dah lama rasanya tak jenguk blooger ni. nak jenguk bog sendiri pun tak sempat. bukan sebab gigih sangat bekerja tapi sebab Mr. L kesayangan masuk ICU balik T___T
hari ni tersangat letih. walau pun masih pagi tapi semua gara-gara keletihan semalam yang masih berbaki. semalam travel ke UiTM Puncak Alam bersama Bayu. tujuan hanya satu iaitu untuk analysis sampel guna TOF LC-MS. tak tahu apa benda tu? pergi la google sendiri sebaba aku pun tak larat nak cerita kat korang. Nanti bukan setakat korang tak paham, dengan aku sekali tak paham sebabnya aku sendiri tak berapa nak paham benda tu. setakat tahu nama je, prinsip dia? boleh la 15% aku paham. HAHAHAHA.
akibat keletihan semalam, pagi ni terlajak tidur. nasib baik tak terlewat sangat. kelamkabut urus diri then terus speed ke UiTM Shah Alama. semuanya gara-gara takut tak ada parking. semalam pergi puncak alam bahagia je bertolak dari shah alam pukul 830 pagi. lepas tu boleh pulak terlepas simpang. nasib baik la susur keluar dekat Guthrie tu dah buka. kalau tak memang aku bersiar-siar menghabiskan minyak la semalam. macam-macam benda jadi semalam. memang sangat meletihkan. cadangnya nak balik kul2 tapi sebab keje tak berapa nak memuaskan hati jadi stay sampai 330 petang. malas nak balik lambat-lambat takut hujan dan jam la nanti. jadi balik tu pun cepat-cepat. cuaca panas, aircond kereta lak macam tak berapa nak sejuk, dengan mata aku macam nak pejam je. nasib baik la ada bayu boleh bawa bersembang. lepas tu nak balik tu pun tersilap jalan gak. boleh lak tersalah masuk simpang. HAAAIIAAHHH. sabar je la. lepas hantar bayu, pergi lab letak chemical and sampels terus balik rumah. LETIH. memang berpeluh sakan macam orang lari pusing trek 10x. HAHAHAHAHA.
jadinya pagi ni dah terbangun lewat dari kebiasaan, kelamkabut cari parking and rasa macam nak update blog. blog pun dah berhabuk tapi nasib baik Mr. Nuff tak merajuk. ada gak BE untuk aku walaupun blog ni kebelakangan ni dah macam hidup segan, mati tak mahu (betul ke? hentam je la).
okey la. makin lama aku menulis, makin banyak lak aku melalut. apa-apa pun terima kasih la sebab singgah baca kat sini. lain masa, sila la datang lagi.
No comments:
Post a Comment