Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, December 24, 2010

tulis blog dalam english nak guna tense apa?

Sementara maghrib tadi saja je la aku online. Cek email, buka FB, buka blogger dan juga cek earning dekat nuffnang. Dan menjadi kemestiaan aku, bila buka nuffnang, memang semua benda la aku tengok. Traffic minggu ni, minggu lepas, tengok siapa yang baca blog aku, tengok keywords yang sampai ke blog aku.

Dan paling aku tak tahan nak gelak bila someone cari "tulis blog dalam english nak guna tense apa" sampai ke blog aku. KAHKAHKAH. Aku rasa tak pernah la aku tulis entry full dalam english. Kalau ada pun, mesti aku post lirik lagu macam lagu ni, tak pun lagu ni, atau mungkin lagu ini dan ini. Kalau bukan kerana lagu-lagu tu memang dalam bahasa inggeris, memang la aku tak akan menulis entry di dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Sebabnya aku bukan terror sangat bahasa inggeris. Grammar aku tunggang langgang (grandma aku tahu la), tenses aku pun entah-hape2-entah. Segan aku nak menulis dalam bahasa inggeris. Buat malu je dikutuk, konon-konon nak tunjuk aku-ni-budak-universiti-dah-berbelas-tahun-belajar-english-jadi-english-aku-dah-power-macam-minah-saleh. Oh no!! English aku memang teruk. Sebab tu sampai sekarang aku TAK BOLEH nak tonton (oh, bahasa melayu yang bagus) movie orang putih kalau tak ada subtitle. Kalau setakat 2,3 baris ayat tu boleh la aku paham sikit. Kalau tak, memang la aku tengok movie tu macam orang tak ada perasaan je. HAHAHA. Kesian aku. Bila la nak terror cakap omputih ni. Kenapa la aku tak masuk international school masa kecik-kecik dulu? Kalau tak mesti english aku dah tiptop. Cakap pun tersembur-sembur air liur. HEHEHE. 

Jadi mulai saat ini aku berazam untuk hantar anak aku pergi belajar bahasa inggeris sejak kecil. Tak pun aku nak pergi tinggal dekat London ke, New York ke, New Zealand ke, Scotland ke, bila agak-agak anak aku dah terror cakap omputih bersepah-sepah aku lari la bawa anak aku balik Malaysia. Amacam? Okey tak idea aku. Berangan memang tak sudah aku ni. Kahwin pun belum lagi. Dah fikir extravaganza. HEHEHE.

Jadi kesimpulannya di sini, blog aku bukan untuk tempat untuk sesiapa menimba ilmu. Sangat tak sesuai. Tak banyak pun ilmu boleh dapat dekat sini. Yang banyak aku membebel je. Kesian korang kena baca benda yang tak berapa nak ada faedah ni.

Eh, korang segan tak kalau orang cakap omputih dengan korang tapi korang tak tahu nak jawab macam mana sedangkan korang tau pe dia tanya? Aku selalu kena macam tu tau. Memang malu rasa macam nak tutup muka dengan penutup periuk. Tu sebab aku nak terror cakap omputih, tak ada la aku rasa rendah diri sangat. T__T

TAPI jangan ketepikan bahasa malaysia lak. Bahasa budaya kita kan? (betul ke? main hentam je aku ni)

Entah apa aku merepek petang-petang ni. Layankan je laaaaa..



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

1 comment:

Maya said...

yup as malaysian we should never ever undermine our mother tongue, english juz a medium to seek certain knowledge that is not available in ours..juz my 2 cents