Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, October 2, 2011

Kanak-Kanak Zaman Teknologi

Beberapa minggu yang lepas.

kakak dan adik solat Maghrib. Kemudian makteh kata kena baca doa lepas solat. adik dan kakak kata tak tahu nak doa apa. makteh kata minta dekat Allah apa yang kakak dan adik nak. Maka berdoalah adik dan kakak pada Allah S.W.T. Lepas doa, makteh tanya apa yang adik dan kakak doa.
adik," adik minta dekat Allah nak robot"
kakak, "kakak minta nak cepat tumbuh gigi"
=)
sebelum tidur. adik nak main online game macam kakak. tapi sebab makteh lupa nak bawa tikus (please read "mouse") maka adik main je la permainan M.WORD.
EHEHEHE


kakak seronok dapat main online game. dress up apa entah. makteh layan TV lagi syiokkkk.



Seminggu yang lepas.

"papa, nanti belikan adik ipad ye," ADIK

"ipad tu apa adik," PAPA

"alaaa... yang main game macam ni macam ni," ADIK sambil buat gaya guna ipad

"ipad tu kena guna tikus (please read "mouse") gak kan," MAKTEH

"tak yah la. ipad tu buat macam ni macam ni je," ADIK sambil buat gaya guna ipad

blaaaa.... blaaa... blaaaaa...


Kata hati : Advance betul budak-budak zaman sekarang ni kan? Adik tu umur baru 3 tahun ++. Memang banyak cakap dan tak pelat konon-konon macam dia dah sekolah kebangsaan. Hakikatnya huruf dan nombor pun tak kenal lagi. Tapi dah lancar baca ABC dan 123. Tapi dah pandai minta ipad. Haaaaiiii la adik.





2 comments:

Aisyah Ahmad said...

biasalah budak2 zaman sekarang..kecik2 pun dah ada handphone..hehehe

Azzah said...

budak-budak sekarang dah canggih.saya dulu masa sekolah nak sentuh computer pun takut..:)