Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, November 27, 2010

jom pergi bercuti!!!

cuti sekolah dah bermula seminggu yang lepas. tapi aku masih dekat rumah. tak tahu nak pergi bercuti ke mana. sebelum ni memang ada plan, tapi disebabkan hal2 yang tak dapat nak dielakkan maka plan tersebut ditangguhkan ke tahun hadapan. ermmm.. tahun depan entah aku dapat ikut ke tidak. dengar cerita plan bercuti postponed ke bulan jun 2011. masa tu mungkin aku dah kerja, dan mungkin menghitung hari untuk konvo. nak sangat pergi join plan tergendala tu tapi tak nak terlepas konvo. sebab masa tu la dapat jumpa kawan2, entah2 ada yang dah usung perut boyot. hehehe.

berbalik pada niat aku nak bercuti. aku tak tahu nak pergi bercuti kat mana. ada apa2 cadangan? teringin nak pergi vietnam sebab dengar kata kain kat sana cantik. HAHAHA. dasar nak shopping sebenarnya bukan nak bercuti, tak sedar tak kerja makan minum pun mak tanggung. tapi tak boleh nak pergi over the sea sebab ibu aku kakitangan kerajaan, kalau nak pergi over the sea kena buat surat-apa-entah-aku-pun-tak-pasti sebulan sebelum tarikh nak bercuti. jadi jangan bagi cadangan suruh pergi London ke, Paris ke, US ke, Aussie ke, NZ ke apa2 je la negara yang kena cop passport. tapi kalau pergi Singapore pun kena buat surat juga ke? tak tahu la pula aku.

jadi cuti sekolah kali ni berjalan2 dalam Malaysia je. budget macam la cuti sekolah sebelum ni pergi berjalan over the sea. HEHEHE. jom jelajah satu persatu negeri yang ada kat Malaysia ni. 


  • Perlis : aku dah macam bosan pergi perlis. HAHAHA. ayat bongkak gila. dulu masa diploma 3 tahun aku dok perlis tapi hanya hari terakhir aku kat perlis baru aku pergi pusing seluruh negeri perlis sampai habis minyak kereta kat dalam kampus sebelum sempat hantar balik dekat owner dia. kenangan betul. jadi aku tak nak la pergi perlis.
  • Kedah : kalau sebut kedah, aku hanya terbayang Langkawi sahaja. ada lagi tempat menarik tak dekat kedah? aku suka pergi Langkawi sebab dapat borong coklat tapi aku tak suka naik feri pergi Langkawi, nanti aku mabuk laut.
  • Pulau Pinang : apa yang menarik dekat Penang? aku tak tahu laa.. ada tempat shopping best tak dekat penang??? HEHEHE. aku memang suka menaja ekonomi negara.
  • Perak : tempat tinggal aku. jadi aku tak berapa minat nak jalan2 kat sini walaupun aku tak pernah lagi ke Kompleks Sejarah Pasir Salak ,Kellie's Castle. tak percaya? percaya la. mungkin sebab aku tak berapa minat sejarah jadi aku macam tak ada keinginan nak pergi tempat tu T_T
  • Selangor : selangor agak banyak tempat menarik untuk shopping. =)
  • Kuala Lumpur : sama macam selangor juga =p
  • Negeri Sembilan : ada Nilai 3. boleh borong kain. HAHAHA. tak tahu tempat menarik selain Port Dickson. ada tempat menarik lain?
  • Melaka : tanah tumpah darahku. aku lahir dekat hospital Melaka okey? selalu pergi bandar hilir tu je la. laut pun dah makin banyak kena tambak. hurrrmmm~
  • Johor : setakat pergi UTM sebab abang aku konvo dan Sg Mati, Muar sebab abang aku kahwin dengan orang sana =)
  • Pahang : selalu pergi Cameron je sebab dekat bila ikut Simpang Pulai. pernah gak sampai Temerloh sebab teman kakak aku jaga anak dia masa dia kursus. selain tu tak pernah. KESIAN AKU.
  • Terengganu : baru je pergi dengan abang aku bulan Mei lepas. nak tahu kenangan aku kat sana, baca cerita ini, ini dan ini.
  • Kelantan : selalu juga la pergi sebab ipar2 aku orang sana. lagi pun masa arwah ayah ada, dia suka pergi kelantan. tapi aku selalu pergi area KB je la. pantai2 semua tak pernah pergi.
  • Sarawak : first time pergi masa aku lepas SPM. beberapa tahun yang lepas. memang best la sebab kenalan ibu aku dekat sana siap sediakan tentatif untuk kitorang. kalau boleh nak pergi lagi. tapi tak dapat la nak pergi sekarang, flight pun entah berapa ratus.
  • Sabah : pergi masa tahun 2005 kot. masa tu makcik aku dekat sana. jadi jimat duit sewa hotel. tapi tak pergi berjalan sangat. setakat jalan2 sekitar KK je.
  • Labuan : i have no idea about this state. pernah juga lecturer aku cerita dulu tapi aku tak boleh imagine sebab tak pernah pergi sana. mungkin aku patut ke Labuan cuti ni?? HEHEHE. macam la duit berkepuk2.


jom share dengan aku korang pergi mana cuti sekolah ni? buat yang dah bekerja, mungkin nak habiskan cuti tahunan, JOM CUTI2 MALAYSIA =)


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

2 comments:

shira yanwizan said...

pg la johor... bkn setakat UTM n muar je yg ade.. byk g termpat len,,, =)

Unknown said...

shira : suggest la tempat2 menarik kt johor. teringn gak nk pegi.