Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label industrial training. Show all posts
Showing posts with label industrial training. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

aku tak takut jarum lagi... yeayyy!!!

2 hari lepas aku derma darah hari tu, aku pergi lagi blood bank untuk ambil darah. saja2 nak buat blood test. sehari sebelum tu, aku dah pesan dekat sorang student MLT kat situ, minta tolong dia bgtau nurse yang cucuk aku masa aku derma darah tu aku nak nurse tu juga yang cucuk aku untuk ambil darah. tapi apakan daya, nurse tu pergi mobile pula... tinggal la lagi 2orang nurse. aku tak kisah sangat siapa yang cucuk aku, tapi aku takut kalau nurse lain yang cucuk, sakit meraung pulak aku.
jadinya, adalah sorang nurse ni. muda lagi dari aku. dia pun cari2 la urat aku. tapi urat tak mahu timbul... isyyyy.. ni la akibatnya 'orang sihat'. =(
dia suruh aku exercise dulu bagi urut timbul tapi tak mahu juga. at last dia minta sorang lagi nurse cucukkan. tapi tak boleh juga.

then nurse tu suruh aku baring kat tempat orang derma darah. dia balut [aku tak tahu istilah yang lagi sesuai] dengan benda yang untuk cek BP tu. sampai aku rasa gila sakit lengan aku sebab kuat sangat. paham tak certia aku ni? tak paham pun, buat2 la paham...

tapi tak boleh juga, daripada guna jarum warna biru, dia minta jarum warna hijau. daripada cucuk dekat pelipat tangan tu, dia cucuk dekat bahagian depan tangan. bukan tapak tangan tau, dekat tempat orang selalu cucuk untuk masuk air tu. dekat situ la nurse tu cucuk aku untuk ambil darah. nurse tu siap pesan lagi, cucuk kat sini sakit tau,dik. akak dulu pernah kena cucuk kat sini sakit gak laaa.. 
masa tu aku dah takut gila, memang aku tak pandang nurse tu. aku toleh tempat lain. kawan aku yang teman aku pun dah tak sanggup nak tengok. bila nurse tu dah cucuk, aku tak rasa apa2 pun. hahahahha~ gila kebal aku ni. serius weiii... aku tak rasa sakit masa nurse tu cucuk. ok la, sakit sikit tu adalah tapi tak adalah sakit sampai aku nak meraung keluar airmata.

berjaya juga aku amik darah untuk blood test TAPI.

yang tak best nya, darah aku lysis lepas spin. memang kecewa tahap tak tahu nak kata apa. dah la susah payah aku nak ambil darah, boleh pula darah tu lysis. result pun adalah yang tak betul.

aku pun tanya la Pegawai Sc Biomedikal, dia cerita blaa..blaa..blaa...

macam tak puas hati dengan jawapan dia, aku pergi bawa result aku jumpa Dr. jawapan Dr pun sama. darah lysis, altered result. kesimpulannya, result blood test aku hari tu macam tak betul sangat.

KECEWA!
kenangan amik darah untuk blood test. masih ada kesan hingga hari ini.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

Friday, October 29, 2010

tomorrow is the day!!!

esok hari terakhir praktikal
sedih kah aku?
happy ke?

entah...

sedih nak tinggalkan kawan2 baru yang dah mula rapat.

happy sebab dah nak habis belajar.

apa2 pun gonna miss all the sweet things there!
nanti aku cerita pasal all the sweet things and wonderful people there
about the MLTs, students, Docs etc2...


untuk sapa2 staff HRPB yang baca ni, and kenal aku

THANX for everything =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Thursday, October 21, 2010

update!

salam semua
aku sedang malas
macam2 nak cerita supaya korang tak rasa bosan + menyampah bila jenguk ke blog tak berupdate
tapi kebelakangan ni asyik penat.
balik kerja, tertidur sekejap sebelum pergi amik ibu dekat sekolah
letih teramat.. tambah2 dengan cuaca yang panas sekarang ni
rasa BEST gila duduk dalam lab ber-aircond 8jam
tapi tiba2 bila jam 5petang macam malas nak menapak keluar menuju kereta
dah la park kereta agak jauh.
maklum laa, hospital... 24-7 penuh dengan orang.
datang awal pun park kereta luar compound hospital
kesian kan??
lagi seminggu sebelum tamat LI
macam sedih pulak T___T
sebab dah jumpa ramai kawan kat sana
lagi2 student MLT dari PTPL dan IMR
staff2 kat sana pun best2, ramah...
gambar?? baru perasan tak ada gambar masa LI ni
maklum kerja kat hospital
sibuk sentiasa
tengok la nanti
kalau2 minggu depan macam tergerak hati nak bergambar

apa2 pun, ni update terkini
tunggu aku rajin, aku cerita macam2 sampai korang jemu


merepekmerapu : oh, baru teringat aku belum jumpa Dr-bujang-handsome untuk jadi calon suami =p



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Monday, September 20, 2010

Si Sepatu [?] Biru

aku ni budak belajar sains atau lebih tepat lagi KIMIA. Bak kata bonda aku, aku ni suka duduk dalam makmal main dengan chemicals. okey, bukan itu reasonsnya aku belajar kimia.

 Disebabkan aku ni asyik kerja keluar masuk makmal, jadi adalah wajib kepada aku untuk mempunyai sepasang kasut bertutup penuh tapi masalah kepada aku adalah aku amat2 susah nak jumpa kasut yang aku selesa bila pakai dalam lab dari pagi hingga ke malam. kalau aku beli kasut, mesti pakai seminggu dah sakit kaki aku. ini la masalah kalau kaki saiz anak gajah.

okey, aku dah mula merepek entahapa2entah. Tadi intro je, sekarang kita masuk isi penting

Sekarang ni seperti korang2 semua tau, [kalau tak tau, sila baca Missjue update dekat sebelah kiri blog ni ye] aku sekarang tengah LI dekat hospital ipoh. dan haruslah aku pakai kasut bertutup litup. hari first pergi LI aku dengan senang hati pakai sandal zaman diploma dulu. pastu pegawai Sains kat sana tegur aku suruh pakai kasut bertutup keesokan harinya. Jadinya balik tu, aku pun kelamkabut la punggah kotak2 kasut aku sebab nak cari kasut yang aku pakai masa Mock trial dulu. akhirnya jumpa juga. 

Maka esoknya aku pun pakai la kasut tu pergi kerja. Sekali, kasut tu sangat la "memakan" jari kaki aku. Orang kata kalau tak nak kasut tu "makan" kaki kita, kita kena "makan" dia dulu. Makanya aku dah buat macam tu sebelum aku mock trial dulu. Tak kan la aku nak buat lagi setelah puas aku ke-hulu-ke-hilir pakai kasut tu!

Jadinya, balik kerja tu aku dah tekad nak beli kasut baru sebab aku fikir aku akan terus pergi kerja pakai kasut sampai bila2. Jadi apa salahnya aku melabur sekarang untuk kegunaan masa depan. Walaupun waktu untuk aku lakukan itu bukan lah waktu yang sesuai kerana aku pergi beli kasut tu 2 hari sebelum raya! memang laaaa... dekat 5x kali aku pusing Billion kat rumah aku tu sebab nak cari parking. memang tension!!!

Jadinya setelah hampir nak selesai aku tawaf pusing kat situ, akhirnya jumpa juga parking. kelamkabut aku di buatnya. Dengan bonda pesan suruh beli barang, dengan aku kena keluar-masuk-keluar-masuk kedai cari kasut yang aku berkenan. Akhirnya, terjumpa la aku dengan sepatu biru ini :


Thursday, September 9, 2010

Laporan Traffik

6Sept 2010
Seawal jam 720 pagi, traffik di jalan2 utama kampung manjoi, ipoh [kampung aku la tu] agak sibuk dengan kenderaan yang mahu keluar dari kampung untuk ke tempat kerja. Kenderaan di bulatan dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun [HRPB] juga agak sibuk hingga susah untuk keluar.
Jam 5petang, jalan depan HRPB sibuk dengan kereta2, bas2 dan moto2 yang masing2 mengejar masa untuk sampai cepat ke bazar Ramadhan sebelum juadah untuk berbuka habis dijual. Jam di traffic light mahu masuk ke kampung manjoi sampai la ke tempat orang menjual kuihmuih di bawah pencawang elektrik.

7Sept 2010
Pada waktu yang sama seperti semalam, jalan2 utama di kampung manjoi tidak lagi sibuk. masih terdapat kenderaan yang berpusu2 mahu ke tempat kerja.
Waktu petang di lagi sibuk seperti hari semalam tapi masih agak susah mahu keluar dari kawasan HRPB kerana kenderaan berpusu2. Traffic light nak masuk kampung manjoi pun tidak lagi sibuk

8Sept2010
Jalan teramat lengang. macam semua orang dah cuti. traffic light pun cepat je jadi merah. tapi jam 5petang agak sibuk di traffic light nak masuk kampung manjoi mungkin kerana anak2-desa-yang-merantau-ke-kota mula pulang untuk memeriahkan suasana dia kampung halaman

9Sept 2010
laporan traffic hari ni tak dapat disiarkan kerana hari ni aku minta pelepasan. yeayyyyy!!! AKU CUTI. hahahaha... orang lain dah cuti dari awal minggu pun tak kecoh cam aku. aku setakat dapar cuti sehari pun dah nak heboh satu kampung. isnin minggu depan aku kerja tapi best weiii kerja aku... tak caya? nanti aku cerita kalau aku rajin.


makluman untuk ada, aku sekarang tengah LI dekat HRPB. nasib baik la semalam pergi minta pelepasan dan dapat. kalau tak, mau nye la aku menangis masa drive nak pergi kerja pagi ni. semalam pun cam sebak je masa nak pergi keje sebab macam ada kete aku sorang je atas jalan tu.
oh ya, aku pergi keje pukul720 pagi pun parking dah nak penuh kat hospital tu. memang agak jauh la aku parking.


katahati : TAHNIAH buat Pn Anim dan En Zubir di atas kelahiran cahayamata pertama. semoga kehidupan berkeluarga selepas ini akan menjadi semakin gembira dan bahagia. amin...



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

Tuesday, January 12, 2010

industrial training


government???







or









private???





any suggestions???
FYI, i'm a chemistry student but more to forensic analysis.
if u know any company, plz email me or leave your comment.. thanx...



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...

Thursday, June 25, 2009

kisah lama

jalan2 tgk folder2 yg bersepah2 dlm laptop ni, jmp folder pics masa LI diploma dulu... waawaaaaaa... rindu nyer kenangan masa tu... mcm2 perasaan ada masa tu...

dan paling aku x boleh lupa, masa aku first day (2 jan 2008) lapor diri kt tmpt aku LI... where??? MINERAL RESEARCH CENTER, ipoh... aku pegi dgn my uncle yg kebetulan gak tmpt keje dia dkt (ye ker???hihihiiii) ngn MRC tu... nk dijdkn citer... uncle aku ni tlg la aku yg masa tu x kurg mcm orang x tau pe2 (or lbh tepat, TAKUT sebenrnye nk keje....^_~). dia la g tnya kt staff MRC tu aku kne lapor diri pada sape... puas bertny, at last jmp la org yg bertnggung jwb menguruskn urusan kami.. then my uncle balik g tmpt keje dia... (baik kn my uncle tu????)

dh selesai sume urusn dgn kak asiah (if i'm not mistaken... kalu salah, harap dimaafkan... ampun...), tiba2 dpt soklan cepu emas, "yang hantar awk td tu suami ker????"....


aku>>>"ha????oh, no!!!" (dalam hati jer)... "tu pakcik sy...."^_~

aku ditemptkn kt seksyen bahan termaju togehter with my fren, shila...

seminggu pertama kt sana, x mula wat pe2 lg and tempat kami adalah di library MRC... baca segala bhn yang ada kt sana yang kebykn berkisar ttg mineral, perlombongan dan seangktan dgnnya...

then sorg kakak ni yang LI sama ngn aku tp dr UniMAP citer kt aku... dia kata masa first time tgk aku dtg ngn pakcik aku hari first tu, dia pn ingt pkcik aku tu husband aku... ADUH!!!!! aku single lg laaaaaa... dia kte dia terfikir mesti bdk ni kawin masa belajar...
wawawaaaaaa


key la...dh penat taip.... tgk gmbr je la ek????

eh... lupa nk gtau... masa LI tu aku wat project... "synthsesis of Hydroxyapatite from local limestone"

***kpd sesape yg xtau apa itu Hydroxyapatite (HA) anda boleh rujuk kpd mr google or blh tny doctors or bkl2 doctor... mereka insyaAllah tahu apa itu HA...



crusher


limestone after being crushed

then masuk dalam jar ni utk di"grind"

grinder


lepas grind, ni la hasil nya... yg bulat2 tu alumina ball


dh dpt butir halus2 tu... mula keje aku dlm makmal...
malas nk citer pjg2... aku juz ltk gmbr jer ek???

apakah ini??? aku x ingt la... tp aku heat limestone dlm ni utk jd per??? utk process calcination...xyah citer pjg2 nti penin lak korg...
ini ultrapycnometer... nk tau density sample...


ini Laser Particle Size Analyser (LPSA)... nk tau average size limestone yg dh grind...



utk sampling process... coning and quarterin
yeahhhhh!!! aku br belajar sal sampling sem lepas CHM561...


bakal chemist??? heheheeee...
ni muka chemist yg penat dan agak blurrrrr


my presentation....
status of my project : failed

berfore presentation




after presentation




+++ the end +++