Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, January 30, 2011

Cerita zaman belajar. Dah kerja ke sekarang?

Zaman sekolah dulu selalu tak sabar nak masuk universiti. Konon-konon bila dah masuk universiti tu besar laaa..  Masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya cita2 nak jadi apa, mesti jawab nak jadi DOKTOR. Kenapa ek? Aku pun tak tahu. Mungkin masa tu aku tak tahu pekerjaan lain, jadi jawab je la DOKTOR, CIKGU, PENSYARAH  PRAMUGARI (sila gelakkan aku). Tapi bila aku masuk sekolah menengah, baru tahu bukan senang nak jadi doktor, lagi2 untuk student macam aku ni. Masa form4 aku tukar cita2 nak jadi PHARMACIST. Sebab apa? Sebab aku suka dekat cikgu yang mengajar aku kimia dulu. Dia guru kaunseling, jadi suara dia memang mendayu2 macam dodoikan aku tidur laa.. HEHEHHE. Dulu masa upper form, memang tak sah kalau tak syahid dalam kelas. Kelas favourite aku untuk "syahid" ialah kelas kimia. Tu pun ada angan2 nak jadi PHARMACIST. Dan subjek yang tak sah kalau tak gagal ialah : Biologi, Add Math, Kimia (kadang2) dan fizik (juga kadang). 

Bila aku masuk universiti, baru aku sedar sebenarnya tak adalah susah sangat semua subjek tu kecuali Biologi sebab aku TAK SUKA membaca. HUHUHU. Zaman universiti lain pulak yang aku fikir. Cepat la habis belajar, aku nak kerja. Masa tu aku mana tahu semua anugerah2 yang available zaman universiti ni. Bila dah habis first semester diploma, baru la aku paham pasal Dean List dan VC award. Masa tu mula pulun belajar konon-konon nak score 3.5 above every semester. Pastu boleh gak pasang angan-angan nak jadi Best Student. HAHAHA. Tak sedar ramai lagi pandai daripada aku. 

Habis diploma, terus continue degree. Masa tu sama, nak study rajin-rajin sebab nak score 3.5 above every semester. Tapi betul la kata orang, "Nak kekalkan kecemerlangan tu lagi susah daripada nak cipta kecemerlangan". Aku bukan dari golongan pelajar yang pandai, bukan pelajar favourite lecturer. Tapi masa degree target aku lebih kepada nak LULUS semua subjek setiap semester. Sebab bagi aku bila tiap2 semester credit hours dah sampai 23,24 mesti rasa macam nak menangis. Lagi-magi bila berdepan dengan subjek yang 4,5 credit hour. Dulu FYP aku 6 credit hour, memang la aku rasa down teramat sangat bila analysis aku tak capai objektif. Terfikir, apa la aku nak jawab dengan supervisor. Hatta seminggu sebelum final pun aku masih sibuk ke makmal nak repeat analysis. Memang pengorbanan la masa tu. 

Sekarang, Alhamdulillah. Segala usaha aku berhasil. Aku berjaya tamatkan pengajian pada masa yang ditetapkan. Sekarang student ID aku dah tak valid lagi. Last week aku pergi library, nak pergi guna scanner. Sekali kakak kat library tu kata student card aku tak valid lagi T____T Alahai... status aku bukan student lagi. Rindunya nak bergelar pelajar. Sibuk dengan kuliah, dengan report experiment, dengan tests, quiz, assignment. Kenangan la semua tu. 

Masa ni baru aku sedar, susahnya nak cari kerja. Tapi nasib baik ada kerja sementara. Boleh la tambah pengalaman. Waktu ni juga aku dalam dilema, aku tak tahu sama ada nak sambung master, terus kerja atau terus kahwin. Tapi aku dah apply untuk sambung master, dah apply untuk kerja. Nak sambung master, kena cari scholar, nak kerja tak ada company panggil interview lagi. Harap2 Allah bantu aku pilih jalan terbaik. Aku takut kalau salah pilih jalan hidup. Tapi aku yakin setiap apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya. 




2 comments:

ayin~weeweet said...

sekarang ni mmg kena kejar kerja sbb semua orang berebut2kan. selamat menempuh alam pekerjaan :)

anak_hamja said...

aku lagi la.. time darjah satu.. cita2... lawyer doktor PENYANYI!!!! sempoi tak??? hahaha