Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, February 26, 2011

Stay Tuned...






Phewww!! What a relief!
Patiently wait for the next 13 days.



Friday, February 25, 2011

IELTS - Speaking Test

Rumah dah sunyi. Semua orang dah tidur. Tapi aku tak mengantuk lagi. Sebabnya aku dah puas tidur tengahari tadi. Huurrrmmm.. Ingat lagi tak post aku tentang IELTS awal bulan dulu? Aku cerita pasal aku pergi register untuk IELTS. Dan tengahari tadi aku selamat menduduki ujian lisan (speaking test) dia. Ujian-ujian selebihnya insyaAllah hari sabtu ni. Tak tahu la nak kata macam mana test tadi. Dah nama pun ujian lisan, confirm-confirm la kena bercakap kan? Kalau tak bercakap, macam mana lak interviewer tu nak menilai kita. Tapi memang aku hentam je la bercakap. Otak pun dah rasa macam tak ada idea nak bercakap. Bila dah habis test baru la idea keluar mencurah-curah. Sabar je la. 

Masa aku pergi test tadi, ada ramai gak la yang datang untuk test. Ada la dalam lebih kurang 10 orang. Most of them are Chinese. Three malay girls, 1 indonesian girl and the rest are chinese boys (if i'm not mistaken). Sampai sana awal, lebih kurang pukul12. Sebab memang kena datang awal. Jadi bercakap omputih la aku dengan candidates yang lain (yang girl je la). Diorang OK la sebab diorang pergi wokshop kat situ. Aku tak pergi jadi English aku memang broken english la. HEHEHE. 

Paling best sembang dengan indonesian girl tu la. Masa mula-mula dia tegur aku, aku dah rasa dia bukan malay. Cuma tak sure sama ada di sabahan or sarawakian tapi memang lain la cara dia bercakap tu. At last aku bertanya juga la "where are you from".. HEHEHE. Then siap tanya "which part of indonesia". Saja je nak bersembang sementara tunggu turn aku. Bila dah sembang tu, macam-macam la cerita pasal IELTS tu. Dia agak kelakar. even dia tak buat lawak pun aku tetap rasa nak tergelak. Tak tahu kenapa. Turn dia lagi awal daripada aku. Staff tu pesan la bawa passport dia. Kelam-kabut dia cari passport. Staff tu siap cakap " dont tell me you dont have your passport". HEHEHE. Then dia pesan kat aku dengan 2 others malay girl "please pray for me". Then dia sambung "you pray for me, i pray for you" Serius rasa comel la dia tu. Pastu dia siap cakap apa entah dalam dialek indonesia. Something macam ni "Aku nervous bangat dongg" and "Ya Tuhan, bantuin aku donggg". Lebih kurang macam tu la. Dengan dia kelam-kabutnya pastu pesan kat kitorang pastu cakap lak macam tu memang rasa nak tergelak je. Tapi she is a very nice indonesian girl. 

Overall test tadi BOLEH LA. Tak boleh nak budget band berapa boleh dapat sebab interviewer tu macam no feeling je. HUHUHU. Takut gak. Cuak pun ye. Tapi yang penting, aku dah cuba yang terbaik. Esok (jumaat la) nak kena study untuk listening, writing and reading. Hari Sabtu kena ada kat sana sebelum pukul8 pagi. Maybe test dalam pukul8 lebih sebab habis test kul12.

So, doakan la aku dapat menjawab tenang dengan jaya. Semoga aku mendapat band yang memenuhi syarat kemasukan. InsyaAllah. AMIN.



Wednesday, February 23, 2011

Rancangan TV yang menarik minat aku.

Salam semua. Dah lama sebenarnya cerita pasal rancangan TV ni tapi macam tak ada masa je. Lagi pun mood untu ayat berbunga-bunga tu tak kunjung tiba. Entah kenapa hari ni tiba-tiba rasa macam nak menulis. Mungkin kerana aku dah dalam holiday mode. YEAAAYYY! Esok dan jumaat aku cuti. Bahagianya rasa hati. Tapi tengok la minggu depan kerja bertimbun menanti. Sabtu ni pun mendebarkan hati. Harap-harap semua elok bagai dirancang. InsyaAllah.

Berbalik pada rancangan TV yang menarik minat aku. Actually aku ni tak berapa minat sangat nak tengok drama berseri. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Kalau cerita P.Ramlee tu aku minat la. Kalau dekat Ipoh, memang jarang la tengok cerita melayu sebab mak aku suka tengok cerita omputih. Aku pun layankan je la. Tapi selalunya aku tengok CSI tak pun rancangan masak-memasak dekat channel 703 Astro. 

Rancangan yang menarik minat aku mengikut hari :

Tuesday, February 22, 2011

Mesej yang ringkas tapi padat

Tadi macam selalu, sementara tunggu pakcik aku nak balik rumah aku online sekejap. Buka Facebook, buka blog, buka jobstreet. Masa tengah syok-syok balas komen kawan-kawan kat FB, tiba-tiba ada notification. 1 new message. Siapa la pulak rajin nak bagi mesej kat FB ni. Ingatkan kawan aku yang aku dok balas-balas komen tu. Tapi rupa-rupanya kawan lain. Kawan yang dah lama tak dengar khabar, tak pernah bertemu. Bila baca mesej dia tu, memang aku tersentak. Mesej yang ringkas tapi padat. Terus rasa insaf sekejap. HEHEHEHE. Nak tau apa dia mesej? Aku rasa benda ni tak private pun, jadi boleh la aku nak kongsi dekat sini. Sebagai ingatan untuk aku masa akan datang. 





Ini mesej dia untuk aku. Kalau korang baca, mesti korang akan kata, " haaa??? tak ada apa2 pun. biasa je". Memang mesej ni biasa je tapi bagi aku mesej ni luar biasa. Sebab mesej ni mengingatkan aku siapa aku sebenarnya. Bak kata dia aku dah mula berubah sikit bila umur 20. Masa tu diploma kat Arau. Memang aku akui aku leka. Dan aku macam dah tak jadi diri aku sendiri. Sebelum ni pun, aku pernah kata aku nak jadi diri aku yang dulu. Tapi dugaan... Ya Allah.. Susahnya nak menghadapi dugaan. 

Sebenarnya, aku dengan kawan aku ni TAK PERNAH berjumpa. Dengar suara pun tak pernah. Tengok gambar? Pernah kot. Tak tahu la kot dia letak gambar orang lain. HEHEHE. Kira macam memang kawan di alam maya sungguh la. Dah lama "kenal". Sejak lepas SPM melalui Friendster, tapi tak rapat. Dulu-dulu mesej pun setahun 3,4 kali je kot. Sekarang ni lagi la setahun sekali pun tak. Sekadar mengikuti perkembangan masing-masing dalam FB. Tiba-tiba tadi dia PM kat FB. Bagi mesej macam tu lak tu, memang aku terkedu. Aku hargai dia sebagai seorang kawan dan sangat berterima kasih pada dia sebab bagi mesej yang insyaAllah menyedarkan aku. 

Apa-apa pun, untuk sahabat mayaku semoga persahabatan ini berkekalan dengan semoga berjaya dalam pengajian. (ppsssttttt.. dia kata aku hebat, dia lagi hebat doc-to-be)



Monday, February 21, 2011

My HeartBeat

Salam petang semua. Apa nak merepek petang ni?? Haaa... nampak tak banner kat atas entry ni? Dah lama dah aku nampak banner ni kat blog ramai orang. Tapi masa tu macam tak amik pusing sangat sebab lagi banyak hal nak kena fikir. sekarang ni pun banyak juga hal nak kena fikir tapi saja suka-suka hati tak nak fikir. Pagi tadi masa ziarah blog young-mummy-to-be ni, rasa macam best lak HeartBeat ni. Benda ni ala-ala nuffnang juga. Kira boleh bagi side income la. Tapi dia tak menganggu status geli-geli kat nuffnang tu. Cerita mudahnya, mereka berdua boleh dimadukan. Tak ada masalah nak share dok dalam satu blog. Boleh bertolak ansur tapi tak tolak nilai ringgit dalam akaun. HEHEHE. 

Aku tak reti la nak ajar korang satu-satu macam mana nak sign up untuk HeartBeat ni. Kalau korang nak join, sila la klik banner kat bawah ni tanpa rasa malu dan segan. Tak rugi apa-apa pun. Daripada korang dok menguap lama-lama depan blog aku ni, lagi la baik korang pergi cari side income kan? EH, lain kali jangan la pulak lupa nak singgah sini lagi. Untuk tutorial sign up untuk HeartBeat, sila rujuk ema bakal ibu ni. 


cepat2 klik banner HeartBeat ni, tak rugi wooo =)



Saturday, February 19, 2011

misai tebal ular sawa vs. air muka lelaki soleh

Bila aku mula rasa tak sedar diri banyak kerja tapi buat-buat macam tak ada kerja, atau bila aku rasa macam nak update blog tak tak ada modal nak bebel apa dalam blog, MAKA aku pun buka la akaun nuffnang aku. Nak la tengok kot-kot ada peningkatan nilai ringgit aku. Tapi jangan harap la nak mencanak naik kalau update blog pun mim alif lam sin. HEHEHE.

Jalan-jalan dekat nuffnang tadi tengok la keywords yang sampai dekat princessjue.blogspot.com ni. Selalunya memang la tak ad banyak keywords yang ada sebab blog aku ni tak ada la glamour macam blog Cik Epal tu, tak pun Redmummy ke. 

Tapi kali ni ada satu keyword yang buat aku rasa tersengih memanjang. Nak tau? Jom tengok.

.
.
.
.
.
.


haaaa... nampak tak yang dalam kotak merah tu? siapa la gamaknya yang mencari misai tebal ular sawa tu. Rasanya aku tak pernah la pulak cerita pasal lelaki bermisai tebal ular sawa dalam blog aku. Kalau pasal air muka lelaki soleh tu mungkin sebab entry ni. Yang misai tebal tu, siapa nak jawab? alahaiiii... silap tempat la. tak ada la pasal lelaki bermisai tebal dalam blog aku ni.


Aku tak kenyit mata dekat kau la!

source : Google

Ini alkisahnya minggu lepas. Aku rasa sangat la tidak selesa. Nak tahu kenapa? Sebab mata aku asyik terkebil-kebil je. Atau dalam bahasa mudah paham, asyik terkenyit-kenyit je. Dah la mata kanan lak tu yang asyik terkenyit-kenyit. Aku tak tahu la orang lain perasan ke tak tapi aku memang rasa la. Sebab sikit-sikit terkenyit, kejap-kejap nak terkenyit. Naik rimas aku. Rasa sangat la tidak selesa.

Kalau tak salah aku, orang dulu-dulu ada kata pasal mata terkenyit-kenyit ni. Tapi aku tak ingat la pulakk. Siapa  tahu? Tolong ingatkan aku balik.

Tapi sekaranf dah OK. Dah tak ada terkenyit-kenyit dah. Dekat seminggu jugak la mata kanan aku asyik terkenyit-kenyit. RIMAS.



Sunday, February 13, 2011

Weiiiii.... jom makan!

Lately ni aku rasa nak makan macam-macam. Nak makan cake la, nak makan coklat la, nak makan fastfood la.
TOLONG! TOLONG! TOLONG!

Boleh pulak aku pergi singgah blog kak LG ni, lagi la meleleh air luir aku. HUHUHUH.

Sabar. Sabar. Mujur la aku dekat rumah pakcik aku. Jadi kena la aku kawal nafsu makan ni. Kalau aku dekat Ipoh, memang selamat la aku dah bersilat dalam dapur memasak apa-apa yang dapat memuaskan tekak aku. Tak pun selamat dah la aku pergi mana-mana fast food beli makanan yang memenuhi nafsu makan. Memang la aku dasar suka makan. Bila dah duduk rumah pakcik aku ni, berselera juga aku makan. Maklum la siapa tak berselera bila tiap-tiap hari makan masakan opah sendiri? Memang la berjaya menambahkan berat badan ni.

TAPI!
Serius sangat nak makan coklat atau kek. Atau apa-apa yang manis. Apahal la pulak aku ni?

Masalah. Masalah. Bila nak kurang berat badan ni? Benci pipi makin berisi.

T_____________T



Friday, February 11, 2011

Haiwan apakah ini??

Tadi bosan-bosan, saja belek-belek folder gambar dalam laptop ni. Tengok gambar masa pergi bercuti di Labuan last year. dan tiba-tiba tertengok gambar binatang ini :


nampak tak sesuatu dalam gambar ni?
cuba tengok betul-betul.



tak nampak?
tak pe. tak pe.
aku tolong zoomkan.





haaaaa...
sekarang dah nampak tak?
siap ada gigi taring lagi tu.
ni spesies apa ek?
ikan ke? aku pun dah tak ingat.
TAPI!!!
seriously aku geli tengok binatang ni.
macam keli dan belut.
kalau aku pergi pasar, memang la aku tak nak pergi dekat orang-orang yang jual keli dan belut.
GELI tengok badan yang licin2 tu...


ni adik aku dengan ikan tu.
aku paksa adik aku tangkap gambar dengan aku tu.
dia pun GELI-GELI macam aku.
muka pun senyum terpaksa je.
HAHAHAHAHA


 gambar terakhir ikan yang menggelikan.

SEKIAN pelajaran hidupan laut untuk hari ini.

Sila bersurai.
Jap, jap.
Siapa tahu nama binantang ni?
Aku bagi hadiah doa kesejahteraan berpanjangan.



Wednesday, February 9, 2011

bila aku tak sedar banyak kerja!!

Semenjak bekerja sementara ni, aku selalu rasa sakit-sakit badan.
ADUH! Dah macam orang tua pulak aku rasa. HUHUHU.
Sepanjang hari duduk dalam lab melainkan waktu makan dan waktu solat, memang sangat meletihkan.
Dapat pulak kerusi yang sangat tidak ergonomik.
Memang la boleh buat tengkuk ni rasa macam dah loose je skru dia.
Masa tengah sibuk-sibuk kira data tadi, sempat la aku donwload game tapi tak boleh install pulak!
TENSION!
Dah siap kira data, rasa macam bosan.
Berukband pun macam laju semacam.
Godek-godek blog, BOSAN la dengan header lama.
Belek-belek folder.

"eh, masa bila lak aku buat header baru ni??"

entah zaman bila aku edit-edit gambar untuk buat header. Jadi tadi touchup2 sikit bagi konon-konon nampak cun.

Sila menjamu mata dengan header baru ye.

ini header lama aku. Malu-malu kucing lak kartun ni.

ini header baru. PINK okey? ayu tak?? tapi macam sedih je.


Tuesday, February 8, 2011

Take time to smell the roses ( Ferdinand the Bull)







cantik tak bunga ros ni?
semua ni fresh dari pasu bunga rumah pakcik aku.
tengok dalam gambar tak cantik sangat
guna kamera hp yang murah je.
kalau tengok real, memang rasa GERAM sangat.
ada lagi 2 warna baru nak kembang.
warna merah (i like red rose) dan warna kuning
pakcik aku kata yang warna kuning tu wangi
kalau dalam bahasa arab pun, tak sebut wardah (wardah = ros)
ada nama lain tapi tak ingat lakkk
nanti aku kata pakcik aku.
boleh la korang simpan untuk letak nama baby girl korang.
HEHEHE



cadangan nama baby girl daripada aku : 
Wardatul Hamra' 
(rose yang kemerahan <<--- something camtu la maksudnya) 



Sunday, February 6, 2011

Kesesakan jalan raya menguji kesabaran

Bila musim perayaan je, masalah kesesakan jalan raya memang tak boleh nak dielakkan. Cakap la raya apa pun raya puasa ke, raya haji ke, raya cina ke, raya deepavali ke, raya christmas ke CONFIRM jalan akan sesak teramat sangat. Maklum la rakyat Malaysia kan mengamalkan sikap 1Malaysia, semua perayaan disambut bersama. Semua perayaan semua bangsa nak cuti. Semua perayaan semua yang bekerja dah berebut-rebut nak isi borang cuti. HEHEHE. Adat la tu kan. Siapa yang tak nak cuti???

Kesesakan paling ketara aku rasa bila tibe musim perayaan pastinya dekat Seremban, Tanjung Malim dan juga Tapah. Aku balik Ipoh masa raya pertama CNY. Dari Shah Alam ikut Guthrie, elok je keluar dari Guthrie kenderaan dah bergerak lembab macam siput. Sabar je laaa... Nasib baik bukan aku yang drive. Mula dari situ sampai la ke Tanjung Malim kalau tak salah aku lembabnya. SABAR. SABAR. Gerak dari Shah Alam pukul1130 pagi sampai Ipoh pukul3++. Letih wooo..

Lepas tu dapat dok rumah memang syok la kan. Semalam lak cousin aku buat aqiqah baby dia. Jumpa la makcik2, pakcik2 dan sepupusepapat. Petang tu, konon-konon nak pergi mencuci mata sebentar di Jusco sebelum pulang ke Shah Alam TAPI! sesak weiiiiii. Tak dapat nak masuk jusco. Dari simpang empat kat jusco tu dah jem. (orang ipoh boleh la bayangkan). Tak boleh nak masuk weiiii... Jadi terus tukat niat murni pergi la ke Tesco. Jimat sikit. Tapi kena la aku pergi lain masa sebab nak renew member card jusco. 

Lepas Maghrib, terus bersiap2 nak balik puchong. Elok je keluar Tol Ipoh, kereta2 dah gerak cam ciput. selaju 20km/h... laju kan?? Dari tol Ipoh ke hentian Simpang Pulai pun dekat sejam T___T Lepas tu jalan smooth pastu jem balik macam tu la berulang sampai ke Tanjung Malim. Sampai mana entah, aku dah tak larat nak buka mata terus ZZzzzZZzZZZZzzzz sampai ke Shah Alam. Sampai Puchong dalam pukul1230 tengah malam. Letih.

Aku rasa aku lagi suka belajar dekat Arau dulu. Bila musim cuti, orang semua nak menuju utara, aku menuju selatan. Jalan pun lenggang. Bila dah habis cuti, semua orang rebut-rebut nak balik selatan aku pulak menuju utara. Jalan pun lenggang je. BEST.


** budak jari comey kata, "masa ada kecik2 dalam perut mama, adik tidur dengan mak teh." =)


Wednesday, February 2, 2011

Pendapat jujur dan ikhlas daripada seorang LELAKI

Bila umur dah makin banyak ni, kenalan pun makin ramai. Mulut pun makin ringan nak bertegur sapa menambah kawan. Sekarang kan aku jadi RA dekat UiTM, jadi dengan secara tak langsung aku pun berkenal-kenalan la dengan lab assistant makmal aku buat kerja tu. Sebenarnya dah lama kenal tapi sekarang ni la baru nak bersembang-sembang sementara tak ada kerja nak buat. 

Hari tu sembang-sembang dengan dia. Dia pun umur lebih kurang aku je. Atau mungkin lagi muda. Tak kisah la semua tu. Tapi yang aku dah perhatikan, bila umur dah meningkat 20++, soalan yang paling famous orang akan tanya adalah; "BILA NAK KAHWIN?" or "DAH ADA CALON?". Aku pun sampai dah lali nak jawab semua soalan macam tu atau yang seangkatan dengannya. Masa sembang tu dia terperasan la aku pakai cincin dekat jari manis tangan kanan. Terus dia tanya, "DAH TUNANG KE?". Aku pun HAAAAA???? Aku tanya dia kenapa tanya macam tu. Dia kata orang dah tunang je pakai cincin jari manis tangan kanan. Aku akui la benda tu tapi nak buat macam mana memang dari zaman diploma aku pakai cincin jari manis tangan kanan. Dulu lagi la aku pakai cincin emas tau, sekarang ni dah turun pangkat sikit pakai cincin white gold je. ngee~

Lepas tu, dia pun mula la sesi ceramah FOC kat aku. KATANYA, lelaki kalau nampak perempuan yang pakai cincin jari manis tangan kanan terus dia tak nak dekat. Sebabnya menurut dia pada pandangan lelaki tersebut perempuan itu telah ada yang punya. Tapi aku tak pernah terfikir pun semua tu sebabnya kalau la lelaki fikir macam tu kenapa ada isu skandal dengan ister orang? HEHHEHE. Okey2. Tak mau ada kontroversi di sini. Tu cuma pendapat dia. Aku dengar je dan cerita semula pada korang. 

Beberapa bulan sebelum tu, seorang lagi kawan lelaki aku meluahkan rasa takut dia pada aku. Dia kata dia takut kalau girlfriend dia dingorat orang. Aku pun pelik la. Sebab masa GF dia tu belajar, tak ada la pulak dia risau ke hape. Bila GF dia dah habis belajar, baru la dia nak risau. Aku pun tanya la dia dan jawapannya, "orang perempuan ni bila dia dah kerja saham dia akan melambung tinggi." Kiranya kalau korang single masa zaman belajar, bila dah kerja nanti insyaAllah la akan ada yang terpikat or syok kat korang. Macam tu la lebih kurang maksud dia yang aku paham. Benda ni aku tak tahu la sejauh mana kebenaran dia sebab aku belum betul2 kerja jadi aku tak boleh nak share pengalaman. Nanti dah keje kot2 ada beratus jejaka idaman malaya datang tackle aku, aku citer kat korang. Kalau tak ada yang tackle, makanya hipotesis kawan aku tu tak boleh diguna pakai.


Daaaaaaa~

Tuesday, February 1, 2011

International English Language Testing System (IELTS)


Alhamdulillah. Pagi tadi aku dah selamat daftar untuk menduduki ujian IELTS. Aku rasa semua orang tahu pasal ujian IELTS ni. Kalau ada yang tak tahu, boleh baca details dekat website British Council ni. Kiranya ujian ni antara syarat kelayakan sebelum seseorang tu pergi belajar atau bekerja dekat luar Negara. IELTS ni lebih kurang macam MUET juga (Malaysian University English Test). Cuma bezanya IELTS ni kira international punya standard. Cara marking setiap element ujian tu pun ikut standard antarabangsa la. AGAKNYA LA. Aku pun tak pasti sangat.

Masa aku pergi daftar untuk IELTS tu tadi, kebanyakan yang daftar semua Chinese and Indian. CUAK pun ada. Diorang punya speaking jangan cerita la kan... aku ni setakat faham apa yang diorang cakap, nak jawab balik jenuh la aku kena fikir susun ayat. Sangat sedih dan kesian dengan diri sendiri. Kadang-kadang rasa macam menyesal sebab tak attend mana-mana English courses masa lepas SPM dulu. Sekarang baru la pasang angan-angan. Bila aku ada anak nanti, aku nak hantar diorang pergi kelas Mandarin, English dan Arabic. Gila tamakkan aku ni? Pengsan la anak aku nanti kena “buli”. Tapi aku rasa semua bahasa tu penting. Bahasa Arab pun penting hape? Kalau ada basic bahasa arab, at least bila baca Al-Quran tu paham la sikit-sikit maksud perkataan tu (perkataan okey? Bukan ayat) mandarin pulak penting sebab sekarang ni kalau nak apply kerja mesti preferred language kebanyakan mandarin selain daripada bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.

Cerita pasal masa daftar test tadi, ada seorang bapa ni dating bersama anak lelakinya. Dia datang terus ke counter dan cakap kat orang kat kaunter tu dia nak remark keputusan anak dia. Kiranya dia tak puas hati dengan keputusan anak dia. Dia siap tunjuk result anak dia kat staff kat kaunter tu. Aku pun sempat la jelingmenjeling tengok result anak dia. HEBAT wooo... semua dapat band 7.5 kecuali satu je dapat 5.5... sebab tu la dia nak remark keputusan anak dia. Mesti dia yakin anak dia boleh dapat 7.5 juga! Terus aku terkedu. Masa proses daftar tu, staff tu tanya la target nak dapat band berapa apa bagai. Aku pun jawab la dengan seikhlas. Lepas tu, staff tu nasihatkan aku study elok2, buat betul2, test susah, terus aku kecut perut. Mampukah aku??? Harap2 aku tak ada la seteruk yang aku bimbangkan. Lagi pun kalau tak dapat band yang elok rasa macam melayang begitu sahaja RM aku. Mahal tau nak amik test ni. Bukan setakat sekupang, dua kupang.

Jadi mulai hari ini, aku kena mula study English. Kena rajin baca NST or The Star. Kena rajin tengok cerita omputih tanpa subtitle, kena rajin tengok news... dan juga dah boleh mula selak buku latihan IELTS yang aku beli beberapa minggu yang lepas. Nak pergi course yang British Councik organize tak mampu sebab mahal bagi aku yang masih tanam anggur ni. Jadi cari inisiatif sendiri, belajar sendiri. Beli buku sendiri (buku kat MPH dan Popular juga mahal T__T), download contoh test etc2.

Harap2 aku lepas la test ni dengan band yang aku harapkan. Korang-korang semua tolong doakan aku tau.

Thank you =)