Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, December 21, 2010

Cuti-cuti Labuan Episod 2

Kisah pengembaraan keluarga episod 2. Kesinambungan daripada episod 1 tapi kali ni lebih mencabar.

Subuh seawal jam 5 pagi. Jadi bangun dalam pukul5.30 pagi. Solat subuh terus mandi. 630 pagi dah turun breakfast dengan cafe hotel. Botol-botol arak bersusun dekat bar. Sarapan okey la. Macam-macam ada tapi macam tak puas sebab tak pedas kot. 

730 pagi habis breakfast semua (punya la lama makan kan?), berjalan kaki ke pasar pagi. Dengar cerita macam-macam ada tapi bagi aku hanya indah khabar dari rupa. Atau mungkin awal lagi jadi peniaga pun tak datang lagi. Beli la apa yang patut dekat situ. Kemudian berjalan kaki lagi ke jeti. Sebelum tu singgah kedai jual kain dengan harga agak murah dan kualiti ala-ala Jakel. Teruskan perjalanan ke jeti. Nak pergi Brunei pagi ni. Yeaayyyy!! Pergi luar negara naik feri. Anda pernah?? Kalau naik kereta pergi oversea aku pernah pergi Thailand je. Singapore nanti la kot. 

Sebelum pergi Brunei ada konflik nak simpan barang yang diborong dekat mana. Dekat jeti tu ada tempat simpan barang tapi tutup jam 4petang kalau daya ingatan masih kuat. Mana boleh! Last feri dari Brunei 430 petnag. Of course la nak amik feri paling last kan?? Baru puas pusing Brunei. Lepas fikir macam nak keluar jus otak, at last decide letak je dekat situ esok pagi-pagi sebelum pergi airport ambil la. Habis cerita pasal simpan barang.

Lepas beli tiket, cek passport semua akhirnya duduk la dalam feri ala-ala feri pergi Pangkor tu. Awal belayar (?) semua okey. Bila dah masuk perairan Brunei, tiba-tiba ada seorang makcik bikin kecoh. Entah apa di cakap aku pun tak ingat. Dia kata ada air terpercik masuk dalam feri. Habis kecoh satu feri yang kecil itu. Aku pun suspen gak. Ye la... Dah la first time nak pergi tiba-tiba jadi macam tu pula. Dugaan. Kesan daripada kekecohan tu, feri tak bergerak. Statik je kat tengah laut tu. TAKUT TAK?? Lepas selidik punya selidik, rupa-rupanya salah satu enjin rosak. Jadi nak tunggu bot penunda tapi macam boleh bergerak sendiri. Jadi bergerak la feri tu macam siput sedut. Perjalanan yang sepatutnya hanya sejam lebih telah menjadi hampir 3 jam. 

Fuh!! Kenapa rasa macam tak berbunga-bunga je ayat aku ni? Macam bosan je nak baca. 

Okey continue cerita.

Sampai jeti Brunei. Of course la kena cek kastam kan? Sampai turn aku. Dia pun periksa la beg yang aku bawa (handbag). 

Bila balik ? encik kastam. Dia pelik kot sebab pergi holiday lenggang mak limah.

Petang nanti. aku

Datang kenduri ke? encik kastam. Aku dah pelik. Sesuai ke pergi kenduri pakai jeans dengan blouse?? Apa-apa je la.

Tak la. saja jalan2. aku

Ooo..  encik kastam

Aku senyum je.

Pastu nak la terus beli tiket untuk balik petang nanti. Boleh pula orang dekat kaunter tu kata tak boleh. Dia kata datang petang nanti. Memang la kitorang nak datang petang nanti and terus naik feri. Tak perlu la beru nak terhegeh-hegeh beli tiket. Tapi dia tetap tak bagi. Peliknya aku. Ke memang macam tu prosedure dia? Entah la.


To be continued....

Sabar tau. Aku dah letih ingat balik pe yang jadi. 


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

No comments: