Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, December 24, 2010

Cuti-cuti Labuan Episod 2 (Part 2)

Aku sambung cerita aku yang terbengkalai hari tu. Tak ingat cerita yang mana? Aku pun tak ingat aku berhenti setakat mana. Jap aku tengok balik entry lama. OKEY. Kembalikan ingatan masing-masing, sila baca cerita ini. 

... Lepas dah tak dapat nak beli tiket balik, kitorang pun tak nak membazir masa tunggu depan kaunter tu. Cari taxi dan mulakan Amazing Race di Bandar Seri Begawan. Kenapa aku kata Amazing Race? Sebab kitorang just ada lebih kurang 3 jam untuk bersiar-siar dekat sana + makan tengahari (penting kan) + solat (ini lagi penting). Disebabkan dengar-dengar cerita makcik yang pernah duduk dekat Lawas dulu (sila google kalau tak tahu) dan dia pernah ke Brunei, dia kata kalau pergi Brunei selalu pergi masjid-masjid je. Oh~ bagusnya. Boleh buat solat sunat tahyatul masjid terus. 

Aku tak tahu la nak agak Bandar Seri Begawan tu besar mana. Tapi aku tahu tak adalah besar sangat sebab Brunei sendiri kecik kan? Banyak benda yang aku kagum sangat-sangat dengan Brunei ni. Biar aku ingat balik apa bendanya :

  • Setiap signboard dekat Brunei mesti KENA ada tulisan jawi juga. Ala-ala macam Kelantan juga la.
  • Kalau majlis perkahwinan, tetamu yang datang MESTI berpakaian tradisional. Maksudnya kalau tetamu lelaki MESTI lengkap berbaju melayu + sampin. Dan yang perempuannya pakai la baju kurung atau kebaya. Ini aku saksikan dengan mata aku sendiri. Semua tetamu lelaki memang segak la macam pengantin. Boleh la aku buat macam tu masa aku kawin nanti. =P
  • Kereta di Brunei adalah sangat murah. Aku tak ingat berapa tax dia tapi memang murah.
  • Harga petrol di Brunei adalah Brunei Dollar 0.30 (tak ingat harga sebenar tapi lebih kurang la. Dan aku tak tahu simbol Brunei Dollar adalah apa?). Pemandu tu dia bawa kereta Innova, menurutnya dengan hanya 10Brueni Dollar, tank minyak kereta sudah penuh T__T
  • Sultan Brunei adalah sangat-sangat pemurah. Macam-macam dia peruntukkan untuk rakyat dia. BESTnya jadi rakyat Brunei. Nak pohon kerakyatan Brunei boleh?
  • dan lain-lain lagi. Aku tak boleh nak paksa otak aku untuk ingat semua fakta.
Haaaaa... sebelum aku kurang daya ingatan lagi, dekat sana aku makan Nasi Katuk berharga 1 Brunei Dollar (tak sure sama ada 1/2 BD) masa makan tengahari. Macam mana rupa Nasi Katuk tu? Nasi putih + ayam goreng + sambal. TAPI aku tak berapa suka sangat sebab sambal dia manis. Aku rasa kombinasi manis dengan nasi adalah tidak sesuai (pendapat aku sahaja). Sejarah nasi katuk? Pentingkah untuk aku cerita di sini. MALAS la. Tak menarik. Aku kan bukan pencinta sejarah. MAAF.

Dan pengembaraan berkahir dengan membeli cenderamata. Aku hanya ada 40++ BD sahaja untuk dibelanja. Currency rate labih kurang macam Singapore. 

Dekat-dekat 330 petang selamat sampai di jeti. Kelamkabut beli tiket feri pukul330 petang, cek passport semua apa bagai. Dan selamat tidur di dalam feri sehingga sampai di Labuan. Pengalaman sungguh indah. 

Oh, lupa nak tempek gambar. Sila tengok tanpa rasa jemu.



Gambar seawal jam 730 pagi. Berjalan kaki ke pasar pagi. Kemudian ke jeti. Dan ke Brunei naik feri. tak kan jalan kaki juga kot. Terror betul!

Maaf la sebab aku kumpul gambar banyak-banyak. Malas nak upload satu-satu sebab aku malas nak buh caption nanti. OH, nampak kubah warna kuning tu? Itu kubah emas okey? HA~ aku merasa gak tangkap gambar dekat luar istana sultan brunei tu. 

Jeti di labuan. Yang bot kecik-kecik tu aku tak ingat la diorang nak pergi mana. Sabah kalau tak salah aku. Tak ingat the exact name of that place!


## Final episod akan ketemu penonton tidak lama lagi. Jangan ketinggalan =)



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

2 comments:

AzizMostafa said...

# Setiap signboard dekat Brunei mesti KENA ada tulisan jawi juga.
-
Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
Semarak Jawi. Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436

AzizMostafa said...

Setiap signboard dekat Brunei mesti KENA ada tulisan jawi juga. Ala-ala macam Kelantan juga la.
-
Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
Semarak Jawi. Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436