Hari-hari pergi kerja kena lalu tol. Nasib baik la 60sen je. Tapi pergi balik jadi RM1.20 juga la. Seminggu dah jadi RM6. Sebulan dah jadi RM24.
Tapi aku bukan nak cerita atau tanya semua berapa yang korang spend untuk bayar tol tiap-tiap bulan tapi aku nak cerita pasal method untuk kita bayar tol. Kalau nak kenderaan lebih daripada 2 tayar, mesti la kena bayar tol kan? Motor je tak payah bayar tol. Kenapa ek? Masa aku kecik-kecik dulu, zaman aku tak berapa nak bijak lagi aku selalu fikir "ooo... mesti orang yang naik motor ni bayar tol kat tempat lain" HAHAHAHA. Sebabnya ialah kalau kereta, bas, lori dan sebagainya kita nampak la kan beratur sama-sama bayar tol tapi kalau motor laju je memecut. Eh, betulkan motor tak payah bayar tol? Ke aku je yang ketinggalan zaman??
Bila lalu dekat plaza tol tu mesti kita akan nampak kita 3 signboard; Tunai, Touch n Go dan juga Smart Tag. Zaman dulu-dulu semua pakai cash je. Memang seksa la kan lagi-lagi kalau musim perayaan dan seangkatan dengannya. Lepas tu muncul lagi Touch n Go dan sekarang lebih maju sebab dah ada Smart Tag.
Masa mula-mula Touch n Go tu wujud, aku agak kagum la dengan siapa yang guna Touch n Go tu. Aku fikir "dorang ni mesti orang kaya kan" HAHAHAHA. Gila kesian dekat aku. Sebab apa aku kata macam tu, sebab arwah ayah aku dulu tak guna Touch n Go pastu bila dia dah nak dekat pencen baru la dia guna Touch n Go. Kiranya sempat la aku merasa naik kereta dengan ayah aku masa dia guna Touch n Go. Heheheh.
Pastu sekarang dah ada Smart Tag. Ni lagi la aku kagum. Tapi lama-lama dah biasa sebab kakak dan abang aku pun pakai Smart Tag. Aku je masih guna tunai. HAHAHA. Tapi nasib baik kakak aku telah mensedekahkan kad Touch n Go dia dekat aku. Mula-mula dapat kad tu macam takut-takut gak nak guna sebab dah lama kot kad kakak aku, dari zaman dia belajar lagi. Jadinya satu hari tu, aku pergi KL dengan kawan-kawan. Aku pun nak try la guna kad tu tapi bila aku nak topup orang dekat kaunter tu kata kad tu dah expired. HAHAHA. Nasib baik aku tak pernah guna untuk bayar tol. Kalau tak, payah la aku nak undur kereta sebab tersalah masuk lane. Tapi sekarang aku dah guna Touch n Go selepas kakak aku pergi renew kad tu untuk aku. Buat kakakku yang sorang itu, TERIMA KASIH. Sayang akak~ ;p
Tapi kan (sorry la, aku memang suka guna TAPI) selama dah dekat 3 bulan aku ulang alik guna highway pergi kerja ni, aku rasa antara 3 cara untuk bayar tol tu, guna Smart Tag paling leceh. Korang setuju tak? Semalam dan hari ni, aku menyaksikan lorong tunai dan Touch n Go lagi laju dari lorong Smart Tag. Tapi bukankah Smart Tag tu tujuan dia sebenarnya untuk melancarkan perjalanan? Macam pagi tadi, dah lepas 5 buah kereta dekat lorong Touch n Go, yang lorong Smart Tag tu satu kereta pun tak lepas-lepas lagi. Siap dok undur-undur kereta lagi sebab "KAD TIDAK SAH". Sempat gak aku menjeling ke lorong sebelah.
Guna Smart Tag ni agak leceh juga kan sebenarnya. Jarak antara kenderaan tu paling kurang 5 meter supaya senang kereta depan tu undur kalau kad rejected (HAHAHA. Ini aku reka sendiri). Lepas tu, tak boleh nak tinted cermin gelap macam ejen perisikan, kalau tak kad tak boleh detect gak. Silap-silap kena buka tingkat and keluarkan benda tu untuk discan. HAHAHA. Lagi apa ye? Apa-apa pun benda tu untuk memudahkan semua orang tapi biasalah ada setengan orang tu tak jangka yang dia bakal menyusahkan orang kan??
Buat masa ni, aku masih setia nak guna Touch n Go. Tunggu la aku pakai kereta cantik sikit dan gaji besar sikit, boleh la pakai Smart Tag. Hari tu pergi GLC Open Day, ingatkan masa ada tekateki-apa-entah-nama-dia-tu boleh la menang Smart Tag, sekali dapat tshirt je. HUHUHU.
No comments:
Post a Comment