Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, October 15, 2011

ACADREX 2011 (betul ke nama dia tu)

Selamat malam semua. Malam ni aku bersiaran langsung dari my homesweethome di Ipoh. Semalam telah selamat sampai di Ipoh jam 1pagi. Dan rasa bahagia sangat dapat menidurkan diri atas katil yang menjadi pilihan hati. Rasa sangat bahagia tidur semalam. Tambah-tambah sebab penat perjalanan Puchong-Ipoh walaupun bukan aku yang memandu.

Pagi tadi jangan tanya pukul berapa aku tinggalkan katil. Bersarapan pagi dengan nasi minyak Makcik Rosne yang menjadi idaman hati. Memang super yummmmy. Untung dapat jiran sebelah rumah ada katering. Boleh makan sedap-sedap selalu. Nak masak sendiri tak cukup masterchef lagi. 

Kemudia bergerak ke sekolah adik aku. Dekat-dekat area Bota/Parit sana. Gelak? Sila la. Memang itu nama tempatnya. Dah agak lama aku tak jumpa adik aku. Terakhir jumpa masa raya. Hingga hari ni tak berjumpa. Adik nak outing pergi UTP. Sebab dekat UTP ada Inovasi Sains. Alaaaa... yang saintis muda tu. Aku mula-mula macam malas tapi bila dekat sana, aku paling lambat tinggalkan booth. HAHAHA. Semua orang dah masuk kereta, aku masih lagi "menembak" adik-adik yang jaga booth tu dengan soalan aku. Maaf la ye dik.

Tapi aku tak pergi semua booth pun. Aku pergi booth yang ada kaitan dengan minat aku je. Booth sekolah adik aku, aku pergi la. Minta diorang explain dekat aku, not bad idea diorang. Aku pun berlagak macam cikgu. HAHAHAHA. Pastu nak pergi booth sekolah lama aku, aku dok baca la poster yang ada, hampeh seorang pun buat tak tau kat aku. Mentang-mentang aku selekeh, mesti diorang ingat aku budak kampung mana sesat kat situ. Aku pun angkat kaki belah pergi booth sekolah convent. Berdiri je aku depan booth tu, terus budak tu greats aku. Bagus betul. Kalau aku hakim, aku bagi extra marks dekat group tu. Dia exlpain macam-macam pasal projek dia. Tapi aku malas nak tanya sebab ramai gila yang kerumun booth tu. So aku lari pergi booth sebelah. 

Sekolah dari Penang. Ni pun bagus gak. Tapi yang tak best budak tu panggil aku "MAM". Sabar je la. Muka aku ni macam muka orang dah kahwin ke? Panggil la Miss ke sejuk la sikit hati aku ni. Tapi budak ni bagus, explain dekat aku dari A-Z. Kira dia memang paham betul apa dia buat tu. Dia tanya aku background chemistry ke apa, aku pun jujur je la kata YES. Mula-mula macam nak tipu juga tapi tak baik la menipu. Dia memang gila excited cerita dekat aku sampai banyak kali tanya kalau aku ada apa-apa soalan untuk dia tak. Aku pun tanya la satu,dua soalan. Pastu aku belah pergi booth lain pulak.

Booth ni sekolah dari Pahang. Sangat la simple dan budak tu macam tak tahu apa-apa je pasal projek dia tu. Aku nak tanya banyak-banyak pun macam kesian je sebab dia budak sekolah. Kalau dia budak universiti, memang aku dah tanya macam-macam. Masa aku dekat booth tu, tiba-tiba datang seorang budak ni entah dari mana. Tanya soalan entah hape-hape (bagi aku la), terus aku tak ada mood nak stay kat situ. Maka aku pindah booth lain pulak.

Aku pergi booth sekolah dari KL. Tajuk macam menarik tapi penerangan dia sangat tidak memuaskan hati aku. Tapi tak apalah, dia budak sekolah lagi. Tapi dia sekolah tiptop. Tak pe la. Tak sempat aku nak tanya macam-macam, ibu call kata diorang semua dah tunggu aku dekat kereta. ngeeeee~


Lepas tu terus pegi makan tengahari kedai mamak dan hantar aku balik ke asrama semula. Dan aku pun pulang ke Ipoh.