Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, March 25, 2013

Pemalu Orangnya

Salam semua. Selamat pagi.

Khamis lepas, masa ikut suami pergi meeting kebetulan suami kena pergi JUPEM ada hal lain. Maka terus la ke JB, dah alang-alang sampai JB suami tanya, "scan baby hari ni nk?". Pastinya la nak, dah kebetulan dekat sana sebab cadangnya nak pergi hari Sabtu sebelum pergi shopping expo mom&baby tu.

Maka lepas urusan suami semua, terus la ke Bandar Baru Uda, cari Poliklinik BioSucinas. Sebelum pergi tu, baby memang aktif teramat sangat. Bersenamrobik akrobatik semua ada. Kebetulan sampai klinik, hujan lebat dan orang pun tak ramai. Ada sorang je patient sebelum aku.

Masuk bilik Dr, terus kata nak scan. Mula la Dr godek-godek perut. Dr tanya nak scan biasa ke, 3d ke, 4d? Kalau boleh biarlah lagi advance kan? Hahahahaha... Dr scan biasa dulu, tengok posisi baby cari kepala baby. Kepala baby dekat bawah, bagus baby mama ni. TAPI yang sedihnya baby menghadap ke belakang. Kiranya posisi baby dah macam sedia untuk keluar je. Alahaiiiiii sayang, kecik lagi la. Tunggu lepas 37minggu paling kurang, tunggu mama balik Ipoh dulu. Takpe la, tak dapat tengok muka baby pun. Then Dr godek godek lagi nak tengok gender baby. Oh myyyyyyy.....baby adalah sangat pemalu. Tak mau tunjuk. Dia pun senyap je masa scan tu, takde pun aksi akrobatik ke apa. Sedih mama dengan ayah. Dr kata baby tertonggeng, tutup rapat kaki dia. Maka, tak dapat tau gender baby. Tunggu la lepas 7bulan nanti. Minggu depan dah 7bulan. Harap harap cek up bulan April ni boleh la tau gender. Kalau tak tau memang akan ku terjah private klinik lagi.

To little baby, nak suprise mama dengan ayah ye? Takpe, yang penting baby sihat dan happy dalam tummy mama. We both love you so much!!!


Note : barang baby almost complete, lepas ni hunting for barang mama pulak.

Ya Allah, semoga diper,udahkan segala urusan ku saat ini sehingga selepas melahirkan nanti. AMIN.



1 comment:

Wawa T said...

baby pemalu sangat tu.. :)