Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, July 8, 2011

DAY 12 : Your current relationship

Status : Masih milik keluarga. Masih di bawah tanggungjawab keluarga. TETAPI, sedang "berkawan" dengan seseorang. HAHAHA.

Aku berkawan dengan semua orang yang baik dengan aku. Tapi aku "berkawan" dengan seorang yang tuttttt. HAHAHA. Tak boleh la nak over-over dekat sini. Ibu dengan kakak aku baca blog aku okay? Jadi tak boleh nak lebih-lebih. HAHAHA. Tapi diorang dah tahu pun. InsyaAllah dah dapat green light.

Aku ingat lagi, zaman sekolah dulu ibu aku tak pernah la pesan apa-apa dekat aku selain suruh belajar rajin-rajin. Biar jadi budak pandai. Eh, macam tu ke ibu aku pesan? Tak ingat dah la. Tapi yang paling aku ingat, dia pernah pesan "dont study hard but study smart". Memang aku ikut betul la kata ibu aku tu. Aku zaman sekolah dulu mana pernah stay up sampai tak tidur malam. Paling lewat tidur pun jam 0000. 

Zaman diploma, ibu aku pesan "belajar rajin-rajin, biar dapat Dekan lagi." Lagi satu pesan ibu aku "jangan nak mengorat-mengorat lagi". HAHAHA. Comel betul pesanan ibu aku. Tapi tak kan la aku yang nak terhegeh-hegeh pergi mengorat budak lelaki dekat kampus aku tu kan? Mesti la aku yang dingorat. (bajet cun la konon tu. tapi aku lagi suka orang kata aku comey =p)

Zaman degree, ibu aku pesan "belajar tu, belajar gak. tapi jangan sampai tak berkawan." YYEEAAAYYY!! Ibu aku dah bagi green light. Dah boleh mengorat-mengorat dah. HAHAHA. Tapi aku dah start dingorat sejak diploma lagi. Macam mana tu? Kira memang simpan rahsia kemas-kemas la. Tapi ibu aku dah tahu dah masa aku diploma lagi. HEHEHE.

Aku ingat lagi, ibu aku kata "nanti dah kerja, susah nak cari boyfriend". Oh ibuku memang best laaa. Dan aku dah selamat bawa "kawan" aku tu jumpa family aku masa aku konvo hari tu. Annur dan Dek Yah (anak abang sulung aku) panggil dia BOSS dan si anis dan rafiq (anak kakak aku) panggil dia AWAK. HAHAHA. Suka hati korang laaaa.




NOTE : Teringat pesan arwah ayah "hidup ini ibarat perjalanan meniti kaca, jika kita alpa dan leka kelak kita akan terluka"




4 comments:

DrSinga said...

ibu saya pesan..
masa belajar..
jangan gatal-gatal nak kawin!!


helloooo jue..
:)

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahaha tersenyum sorang2 baca entri ni.tapi betul lah, kalau tak nak kahwin arranged marriage, masa kerja nanti susah nak cari kot?

miss jue said...

Dr singa,
lepas belajar ni ibu asyik cerita pasal cousin tu nak tunang, cousin tu nak kawin. hahaha. dah dapat green light utk jadi Mrs. Somebody.

=P

Danial,
sekarang ada lagi ke arranged marriage? zaman ni ramai yg muda2 dah kawin. habis belajar, dapat cert bersama baby =)

Merentas Horizon said...

uwaa...

saya dah habis belajar ni macm mana? hr tu time belajar tak sempat ngorat..

kena sambung belajar balik ke cmne? atau kena arrange marriage?

huk2