Salam malam semua. Just a short update sebelum nak beradu.
2 minggu lepas, aku ada cash out duit Nuffnang yang seciput tu. Saja gatal nak cash out sebab nak merasa dapat cek Nuffnang macam blogger lain. Kebanyakan yang aku baca, Nuffnang akan settlekan hal-hal cashout ni hujung bulan. Kira okay la kot kalau aku cash out tengah bulan. Tak ada la rasa lama sangat nak tunggu cek seciput tu sampai.
Dengan penuh kesabaran aku menanti, setiap hari tengok ada tak surat untuk aku kat rumah kakak aku sebab aku guna alamat rumah dia. Tak ada juga surat yang sampai. Jadi sabar menanti lagi.
Semalam cek email. Eh, ada email dari Nuffnang, tajuk dia "CASHOUT REJECTED". Hangin betul aku. Tak pasal-pasal cashout aku rejected. Tak puas hati, terus email team Nuffnang tanya kenapa reject cashout aku without any reasons.
Pagi tadi team Nuffnang balas. Satu yang aku suka tentang Nuffnang ni, memang cepat reply kalau kita tanya apa-apa dekat HelpDesk diorang. Nuffnang kata Payee name aku tak lengkap. Aku pelik sangat. Rasanya aku dah double triple check dah before submit form cashout tu. Jadi aku redha je. Eh, ke Nuffnang tak percaya nama aku adalah ______________________ (isi tempat kosong sendiri).
Tadi terfikir-fikir nak cashout balik ke tak. Nak ke tak. Nak ke tak. Akhirnya aku pilih untuk simpan je duit tu biar dia beranak pinak. Dekat-dekat raya baru aku cashout. Baru la syok sebab dapat duit raya dari Nuffnang, nak harap dapat dari orang lain mimpi je la. Tapi, encik tunang nak bagi saya duit raya tak? Ngeeeee~
So sekarang harapan aku kepada Nuffnang, sila beri Buffered Earning banyak-banyak kepada saya. Dapat 4,5 BE sebelum raya pun okay la. Janji masyukkkk. Nak harapkan campaign tu, berapa sen sangat dapat dalam seminggu. Sedih. Sedih.
Okay. Itu je nak cerita.
Nuffnang, nak BE banyak-banyak pleasseeeeeeeeeeeeeeeee
1 comment:
nuffnang pun pandai berguraw taw!
so berhati hati yer ^^
t hilang pulak sume duit tu..
"Ain Dzaya : Cinta Big Apple ♥".
Post a Comment