Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, April 15, 2011

Fakta atau auta ? Tiada bezanya tinggal di kampung atau di bandar.

Aku ni bukan la orang bandar sangat pun. Nak kata orang kampung sangat pun tak ada la. Tapi alamat dekat kampung la. Bukan dekat taman atau seangkatan dengannya. Tapi aku ni orang kampung kot. Aku rasa kalau orang perak, kalau bercakap dalam loghat perak terasa sangat kekampungannya. Oppppssss~ jangan naik angin dulu. teman pun oghang peghak juga, tapi idak la teman pande beno cakap peghak. HAHAHAH. Rasa macam kelakar pulak aku cakap perak. Aku tak ada la cakap pekat macam tu dekat rumah tapi kadang-kadang terkeluar juga la. HEHEHE.

Berbalik pada isu tinggal di kampung atau di bandar tiada bezanya. Sebenarnya benda ni tak ada apa la sangat. Cuma sekarang ni AKU PERHATIKAN, orang kampung ke, orang bandar ke sama je. Tak ada jauh bezanya. Tak kisah dari segi apa sekali pun.

  • dulu kat kampung-kampung mana nak ada sangat internet apa bagai ni, sekarang ni kadang-kadang orang kampung lagi hebat dari orang bandar. HEHEHE.
  • Kalau dulu kat kampung-kampung cuma ada kedai runcit pak abu je, sekarang ni ada je supermarket-supermarket besar dekat dengan kampung. Dekat kampung aku ada, kampung korang ada tak?
  • dulu kat kampung, tak ramai yang pakai kereta. kebanyakan pakai motor je. tapi sekarang kat kampung dah banyak kereta mahal2. HEHEHEHE.
  • kalau dulu-dulu kat kampung, jarang ada kes kecurian. kalau ada pun curi getah skrap, tak pun curi durian. tapi sekarang orang mencuri tak kira tempat. kampung pun dia bedal gakkkkk.
  • selalunya kita selalu nampak masjid-masjid dekat kampung penuh dengan jemaah, sekarang ni pun orang bandar dah makin ramai berjemaah. ALHAMDULILLAH.
  • dulu-dulu susah nak jumpa budak kampung yang score dalam exam. tapi sekarang best student keseluruhan pun budak kampung je. ALHAMDULILLAH.
  • dulu masa dok kampung, aku ingat orang-orang kampung je naik motor tak pakai helmet tap sekarang dekat bandar pun ada orang naik motor tak pakai helmet. HAAAIIIIII la.... <<<--- ni je yang aku nak cakap paling utama sebenarnya.


No comments: