Salam semua yang setia membaca. Hari ni badan sangat tidak sihat. SEDIH. Bangun pagi awal sangat-sangat, yakni sebelum pukul 5.30 pagi sebab cerdik bijaksana sangat cepatkan jam sampai 30 minit awal. Padan muka! Lepas habis mandi around 5.40 pagi sempat terlelap sekejap sebelum solat subuh then continue terlelap sampai 6.30 pagi. Badan sangat tak cergas. Mula-mula cadang nak MC je hari ni tapi gagahkan diri juga sebab banyak gila kerja menanti dekat lab tu. Bos dah tanya-tanya sebab nak selesaikan masalah berbangkit dengan customer. Haiiiiii laaaaaaah!
Masuk je office terus pergi lab tengok bacteria. Gila ke hape? Pagi-pagi dah tengok bacteria. Negative result. Terus proceed dengan kerja yang menimbun. Hari ni kerja main dengan waste water. Sangat teramat busuk okay!! Nak muntah pun ada. Bayangkan hidung aku yang srot sret srot sret (akibat selsema) ni pun boleh bau dengan jayanya bau waste water tu, kalau tak selsema agaknya boleh muntah aku dekat dalam lab tu.
Kerja hari ni adalah untuk mengira berapa banyak bacteria yang ada. Dan juga adalah untuk mengenalpasti sejauh mana barang yang kami supply pada customer tu berkesan. Secara keseluruhan, hari ni aku berjaya buat Total Plate Count sebanyak 80 plate. Hebat bukan???!! Semua aku buat sendiri. Dari masak agar tu, (ye, aku main masak-masak dalam lab) sampai la pergi dilute waste water yang busuk nak mampus tu, pastu label setiap plate. Basuh semua dilution bottle, basuh waste water yang busuk tu. Semua aku buat. Dengan hidung yang macam tak nak bagi aku bernafas, memang dugaan sungguh. Sepanjang hari pakai glove. Memang tak buka. 2 pasang glove aku pakai hari ni, satu sebelum lunch satu lagi selepas lunch.
Sepanjang buat kerja tu, memang tak sempat la oden nak betul-betul tudung yang senget tiba-tiba sebab lalu bawah air-cond lab yang sejuk gila tu. Tak sanggup aku nak menggaru pipi yang tiba-tiba gatal masa aku tengah pipet waste water. Memang tak sanggup nak pegang mana-mana anggota badan.
Ok la. Bosan cerita pasal kerja dengan waste water. Jumaat ni kena kira ada berapa banyak bacteria yang ada. Kalau aku rajin, aku snap gambar tunjuk. Kalau malas, aku buat tak tau je.
Bye. Hidung ni rasa macam nak buang je!!!!
1 comment:
takecare dear ;) mkn ubat ye..
boleh tkar setting lama balik tu ;)
Post a Comment