Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, April 7, 2011

Fakta atau auta? Wanita dan kereta.

ini kereta ke hape ni? Macam kapal angkasa alien je.
Sekadar gambar hiasan ihsan google.

PERINGATAN!
Segala yang tertulis adalah pandangan aku sendiri sebagai seorang pemandu. Tidak ada kaitan dengan sesiapa pun. HARAP MAKLUM.


Zaman sekarang ni dah tak macam dulu kan? Tapi ada juga dalam sesetangah perkara, aku tengok orang zaman sekarang macam nak berbalik pada zaman dahulu. Salah satunya dalam berfashion. Siapa setuju? OKEY. Tak kisah pun kalau tak ada siapa nak setuju sebab aku bukan nak bebel pasal pakaian tapi pasal KERETA.

Sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua lepasan SPM dah ada lesen memandu. Betul tak? Lesen memandu kereta tau, bukan lesen menunggang motosikal. Aku sendiri lepas SPM telah dikerah untuk mengambil lesen KERETA sahaja. Motor adalah tidak dibenarkan. Percaya atau tidak, sepanjang hayat aku dah 24 tahun ni rumah aku tak pernah ada motor. Aku rasa la. Hatta hanya abang sulung aku je ada lesen motor antara 4 orang adik beradik aku. Adik aku tak kira sebab masih bawah umur. Mungkin arwah ayah aku risau kot kalau anak-anak dia bawa motor. Dan lebih teruk lagi, aku tak reti naik public transport dekat Ipoh tu. Lagi pun aku jarang keluar rumah dulu, kalau keluar pun dengan family. Lepas form 5 baru berjinak-jinak keluar dengan kawan-kawan. Itu pun adalah setahun sekali. Kesian aku. Tapi aku tak kisah pun.

OKEY.

Berbalik pada cerita asal. Kalau tambah tolak darab bahagi kiranya dah dekat 6 tahun aku ada lesen memandu tapi aku baru memandu kereta dalam erti kata sebenar baru nak masuk 4 tahun. Masa amik lesen kereta dulu, kali ketiga baru LULUS. Dahsyat tak aku? Masa first time, gagal jalan raya dengan bukit. Kali kedua jalan raya dah lulus, bukit pulak sangkut. Kali ketiga tu, aku cakap kat arwah ayah aku, "kalau jue gagal gak kali ni, jue tak mau amik dah. buat bazir duit je". HAHAHAHA. Gaya macam orang dah give up je kan? Sekarang ni tak la mahir sangat tapi boleh la kalau sekatak nak pusing-pusing pekan Ipoh tu. HAI ORANG IPOH!! =)

Kesimpulan aku hasil 4 tahun memandu (ini baru isi penting yang berkait dengan tajuk) :
  1. Aku hanya BERANI memandu di tempat yang aku biasa. Kiranya aku tak berani nak cuba jalan-jalan baru. Buatnya sesat tak ke naya jadinya??? Tapi sekarang dah mula memberanikan diri.
  2. Aku mula tahu mengisi minyak kereta pada tahun hujung 2009. Kesian kan? Itu first time isi, minta tolong orang dekat Petronas tu tolong tunjukkan cara-caranya. =P
  3. Ibu aku suka suruh isi minyak full guna kredit card dia tapi aku selalu refuse sebab aku tak reti nak buat macam mana. HAHAHA. Sila gelakkan aku. Jadi, setiap kali isi minyak, pandai-pandai la budget berapa ringgit supaya lebih daripada separuh tank.
  4. Aku tak reti tukar tayar kereta. 2 minggu lepas tayar kereta pancit, TERPAKSA menebalkan muka minta tolong kawan lama. Nasib baik pancit dekat rumah pakcik aku.
  5. Aku tak reti pam tayar. Bukan setakat tak reti pam tayar, malah nak tahu tayar tu ada angin ke tak pun aku tak reti. Sangat kesian dengan diri sendiri T____T
  6. Dulu aku takut nak bawa kereta auto. HAHAHA. Sila gelak lagi. TAPI sekarang dah berani. YEAAAYYYYYY!!!
  7. Aku paling takut naik bukit sebab takut enjin mati. Sebabnya aku gagal test JPA dulu sebab bukit la tapi masa tu bukan enjin mati cuma tayar tak masuk dekat kawasan kuning tu. 
  8. Aku tak reti side parking. Jadinya sedaya upaya aku akan cari parking lain.
  9. Kalau nak parking, aku akan pastikan kereta aku betul-betul center dalam petak parking tu. Selagi tak betul, selagi tu la aku akan adjust. HEHEHE. Skemakan aku ni?? Bukan apa, takut nak kalau manusia kiri kanan kereta aku bukan pintu ikut suka, habis la kemek kereta ibu aku tuuuu.
  10. Aku tak berapa nak boleh memandu waktu malam akibat penyakit silau. Penyakit ke? Hentam je la. Kekadang terpaksa juga memandu waktu malam. 
OKEY la. Dah banyak sangat membuka pekung di dada sendiri. MALU. MALU. Korang macam aku tak? Share la sikit pengalam korang sikit. Tapi semua dekat atas tu FAKTA bagi aku tau. Bagi korang mungkin AUTA kot.


Daaaaaa~




Aku pemandu berhemah ~sila muntah~

1 comment:

Gimi said...

xde lesen lagi...
xle nk komen..