Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, January 31, 2013

BOY or GIRL?

Salam semua. 

Dah lama tak menulis, bosan tapi tak ada mood. Tiba-tiba hari ni macam nak sangat menulis tapi tak tahu apa. Maklumlah rutin sekarang sangat tidak menarik jadi tak ada benda menarik yang berlaku.

Semalam, sembang-sembang dengan suami tiba-tiba aku tanya pada dia,"abang tengok perut sayang ni bulat ke bujur?"

Kata suami,"tengok dari depan nampak bujur".

Aku pun sambung lagi,"orang kata kalau perut bulat anak perempuan, kalau bujur anak lelaki". Eh, ke sebaliknya? Aku pun tak ingat. 

Aku tanya lagi,"abang rasa baby girl ke boy?"

Laju je suami jawab baby girl mesti dia nak sedapkan hati aku yang hari-hari dok melangut depan laptop menahan nafsu tengok barang baby girl yang comel-comel. Barang baby boy pun comel gak tapi biasa lah, perempuan kan banyak aksesorinya. Heheheh.

Maka, aku pun meng"google" la pasal jantina ni. Sebenarnya dah banyak kali baca dekat blog orang lain tapi macam tak ambil kisah sangat tapi makin baby membesar ni, makin tak sabar nak tahu. Heheheh.



Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit 
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap 
Bentuk perut condong ke arah bawah 
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju 
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan 
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan 
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil (malas gila nak bersiap berbedak bagai)
Hidung tampak lebih mekar 
Selalu sakit kepala 


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


****Hahaha... punya lah banyak tanda-tandanya berapa kerat je yang aku rasa ada pada aku.  Yang lain tu memang tak ada atau aku tak pasti macam tidur ngadap utara ke selatan ke mana la aku tau. Heartbeat baby pun mana la aku tau tapi aku boleh nampak la perut aku ni turun naik macam kita bernafas tu. 

Minggu lepas pergi rumah kakak aku, ibu pun ada dekat sana. Ibu pesan suruh rajin buat latihan matematik supaya anak cerdik (terus aku ajak suami g MPH nak cari buku Add Math, hahahaha tapi tak beli pun), banyakkan makan kekacang, rajin2 mengaji. Pasal buat latihan matematik tu terus abang aku menyampuk, "kalau macam tu haikal tu (anak abang aku) pandai la. suzi buat assignment bagai masa pregnantkan dia" Hehehehe. Kakak ipar aku ngandungkan anak buah aku masa dia sambung belajar. 

Tunggu bila baby dah lepas 20minggu baru nak g scan jantina. Mungkin hujung Februari nanti. Sekarang ni memang tak beli apa-apa barang baby pun lagi sebab tak tahu jantina. Jadi mari menabung. Bulan March kita shopping sakan. Hehehehe.







No comments: