Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, August 31, 2009

subuh itu

subuh yang hening itu
melalui jalan yang lengang
tiada kenderaan berpusu-pusu
hanya ditemani lampu jalan
tanpa sedar
melewati kawasan berpagar itu
sunyi sepi
hanya batu-batu putih kelihatan
mata tertancap pada sesuatu yang amat dicari
hati mula rasa sayu
kolam air mata tak dapat menipu lagi
mutiara jernih mula berguguran
ada RINDU yang terpendam
hanya pada dia
yang jauh... terlalu jauh...
tapi sentiasa dekat dalam hati...
dan hanya DIA...
selamanya DIA...



nota pengarang : nantikan cerita2 syok penulis balik berpuasa di ipoh...


salam ramadhan...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...

No comments: