Pagi tadi perasaan tak dapat dibendung. Aku menangis ketika berbual dengan ibu melalui telefon. Terlalu banyak perkara yang berlegar di fikiran. Hinggakan aku pernah kata pada seorang adik saudara aku, "kadang-kadang rasa macam malas nak fikir apa-apa. just follow the flow". SERIUS! Bila aku rasa runsing, aku jadi seorang yang tak tahu nak buat apa.
Perbualan pagi tadi dengan ibu, tak ada apa sangat. Perkara biasa-biasa. Tentang insurans aku yang baru nak daftar, tentang Family Day keluarga ibu di Pulau Pangkor dan juga sempat aku beritahu ibu satu berita yang sedikit gembira.
"ibu, jue dapat scholarship daripada universiti tu. Tapi dia cover 1/3 je daripada tuition fee."
Maka bermula la soal-jawab antara ibu dan aku. Ibu bertanya tentang overall tuition fee, estimation living cost etc2.
Masa aku dapat tahu yang aku dapat scholarship tu memang rasa excited gila. Tapi bila baca email daripada pihak universiti, langsung aku terfikir panjang. Terus capai pen, kertas dan calculator untuk buat kira-kira. Setelah tambah, tolak, darab, bahagi, aku masih perlukan lebih kurang GBP 7k untuk tuition fee dan juga lebih kurang GBP 9k untuk living cost. Itu baru cost masa aku di sana, belum lagi cost yang perlu difikirkan sebelum aku ke sana. Jadi aku amik keputusan berdiam diri. Aku hanya bagitau kakak aku yang aku dapat scholarship tu, dia pun kata mana nak korek hartakarun. Keluarga aku bukan kaya raya, tapi Alhamdulillah cukup makan pakai, tak pernah lagi sesak sampai kena ikat perut. Tapi abang-abang dan kakak aku semua dah berkeluarga, tak kan aku nak menyusahkan mereka kan? Kakak suruh follow up dengan JPA untuk tahu status permohonan biasiswa aku. Aku try call tapi tak jawab, maybe kena cuba lagi nanti.
Masa sembang dengan ibu tu, ibu ada suggest beberapa perkara. Tapi aku dah tak sanggup nak susahkan family aku. I'm 24 y.o girl. Aku rasa dah banyak sangat menyusahkan keluarga. Tapi aku memang berharap sangat dapat sambung belajar dekat sana. Sebab aku rasa sangat terhutang budi pada kakak aku dan suaminya yang bersusah payah bawa aku pergi jumpa agent dekat Subang, bawa aku pergi ambil IELTS (baca entry ini, ini dan ini), bawa aku pergi Assessment MARA. Sampaikan anak buah aku bawa buku Atlas tunjuk dekat aku dan cakap, "makteh nak pergi belajar dekat sini kan?" sambil tunjuk negara tersebut. Tak ke aku rasa macam nak menangis. She is only 7 y.o..
Sembang dengan ibu tadi tiba-tiba ibu kata, "kalau kita ada tanah, boleh jual tanah". wawawawaaaa. Terus menitik air mata aku. Terasa seperti zaman 60an atau 70an. Mak ayah sanggup gadai tanah sebab nak tengok anak berjaya. Then ibu continue lagi, "kalau ayah ada, mesti ayah dah tahu apa nak buat". Lagi meleleh la air mata aku ni. Langsung dah tak hirau orang yang dalam makmal masa tu. Memang tak dapat bendung. Terus aku tak boleh nak cakap. Aku hanya mengiakan apa ibu cakap. Serius sangat tersentuh. Arggghhhh. ni pun dah menitik air mata aku.
Tapi betul kata ibu, kalau ayah masih ada mesti ayah dah ada agenda tersendiri. Arwah ayah aku suka melancong. Kalau zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun mesti bawa kitorang berjalan, tak kisah la dalam negara ke luar negara ke. Arwah ayah dulu orang susah, tapi arwah ayah dah pernah sampai UK, Sri Lanka, Filipina macam-macam lagi la. Aku ingat lagi masa kakak ipar aku nak sambung belajar, dia boleh pilih sama ada nak sambung local atau oversea. Arwah ayah siap pesan suruh pergi oversea, boleh dia bercuti sana. hehehe. Tapi plan Allah memang terbaik. Nasib baik kakak ipar aku sambung local je, sebab sepanjang kakak ipar aku sambung belajar ayah dah mula sakit.
Apa-apa pun, andai dia masih ada pasti akan ada jalan penyelesaian terbaik daripada dia.
Ayah, jue rindu ayah. Dah dua tahun. Al-fatihah untuk ayah. T___T