Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, March 3, 2012

Learn Something From TV

Salam Sabtu semua. Pagi tadi menonton rancangan Dr. OZ di channel Al-Hijrah. Pernah tengok tak? Aku tak la tengok selalu, tapi kalau ada peluang tiba-tiba on TV ada rancangan tu memang akan tengok la. Sebab Dr. OZ memberi info tentang kesihatan dengan cara amat mudah nak faham. Tak ada medical terms yang buat korang nak pecah kepala nak fikir. Dan paling aku suka, setiap topik yang dibincangkan pasti ada model untuk menjelaskannya. 

Topik hari ni (masa aku on TV tu la) pasal jerawat. Dan dia sediakan 2 model (ye ke? aku lupa istilah dia) jerawat dalam saiz beribu kali ganda besar dari yang ada atas muka kita ni. Dr. OZ minta seorang penonton studio datang tolong dia picitkan jerawat gergasi tu. Jerawat pertama pecah macam gunung berapi meletus. Mesti korang boleh bayangkan kan? Macam kita picit jerawat then keluar tersembur segala isi jerawat tu. Yuccckkkkksss... geli kan? Itu adalah cara yang salah untuk memicit jerawat.

Jerawat gergasi lagi satu, Dr. OZ lapkan alcohol sekeliling jerawat tu dan ambil sebatang jarum yang disterilekan dan cucuk pada jerawat tarik sikit 'kulit' jerawat tu. Bukan cucuk untuk buat lubang pada jerawat tapi macam cungkil la kot. Aduh~ tak reti aku nak explain. Lepas dah cucuk tu, perlahan-lahan picit jerawat. Dan hasilnya, isi jerawat tak tersembur macam kali pertama kita picit terus. Ini cara yang betul kata Dr. OZ.

Secara kesimpulannya (sebab aku tengok sekejap je tadi)

  1. Get the right technique to sleep. Cuba kira bermula dari 300 dan ke bawah dengan pengurangan 3 setiap kiraan. Dengan ni otak kita aku cuba fokus dan akhirnya tertidur :)
  2. Never squeeze pimples. Dah explain dekat atas tu.
  3. Diet smart not hard. Ni paling aku suka. HEHHE. Dr. OZ kata, "never forget your snack otherwise, you will keep thinking of food"


** Have a healthy lifestyle everybody **








No comments: