Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, December 21, 2011

Satu Gram Emas dan Potongan 70%

Semalam konon-konon nak bawa si kakak dan si adik pergi tengok wayang. Cerita Alvin and the Chipmunks 3. Elok sampai dekat Alamanda dah dekat pukul11.30 pagi. Dan memang padan dengan muka sendiri sebab tak book tiket awal-awal. Wayang belum full lagi tapi tinggal seat paling depan. Tayangan pukul 2pm pun tinggal seat paling depan. Jadi beli tiket hari ni. Maka pagi tadi awal-awal dah pergi Alamanda tengok wayang.

Semalam bila tak dapat tengok wayang, aku "memaksa" si kakak dan si adik berjalan-jalan dekat Alamanda. Kalau tak rugi je nak bayar parking dan habis duit minyak tapi berjalan sekejap je. Betul tak? 

Memang syok la berjalan-jalan dalam shopping complex waktu hari kerja dan paling syok adalah kerana sale sana sini. Tapi teramat tidak syok kerana duit di poket amat nipis. Sampaikan semalam si adik pergi cerita dekat bibik dia, "sian makteh, dia ada lima ringgit je. adik lupa nk bagi duit dekat makteh" T__T Sedihkan bila si adik umur 3 thn 10 bulan cerita macam tu dekat bibik dia. Stress pun ada. HUHUHU.

Berjalan dekat Alamanda dan masuk kedai Tomei. Sebab terpandang ada 70% less. WUHUHUUUUUU. Syoknya kalau berduit. Tengok cincin-cincin diamond yang tersusun cantik. Makkkk aaaaiii. Harga!! Nak berpinar bijak mata. Semua $$,$$$. Gilo ko apo? Tenung punya tenung, at last jumpa gak yang harga 2,XXX. FUHHHHHHHHHH. Berpeluh-peluh aku. Dan tanpa rasa malu, aku tanya dekat sale girl tu,

"white gold dgn diamond bawah RM1k ada tak?"

Dia pun tengok-tengok. Ada yang harga RM2,XXX. Dia kira-kira, after 70% less dapat kurang dari RM900. WAAAHHHHHHHHHHHHHHH. Bestnya. Tapi ______________________ (fill in the blank). Sedih lagi. Tengok cincin dalam katalog. Comel harga kurang RM1k. Tunjuk dekat sale girl tu, "maaf cik, yang ni tak ada dekat sini." Sedih lagi. 

Then tanya lagi, "Sini ada jual emas kuning tak?"

"Ada, sekarang tengah promotion. Emas kuning RM180 segram."

Whatttttt???? RM180??? Murahkan? Aku tanya sampai bila sales tu. Dia kata depend pada harga emas semasa. Tapi tadi aku pergi, tengok ada lagi Tomei tayang harga emas RM180/gram tu.

Lepas pergi Tomei tu, pergi lak Parkson. Ada sales untuk set cadar. Waaaaahhhhhhhhhhh lagi. Dan T___T lagi. Cepat la hujung minggu. Sebelum semua sales tu tamat. Cepat la hujung minggu. Tangan kiri aku dah gatal-gatal tanda nak pergi leburkan duit. HAHAHAHA.

Okay la. Aku nak doa banyak-banyak supaya sales dekat Tomei tu sampai hujung tahun ni. AMIN.






3 comments:

cikpia said...

ala, sini tadak tomei!!!1 nak jugak!!

mrs irmidrza to be said...

heheh...memang emas skang sgt mahal..huhu...

asyida said...

jue kt habib emas 916 RM179 per gram..murah lg singgit tu..=)