Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, March 30, 2011

Tetamu Jauh

source : google

Jumaat minggu lepas, kampungku dikunjungi tetamu daru jauh. Memang jauh. Tetamu dari seberang laut, datangnya harus menaiki kapal terbang. Kalau berenang, harusnya seminggu enggak sampai-sampai. HEHEHE. Alhamdulillah. Minggu lepas keluarga sebelah arwah atok di Pulau Jawa datang menziarahai keluarga di Malaysia. Kalau tahun lepas, kami seramai 16 orang ke Jawa Tengah kali ni mereka seramai 6 orang datang menziarahi Malaysia, mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. 

Walaupun aku tak ada di kampung (maksud aku di Ipoh) selama 3 hari 3 malam di sana, tapi aku berpeluang bertemu mereka sehari sebelum mereka berangkat pulang ke Indonesia. Jadi tak dapat aku ceritakan lanjut aktiviti mereka di sini cuma yang aku tahu mereka dibawa berjalan ke Pulau Pinang dan Putrajaya. Selain daripada berziarah ke rumah sanak saudara di Ipoh, aku tak tahu apa aktiviti mereka di Ipoh. Harap-harap mereka gembira. 

Hari Isnin malam, mereka bertandang ke rumah pakcik aku di Shah Alam. Mula-mula aku agak nervous juga (HAHAHA. macam orang nak masuk minang aku je lagaknya). Bukan apa, takut tak tahu nak berbual apa dengan mereka. Tapi Alhadulillah. Antara 5 orang yang datang (seorang lagi terpaksa pulang awal kerana ada urusan) ada seorang yang aku kenal. Aku jumpa dia masa aku pergi Indonesia dulu tu. Namanya Tante (makcik) Ning. 

Tante Ning memang ramah orangnya. Tengok dari rupa paras fizikal, aku tak sangka umurnya dah 50+. Orangnya kecik dan mukanya manis. Sangat bercita-cita tinggi. Dia lecturere dekat sana. Jadi bagi mengelakkan seroang cakap bahasa itik, seorang cakap bahasa ayam. Lagi mudah berbahasa inggeris dengan dia. Dengan anak-anak dia, aku terpaksa menyamar jadi orang indonesia jap. Sebabnya anak dia kurang fasih kot (sama la macam aku). Kadang-kadang je dia berbahasa inggeris. 

Apa-apa pun, seronok jumpa dengan mereka. Harap dapat bertemu lagi. Dapat pergi berlibur di indonesia lagi. Best wooo cuti kat indonesia. Gila shopping sakan. HAHHAHA.





Under Construction

AWAS!
entry melekit.
skrol bawah lagi untuk bahan bacaan terbaru.


source : google

Aku dalam proses nak ubah suai blog.
harap bersabar dengan layout yang tak menawan hati ni.


SEKIAN.


Saya yang menurut perintah,

Tuesday, March 29, 2011

Pesan opah

Semalam bersembang-sembang dengan opah (seperti biasa). Tiba-tiba entah macam mana opah masuk cerita pasal zaman sekarang. Maksud aku dunia sekarang. Ramai orang kata dunia sekarang dah akhir zamna. Aku bukanlah orang bijak pandai agama jadi aku tak nak olah lanjut pasal benda tu. Tapi apa yang opah aku cerita malam semalam adalah berkaitan dengan hal itu.

Menurut opah, atuk opah (datuk kepada opah) dulu adalah seorang pembaca kitab. Kitab-kitab agama tu atuk opah baca. Opah kata, kitab-kitab yang atuk opah baca tu dalam bahasa jawa. Atuk opah kata, dunia ni nak ahir zaman bila ;

  1. tanah dah tak cukup nak buat rumah. orang akan tinggal dalam rumah macam rumah burung merpati. atuk opah tak tahu nak cakap flat/apartment/kondo.
  2. negara-negara Arab mula keluar api. Ni mungkin sebab rusuhan etc. macam jadi dekat Mesir dan Libya tu.
  3. Air dari sungai mula naik ke rumah. Orang dah tak mandi dekat sungai atau perigi lagi. Ye la. Sekarang kan dah ada paip.
  4. aku dah tak ingat. Maafkan aku. Maafkan aku.




Aku yang menyampaikan,

Monday, March 28, 2011

The Notebook


source : google

nota ringkas :
  1. sekarang dalam mood konon-konon rajin nak baca novel ni. baru beli last week (gara-gara tergoda dengan cik wani) dan baru baca 14 pages. memang la aku hangat-hangat t**i ayam. entah-entah t**i ayam pun tak berapa nak hangat. pernah try pegang?
  2. tengah sibuk refresh web MARA berjuta kali. gila sesak. sama macam masa budak UiTM nak tengok result kena repeat paper ke tak.
  3. rasa macam nak menangis sebab home sick macam budak form 1 baru sehari masuk asrama. 
  4. rasa letih memanjang kalah makbuyung 8bulan bawa baby dalam perut. rasa nak retired. ada sesiapa nak tanggung makanminum shopping aku tak?
  5. awak, jom kawin (siapa? kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. peace no war)


okey. aku dah mereng. tandanya kena cepat-cepat tidur. 


Saya yang mood tungganglanggang,

Sunday, March 27, 2011

SEMPURNA


source : google

Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku, akan s’lalu memuja mu

Disetiap langkah ku, ku ‘kan s’lalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu

Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak ‘kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~

Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~


nota kaki : lagu untuk Mr XY saya ^__^





Saturday, March 26, 2011

Istiadat konvokesyen UiTM kali ke-74

Akhirnya, tarikh yang ditunggu-tunggu keluar juga. Penuh debaran aku tunggu tarikh konvo ni. Takut bertembung dengan tarikh rancangan bersama keluarga. Last week, masa lalu dekat pejabat am fakulti ada iklan untuk student yang kerja masa konvo nanti (aku tak ingat apa istilah nya). Tengok kat iklan tu, tarik perkhidmatan dari 11 sampai 28 may 2011. Kalau tak salah la. Jadinya aku dah mula susah hati kalau tarikh tu bertindih. Jenuh la dok berharap minta tarikh tu tak bertindih. 

Tadi gatal-gatal pergi buka website bahagian konvo. YEAAAYYYY! Tarikh konvo dah keluar. Harap-harap tak ada perubahan. Untuk bakal-bakal graduan yang bakal konvo dekat Kampus Shah Alam, boleh la rujuk sidang konvo anda di sini. Bagi bakal graduan yang berkonvo di cawangan masing-masing, sila la rujuk bahagian konvokesyen ni. 

TAPI, paling best konvo kali ni dekat dewan baru. Namanya Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Dengar kata dewan ni boleh menampung 5000 orang. Kiranya mak ayah yang datang jauh-jauh nak tengok anak dapat skrol tak payah la bersesak panas bawah khemah atau dekat Annexe. 

To all, CONGRATULATION!!


source : google



Friday, March 25, 2011

Dr OZ show

source : google

Pernah dengar tak pasal Dr. OZ ni? Aku pun tak pernah dengar. Pagi tadi on the way pergi kerja makcik aku cerita pasal show Dr. OZ ni. Aku tak tahu la show dia ni macam mana. Sama ada macam Oprah tu ke atau macam mana entah aku pun tak dapat nak bayangkan. Cadang nak tengok dekat youtube tapi paham-paham je la kalau onlie guna berukband yang termurah pasti la linenya pun cukup-cukup makan je. Tak pe la. Nanti-nanti je la aku search lagi. Tapi daripada apa yang makcik aku cerita pagi tadi, show ni bet sebab banyak tips kesihatan yang kita selalu amik mudah tapi sebenarnya penting dalam kehidupan seharian kita. 

Kalau nak tengok show ni setiap hari Khamis jam 9.30 malam di TV9. Jadi next week cepat-cepat rebut remote TV tukar channel TV9. Kalau Astro channel 119. =)

Semalam dalam show ni, Dr. OZ cakap pasal caffeine. Dia kata sehari intake caffeine mesti tak lebih 3 cawan. Dan amount caffeine tu mesti tak lebih 350mg per intake or sekali gus. Aku hilang ingatan dah pulak. Lepas tu, dia bagitau kalau dekat pejabat atau kat mana-mana sahaja, jangan duduk lebih 2 jam. Setiap 2 jam mesti bangun buat regangan badan. Sambil-sambil duduk tu pun kaki tu kena gerakkan macam kita tekan pedal minyak/brek/cluth kereta. 

Nak tahu lebih lanjut, mari la sama-sama kita menonton show Dr. OZ ni next week. Kalau nak tahu lagi lanjut, sila ke website Dr. OZ ni.


Pesan aku : Jom sama-sama jaga kesihatan. Sekarang ni dah banyak sangat penyakit. 


Thursday, March 24, 2011

SPM 2010

sumber : http://ciklaili.blogspot.com

Aku bukan menulis untuk bercerita lanjut tentang keputusan SPM 2010 apatah lagi nak membentangkan analisis peperiksaan. Tapi apa yang aku mahu tulis adalah sekadar pandangan aku sebagai seorang bekas pelajar dan pendapat aku setelah menonton buletin utama TV3 semalam. Akhbar tak sempat nak baca lagi. Lagi pun rasanya dah 2 bulan lebih aku tak baca akhbar, kalau rajin je baca online. Kalau malas, tunggu je la jam 8 malam nanti. 

Semalam tengok dan dengar buletin utama, keputusan SPM 2010 terbaik dalam tempoh 4 tahun. Jumlah pelajar yang dapat A+, A dan A- meningkat. Maknanya budak-budak zaman sekarang ni memang pandai-pandai belaka semuanya. Yang tak dapat result yang bagus tapi dah usaha dengan bersungguh-sungguh tu maknanya Allah belum nak bagi rezeki kemanisan sebuah kejayaan tu lagi. Belum masanya lagi. Bagi yang tak dapat result bagus sebab memang tak berusaha tu tak boleh nak komen apa-apa la. Sendiri tahu usaha masing-masing tahap mana kan? Bagi yang tak berapa nak berusaha tapi dapat result gempak tu, Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki tapi jangan riak "aku tak study pun boleh dapat A berderet" Tak baik macam tu.

Aku bukan dari golongan pendidik jadi aku nak bagi pandangan dari pemerhatian aku sebagai seorang pemerhati sahaja. Aku rasa tahap pencapaian pelajar bandar tak boleh nak disangkal lagi. Sebab pelajar bandar ni memang mak ayah dorang ni bagi duit supaya anak-anak dorang berjaya. Ada yang menghargai kesusahan (walaupun hakikatnya mak ayah kaya raya) mak ayah mencari duit siang malam tapi ada gak yang anggap " mak ayah aku kaya, tak lepas SPM masuk la private collage apa susah". Betul ke? Aku tak tahu la. Tapi kadang-kadang apa yang kita tonton dalam drama TV adalah realiti kehidupan sebenar. 

Dalam berita semalam, kalau tak salah aku pelajar terbaik keseluruhan SPM 2010 pelajar perempuan dari Terengganu. Anak seorang buruh kilang papan. Pelajar macam ni la yang aku memang tabik spring la. Walaupun aku tak pernah rasa hidup susah sangat (bukan selama ni hidup senang, tapi sederhana) tapi arwah ayah aku selalu cerita kesusahan hidup dia zaman sekolah dulu. Agak-agak budak yang susah sekarang ni, sama tak susah macam zaman dulu-dulu? Tapi aku lagi suka kalau budak yang cemerlang dari golongan kurang senang ni, bila dah masuk universiti terus berjaya dan ingat jasa mak ayah. Aku tak suka la kalau yang dah berjaya, dapat tajaan sambung belajar tapi jadi macam tanggang. Harap-harap tak ada lah berlaku dekat Malaysia ni. 

Tadi berjalan dekat FB sekejap, tengok ada post dari group sekolah lama. YA ALLAH! Bangganya aku dengan pelajar-pelajar sekolah lama aku. Kalau tak salah aku 12 orang dapat 12A+. Zaman aku dulu ada ke yang dapat 12A1? Rasa tak ada. Best student pun 10/11A. Aku pun dah tak ingat. Dah lama sangat zaman aku berlalu. Sekarang ni sekolah aku antara 10 terbaik dalam negeri Perak. Bangga weiiii. 

Apa-apa pun TAHNIAH buat semua yang telah berjaya mengaharungi SPM 2010, TAHNIAH buat yang berjaya dengan cemerlang dan TAHNIAH juga buat cikgu-cikgu yang telah berjaya mendidik dan mengajar pelajar-pelajar sehingga berjaya.



"Success is the beginning of the journey, not the end of journey"



Wednesday, March 23, 2011

cara membaca bahan kandungan di dalam minuman [?]




gambar hiasan
(sumber : google)

The FDA requires labels that list the ingredients in descending order of predominance according to weight. The heaviest ingredients are first and the lightest are last. "


Benda ni dah lama orang bagitau aku cuma aku tak ingat nak share dengan korang. Kalau yang dah tahu bagus la, kalau yang tak tahu teruskan membaca. Hari ni secara kebetulan pula aku beli juice dalam botol masa makan tengahri. Jadi aku pun belek la ingredients dia. Just nak tahu apa apa yang aku minum ni. Bila tengok ingredient dia : water, sugar, blaaa.., blaaa...

Menurut apa yang orang pernah bagitau aku, kalau nak tahu benda yang kita minum tu banyak air ke banyak gula, tengok la susunan dia tulis ingredient tu. Maknanya, kalau dia tulis; water, sugar, blaaa.., blaaa... maka yang banyak adalah air kemudian gula kemudian bahan-bahan seterusnya. Kalau dia tulis; sugar, water, blaaa.., blaaa... paham-paham sendiri la. Macam quote kat atas tu, bahan-bahan mesti dilistkan mengikut berat. Sebab tu la kalau perasan la kan, kalau manufacturer tu letak bahan pewarna or perisa tiruan, mesti manufacturer tu listkan bahan tersebut dekat-dekat hujung. Mesti la bahan-bahan tiruan tu letak sikit je kan? Kalau letak banyak, maka banyak la bahan tiruan yang masuk dalam usus perut kita ni. 

Jadinya, lepas ni haruslah berhati-hati membeli makanan/minuman. Bukan sekadar halal haram je kena amik kisah tapi apa yang masuk dalam badan kita pun kena amik kisah juga. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Takut betul la. Kalau ada yang aku tersalah cakap, harap ditegur la. Kalau tak tegur, nanti terpesong la info yang nak dikongsi dengan semua orang ni. Bersalah pulak aku.






Happy SWEET Birthday




selamat ulang tahun kelahiran untuk
Raja Zahriah Hanim
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.
semoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya.


Tuesday, March 22, 2011

duit oh duit~

 Desktop Wallpaper · Gallery · Miscellaneous 
 Money

(sumber : google)
duit oh duit
di mana kau duit?
ada orang kata, duit tak menjamin apa-apa
tapi kalau tak ada duit, macam-macam perkara tak dapat nak dicapai
kecuali kasih sayang. sebab kasih sayang tak ternilai dengan wang ringgit.
tapi untuk terus hidup duit amat penting.
apa-apa pun Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya.

sekian.
tazkirah pendek petang ini.
wassalam.




ASUS netbook


cerita?
kemudian hari.
terima kasih.






Wednesday, March 16, 2011

badan letih, otak penat

dah lama rasanya tak jenguk blooger ni. nak jenguk bog sendiri pun tak sempat. bukan sebab gigih sangat bekerja tapi sebab Mr. L kesayangan masuk ICU balik T___T

hari ni tersangat letih. walau pun masih pagi tapi semua gara-gara keletihan semalam yang masih berbaki. semalam travel ke UiTM Puncak Alam bersama Bayu. tujuan hanya satu iaitu untuk analysis sampel guna TOF LC-MS. tak tahu apa benda tu? pergi la google sendiri sebaba aku pun tak larat nak cerita kat korang. Nanti bukan setakat korang tak paham, dengan aku sekali tak paham sebabnya aku sendiri tak berapa nak paham benda tu. setakat tahu nama je, prinsip dia? boleh la 15% aku paham. HAHAHAHA.

akibat keletihan semalam, pagi ni terlajak tidur. nasib baik tak terlewat sangat. kelamkabut urus diri then terus speed ke UiTM Shah Alama. semuanya gara-gara takut tak ada parking. semalam pergi puncak alam bahagia je bertolak dari shah alam pukul 830 pagi. lepas tu boleh pulak terlepas simpang. nasib baik la susur keluar dekat Guthrie tu dah buka. kalau tak memang aku bersiar-siar menghabiskan minyak la semalam. macam-macam benda jadi semalam. memang sangat meletihkan. cadangnya nak balik kul2 tapi sebab keje tak berapa nak memuaskan hati jadi stay sampai 330 petang. malas nak balik lambat-lambat takut hujan dan jam la nanti. jadi balik tu pun cepat-cepat. cuaca panas, aircond kereta lak macam tak berapa nak sejuk, dengan mata aku macam nak pejam je. nasib baik la ada bayu boleh bawa bersembang. lepas tu nak balik tu pun tersilap jalan gak. boleh lak tersalah masuk simpang. HAAAIIAAHHH. sabar je la. lepas hantar bayu, pergi lab letak chemical and sampels terus balik rumah. LETIH. memang berpeluh sakan macam orang lari pusing trek 10x. HAHAHAHAHA.

jadinya pagi ni dah terbangun lewat dari kebiasaan, kelamkabut cari parking and rasa macam nak update blog. blog pun dah berhabuk tapi nasib baik Mr. Nuff tak merajuk. ada gak BE untuk aku walaupun blog ni kebelakangan ni dah macam hidup segan, mati tak mahu (betul ke? hentam je la).

okey la. makin lama aku menulis, makin banyak lak aku melalut. apa-apa pun terima kasih la sebab singgah baca kat sini. lain masa, sila la datang lagi.





Wednesday, March 9, 2011

do you know her?

aku sekarang dah jarang merayap pergi blog orang lain. sebabnya? sila baca sini. jadinya tak dapat la aku nak pegi melawat kawan-kawan yang lain. maaf la ye? TAPI dalam ketidak-adaan Mr. L itu, aku tidak pernah lupa singgah ke blog nan satu ni. nak tahu sebab apa? sila baca sendiri blog dia. walaupun kadang-kadang aku macam malas nak baca sebab dia asyik tulis omputih, yang aku ni omputih pun tersekat-sekat tapi aku tetap nak singgah gak. sebab apa? mai sini aku nak bagi sebab-sebabnya.
  1.  bila aku baca semua tulisan cik cantik mani Wani tu, aku rasa maca relax je. sebab aku rasa dia tak stress masa tulis entry-entry tu kecuali kalau entry tu dia memang tengah stress. lagi pun aku rasa dia macam santai dalam penulisan. (bukan penulisan budak sekolah).
  2. boleh dikatakan hampir 99% entry dia dalam bahas inggeris, jadi secara tak langsung boleh la membantu aku yang agak lemah omputih ni. at least dalam pertingkatkan vocab dan juga gaya bahasa kan?
  3. banyak tips menarik yang ada dalam blog dia ni. walaupun dia tak ada la tulis tajuk entry "10 tips untuk cantik", "tips untuk kekal ramping", tak ada la semua tu kan tapi bila korang baca satu persatu entry dia memang banyak la tips berguna. tak percaya? pergi la terjah sekarang.
  4. family wani ni selalu pergi holiday ke over the sea, jadi memang syok la bila baca. memang dia cerita details satu persatu sepanjang vacation dia tu. kalau pergi seminggu, memang dari sebelum dia departure sampai dia balik malaysia semula dia kaan cerita. aku ni memang suka tengok tempat orang, jadi bila baca entry dia tu, boleh berangan nak pergi sana. HIHIHI.
  5. aku suka tengok gambar dia yang cantik-cantik tu! dia dah la memang cantik, pakai baju semua catnik-cantik, make up pun cantik maka bertambah-tambah la cantik la jadinya.
  6. lagi? dah tak tahu nak tulis macam mana. kalau korang tak percaya. sila la baca blog gadis ayu ni.

ini pula antara entry kegemaran aku. kalau rasa nak baca, sila la. kalau tak nak, tak pe. aku tak paksa dan aku tak dapat apa-apa pun buat special entry untuk wani ni. semua yang aku tulis ni ikhlas dari hati.
  1. banyak lagi tapi tak larat nak cari dah. SORRY.

okey. now, you can go to shazwanihamid.com and read more about her. and i guarantee you will love her blog!

** wani, how old are you actually? =P

 

Tuesday, March 8, 2011

aku dan Mr. L

hari ni pun macam-macam hari-hari sebelum ni. tak dapat nak bebel banyak-banyak. tapi kalau tiba-tiba laju je tangan ni menaip maka jadi karangan SPM la nanti entry ni. harap maklum la.  orang tengah kemaruk nak update blog tapi sedih mengenangkan Mr. L yang dah selamat masuk ICU. last week dapat news kata Mr. L dah masuk ward biasa, kalau tak ada aral melingtang insyaAllah hujung minggu ni dah boleh discharge. tolong la doakan semoga Mr. L sentiasa sihat, dapat lagi berbakti dengan jayanya. HEHEHE.

tapi last week, hospital Mr. L call kata Mr. L kena cari "penderma jantung" sebab jantung Mr. L dah tak boleh berfungsi. hari tu Mr. L hampir lemas dalam kolam buatan manusia T___T tapi rasanya dah jumpa kot penderma jantung tu sebab aku pun tak follow up dengan doctor yang merawat Mr. L tu. apa-apa pun aku bersyukur kerana Mr. L masih dapat diselamatkan walaupun sebenarnya masa Mr. L masuk ICU hari tu aku dah berangan-angan nak cari pengganti Mr. L. HAHAHA. memang la aku dasar tak setia pada yang satu. tapi aku setia pada Dia Yang Satu. InsyaAllah.

masa Mr. L masuk ICU hari tu memang la aku menangis sakan. ye la, hubungan aku dengan Mr. L baru lagi tapi dah ada dugaan macam ni. siapa tak sedih kan? walaupun aku baru kenal Mr. L tapi aku gembira dengan Mr. L sebab Mr. L sangat penyabar dengan aku. walaupun aku kadang-kadang selalu menyakitkan Mr. L tapi dia tak pernah komplen pun. Dia ikut je kehendak aku. Dia ikut je ke mana aku ajak dia pergi. Dia redha je kalau aku harhari-hari tak bertemu mesra dengan dia. Kalau aku tak bagi dia jumpa kawan-kawan pun dia redha je. baik kan Mr. L aku??

tu sebab bila aku fikir-fikir balik inilah hikmahnya Mr. L dapat diselamatkan. kalau MR. L selamat pergi, maka aku tak akan ingat semua pengorbanan Mr. L pada aku. serius weeeiii... kalau la Mr. L dah tak ada, mesti aku susah nak cari pengganti Mr. L. sedih T___T

okey la. tak mahu celoteh panjang-panjang. nanti ada pulak yang muntah hijau baca entry aku yang konon-konon nak jiwang dengan Mr. L aku. walaupun aku tahu Mr. L tak pernah baca blog aku ni, tapi aku tahu Mr. L sentiasa dapat baca apa yang dalam hati aku ni. macam pak nujum lak Mr. L aku ni kan? dia sentiasa tolong aku. kadang-kadang dia bantu aku buat assignment, kadan-kadang dia tolong aku buat lab reports, selalu juga dia tolong aku cari journal.

opssssss... tak habis-habis lak nak puji Mr. L. kepada sesiapa yang setia membac sehingga ke ayat ni, terima kasih la kerana suid membaca kisah aku dan Mr. L kesayangan aku. tolong doakan MR. L aku selamat hendaknya. AMIN.








note : Mr. L dalam cerita di atas adalah merujuk kepada laptop kesayangan aku =)

kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (okey, jangan tiru tagline orang)


Saturday, March 5, 2011

tengah kemaruk

salam semua.. aku dapat nak bebel banyak2 sebab sekarang laptop masuk hospital. ini pun aku online guna hp. harap2 sabar la nak tunggu update dari aku. seksa juga la nak online guna hp. apa2 pun,harap sabar la. kalau rindu, baca la entry aku yg lepas2. 

Thursday, March 3, 2011

IELTS – Listening, Reading, Writing

Berbalik pada entry aku yang lepas-lepas. Walau pun macam dah agak terlambat aku nak cerita pasal benda ni, tapi disebabkan aku tengah bosan tambahan pula rasamacam nak update blog tapi tak tahu nak tulis apa, jadi cerita kisah suka-duka masa ambil test IELTS hari tu akan menjadi topic hangat yang dah hangit dan basi petang ni.
Disebabkan aku adalah seorang yang agak skema, takut-takut nak buat jahat makanya aku telah keluar dari rumah menuju je IDP Subang seawal jam 7 pagi. Tapi aku pergi dengan kakak aku. Dia tukang hantar aku la. Kenapa aku datang awal? Sebabnya aku takut terlambat. HAHAHA. Lagi pun dalam confirmation letter tu dia tulis mesti tiba setengah jam sebelum pukul8 pagi. Jadinya, aku dengan tak sempat nak sarapan bergegas ke Subang. Nasib baik ada 7eleven dekat dengan IDP tu, dapat la aku beli roti dengan air. Kakak aku drop aku then terus bali rumah. Aku pun kelamkabut naik test center. Staff dah sibuk uruskan pendaftran candidate. Tak sempat aku nak menjamah roti, dah kena berbaris untuk mendaftar. Nasib baik la ada air. Aku pun bawa je air masuk exam hall.
Okey la. Letih dah cerita details sangat. Mula exam dalam kul845 pagi. Listening first. Komen aku? Entah la. Aku dah cuba yang terbaik walaupun aku macam hilang focus secara tiba-tiba T___T redha jel a. Allah tahu yang terbaik. Lepas tu continue dengan reading. Ni lagi satu masalah. Passages dia mak aaaiiii… panjang giler! Letih aku nak baca. Serius weiii.. sejam yang diperuntukkan untuk baca passages, jawab 40 soalan memang tak sempat. Dan boleh lak masa tu la aku terasa nak pergi toilet yang teramat sangat. Nak tak nak terpaksa la juga curi masa pergi toilet. Lepas tu memang macam lipas kudung la aku jawab soalan. Dengan rasa malas nak baca passagenya, memang menguji iman sungguh la. Tapi yang penting, aku dah usaha. Betul tak?
Lepas reading, paper terakhir writing. Masa ni la aku kena uji skill menulis dengan pantas dan cantik. Sejam untuk tulis summary dan karangan lebih 250 words memang tak cukup. HUH! Banyak aku komplen kan? Bukan komplen tapi meluahkan rasa hati. Tapi sape suruh aku tak prepare betul-betul. Orang nak amik IELTS  2,3 bulan before test dah study, aku seminggu before test baru nak study. Tu pun tak sungguh. 2 hari before test baru nak sungguh. Tu pun lepas aku habis Speaking test.
Tak pe la. Apa-apa pun, aku dah cuba yang terbaik. Harap-harap dapat band yang baik juga supaya aku tak rasa melayang ditiup angin duit aku tu.
AMIN. Marilah sama-sama berdoa untuk kejayan aku. HEHEHE.

Wednesday, March 2, 2011

a week (or more) break

salam semua.
aku dapat nak berceloteh panjang pagi ni.
cuma nak inform dekat sesiapa yang rindu aku tu, aku dapat nak update blog dengan kerap sekarang ni.
sebabnya aku mengalami masalah tiada laptop.
ni pun update cepat-cepat dekat makmal komputer fakulti.
mati la aku.

sebenarnya boleh je nak update kat sini.
tapi macam tak best sebab nanti orang kiri, kanan, depan, belakang jeling-jeling nak baca apa aku type.
kalau nak baca, follow la blog aku ni.
macam korang-korang semua. baru best kan?

okey la.
ada kelapangan aku upadate lagi.
jangan rindu-rindu aku selalu tau.
nanti demam rindu susah nak cari ubat.
HAHAHAHA.

mari muntah beramai-ramai.

sekian. terima kasih.