasih kepada semua yang menyokong kecomelan aku ni.

Okay la. Dah letih cerita pasal demuk-demuk ni. Lepas ni harus kurangkan makan. Next month nak konvo. Nanti tak cantik pulak gambar konvo aku.


pssssttt : Mr. XY suka kat aku pun sebab pipi ni. HUAHUAHUA. >__<


note : esok nak bersuka ria di Pesta Buku. dekat PWTC rasanya. Aku pun tak tahu. follow orang je. 



Aku yang chubby,

1 comment:

mrs edaisy said...

jue..hg dh r sepet sket...tu yg lg nmpk chubby....xpe r, chubby2 pon tomey..