Salam Rabu semua. Hari ni tiada Rabu tanpa kata. Hari ni aku rasa macam nak berkata-kata. Segalanya tentang isu PTPTN. Secara jujur aku akui, aku kurang mengikuti isu semasa. Sebab itu aku jarang cerita pasal isu semasa dalam blog yang serba kekurangan ini. Tapi kini isu PTPTN ni macam menarik perhatian aku. Aku juga pernah menjadi pelajar, pernah mendapat pinjaman PTPTN. Siapa tak pernah kan? Melainkan anda dari kalangan pelajar cemerlang. Aku bukan tidak cemerlang dan bukan juga pelajar corot. Cuma pada zaman diploma, aku kurang pendedahan tentang biasiswa semua itu. Jadi arwah ayah suruh aku mohon PTPTN. Aku mohon seperti kata arwah ayah. TAPI aku tak pernah merasa untuk menggunakan duit PTPTN tersebut? Percaya atau tidak terpulang pada anda. Mungkin anda boleh kata, arwah ayah mampu untuk tanggung aku di IPTA. YA. Arwah ayah mampu tapi sekadar untuk makan minum aku sahaja.
Aku bersyukur kerana pengajian diploma aku di Arau, Perlis. Sebuah pekan kecil yang kurang hiburan, jauh dari pusat membeli belah. Yang ada hanyalah The Store. Oh, Mc Donald juga TIADA di Perlis waktu ketika itu. Dan aku juga bersyukur kerana arwah ayah mendidik kami untuk berjimat cermat. Aku ingat lagi zaman di Arau, kalau duit PTPTN masuk akuan memang kampus akan lengang. Semua pelajar akan berpusu-pusu menuju ke Sungai Petani atau Alor Setar atau ada lebih hebat terus ke Pulau Pinang. Semuanya menggunakan duit PTPTN. Aku tahu semua orang ada keinginan dalam hidup. Aku juga begitu. Tapi adakah dengan menukar handphone baru dengan duit PTPTN setiap semester itu satu keinginan? PLEASEEEE. Awak pelajar, duit PTPTN adalah untuk belajar. Bukan untuk bermewah.
Masuk degree, aku di Shah Alam. Kos hidup semakin meningkat. Bandar besar, aku akui. Dan Alhamdulillah aku tak perlu lagi untuk menerima pinjaman PTPTN sebab JPA memberi aku biasiswa. SYUKUR. Di Shah Alam, aku lihat pelbagai gelagat pelajar. Masuk duit biasiswa / pinjaman, semua terus berpusu-pusu ke KLCC / Mid Valley / Sunway Pyramid / One Utama etc. Percaya atau tidak, selama 2 tahun setengah aku di Shah Alam aku tidak pernah ke KLCC, aku tidak pernah ke Mid Valley, aku hanya sekali ke One Utama (itu pun semester akhir), pendek kata aku tidak pernah ke pusat membeli belah yang besar-besar di Kuala Lumpur itu. Sebab aku rasakan aku tak mampu.
Berbalik pada isu PTPTN, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah pelajar mahukan free education atau pelajar mengharapkan penghapusan riba dalam PTPTN? Tapi kalau dilihat soal riba, mana-mana pinjaman pun pasti akan ada bunga (interest) bukan? Bukankah PTPTN telah menawarkan Ujrah? Kalau anda mampu untuk bershopping di pusat membeli-belah terkemuka setiap bulan, takkan anda tidak boleh bayar hutang PTPTN PALING KURANG RM50 sebulan?
Bagi aku, paling penting dalam soal PTPTN ini ialah : BAYAR pinjaman anda SETIAP BULAN walau SEDIKIT. Jangan sampai notis datang rumah baru nak bayar, memang anda akan rasa terbeban.
Percayalah, tak rugi melabur untuk pelajaran kerana tanpa ilmu, siapalah kita. Fikir-fikirkan apa yang ada mahukan sebenarnya.
Free education?
atau
Mansuhkan riba dalam PTPTN?
katahati: students yang pergi join dekat dataran merdeka (ye ke?) tu faham ke apa sebenarnya yang mereka mahukan???
No comments:
Post a Comment