Tindakan drastik UiTM bendung wabak selesema babi
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa mengumumkan cuti pertengahan semester lebih awal kepada kira-kira 140,000 pelajarnya meliputi 13 daripada 14 cawangan universiti itu di seluruh negara bermula Isnin ini sehingga 2 Ogos ekoran wabak H1N1 atau selesema babi.
Keputusan itu bermakna para pelajar UiTM hanya mendapat cuti selama seminggu berbanding 11 hari mengikut kalendar asal sesi pengajian yang dijadualkan selama 11 hari dan sepatutnya bermula dari 17 hingga 27 September ini.
Cuti itu tidak melibatkan kakitangan universiti dan pelajar kampus UiTM Lendu, Melaka yang perlu kembali menyambung pengajian pada Isnin ini.
Kampus itu ditutup dari 16 Julai hingga semalam ekoran H1N1 dan ia dianggap sebagai cuti pertengahan semester.
Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, keputusan bagi 13 lagi kampus itu terpaksa diambil berikutan penularan wabak selesema babi semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan empat kampus UiTM di Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu ditutup.
ikhsan berita : KOSMO online
25julai2009
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
alkisahnya penutupan UiTM... dan pe yang diceritakan dalam akhbar online KOSMO ini adalah sama dengan pekeliling yang saya baca malam tadi... dan ini amat merunsingkan saya...
wasalam...
No comments:
Post a Comment