Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, April 30, 2011

blogger draft berwajah baru?

pagi-pagi lagi dah online. log in blogger. cadang nak update blog tapi tak ada idea nak merepek apa. pastu, bila dah log in blogger draft, rasa macam pelik pula interface dia. ingatkan ada error apa. 


rasa macam cool pulak interface ni. korang suka tak? tapi kalau warna-warna yang ceria lagi cool kot. apa pendapat korang?

Saturday, April 23, 2011

What is your weight?

Bila cakap pasal berat badan, memang la benda ini isu sensitif. Terutama bagi wanita-wanita di luar sana termasuk aku. Ye la. Siapa yang nak gemuk kan? Selain daripada akan memberi kesan kepada kesihatan, masalah kegemukan juga menghalang kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti outdoor banyak-banyak.

Kenapa cerita pasal berat badan hari ni? Sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni tapi entah macam tak ada mood. Tiba-tiba hari ni macam nak update blog tapi tak ada modal nak gebang dalam blog pulak. Maka terkeluar la tajuk "what is your weight?".

Sekarang ni, aku rasa badan aku bagai dipam-pam... Asyik nak makan je. Purse dah nak kempis pun masih nak makan sedap-sedap. Entah kenapa. Dua bulan lepas, aku balik Ipoh. Cousin aku buat kenduri naik buai anak dia. Kiranya dah habis pantang la wife cousin aku tu. Baby tu baru umur 2 bulan ++. Dan paling best sekali, baby cousin aku masa tu dah macam budak umur 5 bulan. SERIUS! Aku tak tipu. Badan dah tegap, kalau pegang tu tak ada la baby tu nak terlentoklentok macam baby-baby yang umur 2,3 bulan. Sebabnya baby tu masa lahir pun berat dah 3.7kg kalau tak salah aku. Sedangkan isteri cousin aku, kecik molek je orang nya. Lagi kecik dan rendah daripada aku yang memang sedia besar ni. MUAHAHAHAHA.

Al-kisahnya 2,3 minggu lepas aku minta ibu aku kirimkan salinan beberapa dokumen penting termasuk la surat beranak aku. OKAY. Segala barang-barang penting aku seperti buku bank, surat beranak masih dalam simpanan ibu aku. IC, lesen kereta dan kad ATM sahaja aku pegang sendiri. Macam kanak-kanak bawah umur kan? Tak pe la. Bukan itu isu di sini. Sebelum ni, aku tak pernah nak amik kisah sangat pasal surat beranak aku tu. Maklum la orang dah ada IC kan. Buat apa nak sibuk-sibuk belek surat beranak. Entah macam mana, maybe sebab aku terdengar kakak ipar aku sembang dengan kakak dia pasal beart terkini anak dia yang berusia 3 bulan tu. Baby tu lahir 2.7 something kg dan terkini berat dia 5kg ++. Aku pun terdetik la nak tengok salinan surat beranak aku tu. Nak tahu berapa berat aku masih lahir? Segan aku nak bagitau. Tapi nak bagitau juga. Benda dah lepas kan, buat apa nak malu. Lagi pun, tu masa baby. Bukan aku kisah sangat pun. Memang tak kisah pun, tak reti apa-apa lagi. Berat aku masa dilahirkan ialah;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 lagi ye, sabar sikit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suspennya saya
.
.
.
.
.


Tuesday, April 19, 2011

Bila mood terbang entah ke mana

Sejak dari minggu lepas aku rasa mood aku dah tungganglanggang. Rasa macam tak cukup 24jam sehari nak fikir segala hal yang perlu aku selesaikan dalam masa terdekat. Kadang-kadang rasa down sangat-sangat sampai hampir pecah empangan air mata ni. Mungkin sebab dah nak sampai bulan penuh, jadi mood pun jadi entah-hape2-entah. 

Last week, memang rasa tak ada mood. Jadinya hanya buat rutin kerja separuh hari, kemudian merajinkan diri membersihkan apa yang patut dalam makmal tu. Ala-ala melepaskan stress juga. And it works! Serius, mencuci sambil berbual ringan tanpa fikir masalah lain betul-betul buat aku hilang stress. Sabtu ahad pun best juga sebab CUTI. Siapa tak suka cuti kan? Lagi-lagi dapat jumpa budak jari tembam, lagi la aku bertambah syok tak ingat. 

Sebelum tu ntah hari apa aku pun tak ingat. Khamis atau jumaat. Pagi-pagi berkejaran ke imigresen. Datang sebelum pukul lapan pun dah dapat angka giliran no 28. Diorang tu tunggu pintu pejabat buka ke? Pelik betul aku. Urusan pendaftaran sekejap je tapi nak tunggu giliran bayar, memang angin satu badan aku. Setengah jam lebih juga la aku tunggu. Yang buat aku anginnya sebab orang yang lagi lambat daripada aku lagi cepat turn bayar, aku yang datang awal pegawai tu tak panggil-panggil pun nama aku. Aku dah dok menjeling-jeling jam je. Elok je aku dah bayar, terus pergi BSN dan LUTH. nasib baik tak ramai orang lagi. Sementara nak tunggu urusan seterusnya dekat imigresen tu, pergi la sarapan jap. Baru je nak suap makanan, tiba-tiba ada orang call. Tanya benda yang bukan tugas aku sebenarnya tapi aku sekadar tolong. Terus aku hilang mood nak makan. Tapi fikir kepala pun dah mula pening makan juga laaaa. Selesai je urusan terus pecut masuk kerja, nasib baik ada parking. Kelamkabut aku, sampai lab nafas pun termengah-mengah. Kadang-kadang betul orang kata, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Entah la.

Semalam lagi sekali semput tak cukup nafas. Keluar awal sebelum lunch awal, pergi jumpa cousin pastu terus pergi LUTH lagi sekali. Haaiiiiihhhhh. Memang la hari isnin ramai orang. Cari parking dah dekat 10 minit pastu dapat giliran gap 50 orang. Memang menguji iman. Dah bawa buku untuk baca tapi tinggal dalam kereta. Memang bijak. dekat 2 jam juga la menunggu giliran. Nasib baik pegawai dekat kaunter tu senyum je walaupun dia penat. Terima kasih encik! Masuk kerja balik dah dekat pukul3. Solat apa bagai semua 3.30 juga la jadinya. Terus malas nak masuk lab. Tolong kawan analysis data sambil borak-borak.

Hari ni mood terus terbang entah ke mana. Rasa macam nak ambil cuti je. Banyak benda tak settle lagi. Banyak yang nak kena fikir. Esok kena pergi kedai gambar lepas tu kena pergi hantar barang dekat pakcik lepas tu kena settle kan lagi 3 form yang tak complete lagi. due date untuk semua form tu hujung bulan ni. haaaaiiiihhhh. letih.

encik, saya nak paid leave please! muahahahahahahaaaaa



bila mood merajuk,

Monday, April 18, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

source : google

Fuuuuhhhhh~ Tajuk tak tahan okey. Bajet macam cikgu bahasa malaysia je. Alaaaa... tak mau la cikgu. Tukar-tukar. Bajet macam professor bahasa kat akademi pengajian bahasa universiti kebangsaan malaysia (UKM). Kenapa mesti UKM? suka hati aku laaa... asyik-asyik UiTM dihatiku je. Kali ni kasi tukar laaaa... 

Okay. Jangan lari tajuk. Aku rasa semua pernah dengar " Bahasa Jiwa Bangsa" tu kan?? Benda alah tu nak panggil apa ek? Aku pun tak tahu. Apa-apa je la yang korang suka. Benda ni sebenarnya aku dah lama nak bagi penerangan panjang lebar macam dalam lecture hall dengar kuliah 2 jam straight tanpa rehat. Aduhhhh~ boleh kebas b**t** semua tambah dengan berdesing telinga kalau microphone yang lecturer guna selalu mengalami masalah sound system. Apa-apa je la. 

Tapi sekarang ni, aku rasa frasa (fuhhh~ membanggakan betul penggunaan kosa kata) "Bahasa Jiwa Bangsa" tu tak boleh nak dipraktikkan lagi. Sebab apa? Banyak sebabnya. Jom kita sama-sama explore apa sebab-sebabnya :

  1. Zaman sekarang ni orang dah tak cakap ikut mother tongue dah. Sekarang dah zaman moden. kadang-kadang seorang dah boleh fasih 4,5 bahasa. FASIH okey? Bukan setakat cakap "nihaoma" <<-- betul ke macam tu spelling dia? hentam je la. Tak pun sekadar tahu tanya "ma ismuki?". Tak pun reti kira "siji, loro, telu blaaaaa". Atau cakap "arigato gozaimas" <<<--- main hentam je eja. FASIH beerti boleh buat essay 500 perkataan atau berbual dalam telefon selama setengah jam tanpa ada "aaaa... aaaaaa.... hurmmmmm". Kalau seorang dah boleh FASIH 4,5 bahasa macam mana kita nak confirm kan bangsa dia??
  2. Sekarang orang dah amalkan konsep 1Malaysia. Maka kahwin pun 1Malaysia. Jadi dapat anak mix. Mak putih melepak, bapak suam-suam kuku, dapat anak? bayangkan sendiri laaa. Confirm-confirm la si mak cakap bahasa dia, si bapak cakap bahasa dia. Then anak? campur aduk macam-macam ada. Macam mana nak confirm bangsa dia melalui bahasa? Melainkan dia isi borang bahagian "pilih tanda pada yang berkenaan; bangsa : melayu ___, cina ___, india ____, dusun ____, kadazan _____, dan seterusnya.
  3. Kalau menulis (contoh dalam blog sendiri la <<<--- aku la tu). Sekejap tulis bahasa inggeris, sekejap tulis bahas malaysia, sekejap tulis bahasa iban (ni bukan aku), sekejap dia speakang jepun (bukan aku juga), sekejap dia cakap arab (aku tahu la sikit-sikit) macam-macam lagi la. Macam mana nak tahu bangsa dia. Tapi sebenarnya, boleh je kalau nak tulis blog dalam bahas apa sekali pun. Nak tahu caranya? Pergi dekat Google, pastu cari google translate lepas tu taip la apa korang nak bebel dalam blog lepas tu pilih la nak translate dalam bahasa apa pun yang korang nak. Mudah bukan? HAHAHA.
  4. Kalau tengok la gaya bahasa remaja zaman sekarang (waaaaa... terasa diri makin bertambah usia), memang la kadang-kadang aku naik geram. Lagi-lagi time jalan-jalan ziarah blog orang, tiba-tiba masuk blog tulis macam ni; "monink cume. ari ni pegi skuwl cm bese. bowink cuz boypren aq x dtg. nk blaja pun x de mood. asyk tingat kt boypren tu je. tp plik la cebab dye x meset pun kitew. kitew hrp dye x de pe2.  blaaaaaa " <<<<--- dah tak larat nak sambung sebab penat otak aku nak fikir macam mana la budak-budak ni mengeja. LETIH otak!  Kalau la macam ni, nak kata dia bangsa apa? aduh. boleh sakit otak fikir.

Okay. Itu je la kot bebelan aku hari ni. Agak-agak ada kena-mengena dengan tajuk tak? bila aku baca-baca balik, macam lari tajuk je. HUAHUAHUA. Hentam je la labu. Entry aku, blog aku, suka hati aku la kan nak letak tajuk apa pun kan? 

Sebelum aku lupa, aku minta maaf la kalau ada sesiapa tersinggung. Tak ada niat nak menghiris perasaan sesiapa. Ni semua sekadar pandangan aku. Tapi secara jujur, aku memang tak boleh terima la kalau sesiapa tulis guna ejaan yang boleh buat aku sakit kepala tu. Hatta wall FB adik aku pun, sakit kepala aku tengok. entah apa benda entah dia tulis. kadang-kadang mesej dia dekat HP pun lama gila aku kena baca baru paham. 

OK la. And again, sesiapa terasa, aku minta maaf. Aku tahu, aku pun bukan bagus sangat. Tulis pun bahasa rojak ikut sempat otak aku nak proses. Tapi aku rasa aku tak ada la tulis bahasa orang lain susah paham. HUAHUAHUA. 

Sebelum nokhtah terakhir, sekali lagi, aku minta maaf. BYE.






Aku si pencinta bahasa (kononnya),

Sunday, April 17, 2011

Rahsia hati

Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak menulis sesuatu. Tadi lepas berjalan-jalan di alam maya ni rasa macam nak tidur sebab esok kerja. TAPI mood nak kerja tu tak datang-datang pun lagi. Malam ni status di FB berbunyi ini;

1, 2, ,3, 4, 5, blaaaa, blaaaaaa, blaaaaaaaaaa = STRESS!

Tak tahu kenapa aku stress. Maybe sebab tak lama lagi Best Friend nak datang. Tambah-tambah semalam + hari ni tak bertegur sapa dengan Mr. XY. 

OKAY. Memang salah aku tapi salah ke kalau nak suruh dia paham sikit apa dalam hati aku ni? Biasalah... nama pun perempuan kan? Memang la sensitif terlebih sikit. Lagi-lagi bila dah nak sampai "bulan penuh". Aku selalu dengar orang cakap, jangan nak ikutkan hati sangat bila dah nak sampai masa "bulan penuh" tu. TAPI kadang-kadang aku tak sedar pu benda tu. Macam contohnya, satu tabiat memang dari zaman muda belia lagi, kalau nak sampai "bulan penuh" memang la nafsu makan ni membuak-buak. Asyik-asyik nak makan, lepas makan nak makan lagi. Macam tak kenyang-kenyang. Bila tengok kalendar, patut laaa... Best Friend nak datang tak lama lagi, patut la asyik nak makan. Sama la dengan mood. Kadang-kadang aku memang tak dapat nak kawal mood bila nak sampai "bulan penuh" tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bukan sebab aku dah mind set tapi benda tu memang semula jadi. Kenapa la dia tak paham-paham. 

Kadang-kadang sedih tau tapi tak pe la. Aku pujuk diri aku sendiri. YES! Memang dari dulu aku pujuk diri sendiri. Aku ada tempat mengadu tapi tak ada orang yang pujuk aku bila aku merajuk or apa-apa je la. Ah~ mesti korang fikir aku macam budak kecik kan? Whatever~ memang kadang-kadang aku bersikap childish (dengan orang tertentu) tapi jauh dalam hati ni, aku rasa aku dah cukup matang. Dalam tempoh 24 tahun ni, dah macam-macam aku lalui. Kadang-kadang rasa macam dah tak ada air mata nak ditangiskan lagi. Cuma dah dewasa ni, aku dah mula kawal pengeluaran air mata ni. Cuba untuk jadi lebih kuat. Tapi kadang-kadang aku tak mampu.

SERIUS! Bila rasa nak menangis, tapi semena air mata mengalir. Bila rasa "kosong" terus cepat je mata aku berkaca. Aku tak minta simpati sesiapa. Cuma aku tujukan entry khas untuk seseorang. Aku tak tahu la kalau orang tu baca atau tak blog aku ni. Sebab dia memang jarang buka blog aku ni. Mungkin dia tak berminat nak tahu apa jadi dalam hidup aku ni. Hari ni aku cuba untuk tak "menyibuk" pasal hidup dia. Walaupun diam mesej tapi aku tak balas. Dia call pun aku buat endah tak endah. Sebab aku nak dia rasa apa aku rasa. Bukan aku berdendam, tapi kadang-kadang susah tau kalau mengharap kita je nak jaga perasaan orang tapi orang tu tak tahu nak jaga perasaan kita. 

Tadi aku keluar dengan family abang aku. Aku pergi cuci gambar pasport. Then bila dapat gambar tu, aku rasa macam pelik. Aku tengok gambar aku macam opera cina pun ada. Lain daripada pertama kali aku cuci. Aku nak macam snap gambar tu pastu tunjuk kat dia tapi rasa macam "tak pe la, dia bukan nak tahu pun" T__T

Masuk tesco. Pusing-pusing dalam tesco. Habit aku kalau masuk kedai, boleh katakan semua benda aku nak tengok. Kalau berkenan, mula la berangan nak beli untuk rumah sendiri NANTI. Pastu jalan-jalan kat tempat baby. Terus rasa "alahaiiiii... lambatnya lagi boleh borong barang-barang dekat sini. Double sedih jadinya. Kalau aku pergi mana-mana, mesti aku akan text dia kata " tak sabar la nak ada rumah sendiri, nak beli itu, nak beli ni" HAHAHA. Macam desperado je aku ni. Aku bukan apa, aku suka tengok rumah kemas dan cantik. Jadi aku nak la cepat-cepat ada rumah sendiri supaya aku boleh buat deco macam Eric tu dekat rumah aku. 

Okey la. Aku tak nak cakap banyak-banyak dah. Makin banyak aku tulis nanti, makin banjir lak keyboard ni.Memang la aku ni ratu air mata.




Saturday, April 16, 2011

TUPPERWARE


rasa semua orang tahu pasal Tupperware Brand ni kan? Tupperware bukan sekadar menjual barang-barang menyimpan makanan etc tapi juga ada juga menjual barang-barang kesihatan.

Kalau dulu, aku promote Apartment dekat Cameron Highlands nun, kali ni aku nak promote Tupperware lak.






untuk keterangan lanjut,
sila kunjungi laman web Tupperware ni.

Tak rugi tau beli barangan Tupperware ni, berkualiti, comey-comey lak tu dan 
paling penting kalau rosak boleh tukar. 



Kalau berminat dan tak tahu nak beli kat mana,

contact me @ 013-5988767

atau email ke missedu_najah@yahoo.com



Note : Aku available dekat area Shah Alam dan sekitarnya. Orang-orang Ipoh, aku balik sebulan sekali. InsyaAllah. Untuk yang lain-lain, kalau berminat boleh je beli daripada aku TAPI kos penghantaran atas tanggungan anda. Terima Kasih.


Friday, April 15, 2011

Fakta atau auta ? Tiada bezanya tinggal di kampung atau di bandar.

Aku ni bukan la orang bandar sangat pun. Nak kata orang kampung sangat pun tak ada la. Tapi alamat dekat kampung la. Bukan dekat taman atau seangkatan dengannya. Tapi aku ni orang kampung kot. Aku rasa kalau orang perak, kalau bercakap dalam loghat perak terasa sangat kekampungannya. Oppppssss~ jangan naik angin dulu. teman pun oghang peghak juga, tapi idak la teman pande beno cakap peghak. HAHAHAH. Rasa macam kelakar pulak aku cakap perak. Aku tak ada la cakap pekat macam tu dekat rumah tapi kadang-kadang terkeluar juga la. HEHEHE.

Berbalik pada isu tinggal di kampung atau di bandar tiada bezanya. Sebenarnya benda ni tak ada apa la sangat. Cuma sekarang ni AKU PERHATIKAN, orang kampung ke, orang bandar ke sama je. Tak ada jauh bezanya. Tak kisah dari segi apa sekali pun.

  • dulu kat kampung-kampung mana nak ada sangat internet apa bagai ni, sekarang ni kadang-kadang orang kampung lagi hebat dari orang bandar. HEHEHE.
  • Kalau dulu kat kampung-kampung cuma ada kedai runcit pak abu je, sekarang ni ada je supermarket-supermarket besar dekat dengan kampung. Dekat kampung aku ada, kampung korang ada tak?
  • dulu kat kampung, tak ramai yang pakai kereta. kebanyakan pakai motor je. tapi sekarang kat kampung dah banyak kereta mahal2. HEHEHEHE.
  • kalau dulu-dulu kat kampung, jarang ada kes kecurian. kalau ada pun curi getah skrap, tak pun curi durian. tapi sekarang orang mencuri tak kira tempat. kampung pun dia bedal gakkkkk.
  • selalunya kita selalu nampak masjid-masjid dekat kampung penuh dengan jemaah, sekarang ni pun orang bandar dah makin ramai berjemaah. ALHAMDULILLAH.
  • dulu-dulu susah nak jumpa budak kampung yang score dalam exam. tapi sekarang best student keseluruhan pun budak kampung je. ALHAMDULILLAH.
  • dulu masa dok kampung, aku ingat orang-orang kampung je naik motor tak pakai helmet tap sekarang dekat bandar pun ada orang naik motor tak pakai helmet. HAAAIIIIII la.... <<<--- ni je yang aku nak cakap paling utama sebenarnya.


BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Sebelum ni En. Ben kita ni nak bergegar-gegar. Hari ni ajak jadi budak-budak lak. Ala-ala kanak-kanak ribena gitu. Kenapa mesti ribena? Sebab macam comel je bila sebut "kanak-kanak ribena" tapi kalau sebut "kanak-kanak anggur" kan tak sedap bunyi nye.

OKAY. Lets goooooo dora!
  • Aku paling minat WINNIE THE POOH. Aku minat POOH tu je tau, kawan-kawan dia aku tak minat. Memang dari sekolah rendah minat gila kat POOH ni sampai kalau dulu-dulu beli tshirt ke, bear ke, apa-apa ke la mesti nak ada gambar POOH. Kenapa mesti POOH? Sebab POOH tu comey macam aku. Eh silap~ Aku ni comey macam POOH. Tengok kesamaan pipi aku dan POOH. Memang macam bola dibelah dua.
alololooooo~ comeynya POOH ni.
  • Aku tak suka SPONGEBOB and the gang. Sebab apa? Karakter-karakter dia tak comey. Aku tak suka benda-benda tak comey ni. Aku suka benda comey-comey je. Lagi pun aku GERAM je tengok Spongebob And The Gang tu macam tak seimbang je. Tengok la kaki kecik, badan besar, kepala besar, macam-macam la

haaaa... kan aku kata. kartun dia tak comey.
  • Kalau aku jadi superheroin (sebab aku perempuan) aku nak jadi ____________________ (sila isi sendiri). Muahahahahaha. Aku tak ada idea. Sebab aku tak minat la superhero-superhero ni. Aku kan suka yang comey-comey je. Superhero tu tak comey tapi handsome je. HEHEHE. Kalau nak jadi superheroin pun, mana ada superheroin yang pakai tudung. p/s : tak ada gambar superheroin sebab semua gambar semua seksotmeksot (bak kata ibu aku). Tak sesuai untuk tontonan umum. HEHEHE.


BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Apa yang bergegar?? Klik link kat bawah header kat bawah ni.

Santai Bersama BEN ASHAARI


Thursday, April 14, 2011

Exclusive!! Pengakuan jujur seorang wanita.

source : google


We will have a long chitchat later. Really sorry for not entertain you. =P


And dont forget to visit my another blog. >> PLEASE CLICK HERE << TQ.




Tuesday, April 12, 2011

Big News!!!

Ingat lagi tentang entry aku tentang One Stop Center at Cameron Highlands dulu? 
Kalau tak ingat, boleh la pergi ziarah.

Jadi setelah fikir 2,3 hari, aku ambil keputusan untuk wujudkan satu blog baru untuk mempromosikan One Stop Center at Cameron Highlands tersebut.

Kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Cameron Highlands dan perlukan tempat tinggal yang selesa buat seisi keluarga, jangan malu jangan segan, sila klik link di bawah.




>>> CLICK HERE <<<





Monday, April 11, 2011

Ada Apa Dengan Cinta?

source : google
Cerita ni dah lama dah. Aku pun dah hampir lupa cerita ni. Tapi tadi baca entry dekat blog Sarah Aisyah, buat aku teringat balik cerita ni. Dan paling aku tak boleh lupa puisinya yang begitu puitis. Aku rasa ni filem Indonesia pertama yang aku tengok ada babak 18sx.

Okey la. Just nak share dengan korang semua benda ni. Puisi ni zaman sekolah dulu, aku siap tulis cantik then letak kat bawah lapik meja dalam kelas. HEHEHE. Serius kenangan.


Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi… Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!

Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terdera,
atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


Friday, April 8, 2011

Ema Jom Review Blog Saya!


syarat-syarat penyertaan :

1) Follow blog Ceritera Cun - DONE!
2) Tajuk entri mestilah = Ema Jom Review Blog Saya! - Here it is
3) Letak header contest di dalam entri - Kat atas tu
4) Jawab soalan-soalan dibawah - OK!
5) Lengkapkan slogan - OK!
6) Tag seorang blogger sahaja - mum-to-be Mariah Smile, jom join!
7) Tarikh Tutup: 17 April 2011 - be ALERT!

Soalan mesti jawab daripada young-mum-to-be ema rahmah :

Soalan 1: Bagaimana anda dapat tahu tentang blog Ceritera Cun?
Tak ingat daripada siapa. Tapi masa tu rasa nak baca sebab rasa "tercabar" bila baca dalam blog blogger-mana-entah, ada budak umur 16 tahun nak kawin. FUHHH~ serius rasa tercabarnya aku. HAHAHA. Lepas tu terus rasa nak baca hari. Sebab tulisan ema pun tak macam kebanyakan remaja sekarang yang suka gila tulis guna short form. Sakit kepala baca tau!


Soalan 2: Berapa kerap anda lawat blog Ema?
HAHAHAHAHA... boleh katakan tiap-tiap hari masuk singgah blog si ema ni. Kalau tak masuk baca tu maknanya memang sibuk tak dapat nak kata atau tak ada internet connection. Ema, awak baca blog saya tak? HUAHUAHUA... perasan giler aku kan???


Soalan 3: Kenapa nak join contest ini?
Sebab rasa macam contest ni just like a piece of cake. TAK PAHAM? Contest ni senang macam kacang laaaaa... Sebab contest ni dapat mem"popular"kan aku yang tak glamour ni. HUAHUAHUA. Lagi sekali perasan.

Lengkapkan slogan;
Saya suka makan pizza yang saya buat sendiri kerana saya boleh letak ayam, crab stick, sosej dan seangkatan dengannya dengan banyak sekali tanpa perlu rasa takut kena bayar mahal dan semestinya saya boleh letak mozarella cheese sesuka hati saya. Lagi banyak lagi sedap. NYUMMMMYYY~


Nak tengok piza saya masak, mai tengok kat sini. (Oppppssss~ terlebih sudah)



Disebabkan ema ni suka makan, maka slogan yang perlu dilengkapkan juga berkait rapat dengan makanan.
(peace no war! ema jangan marah yeeee)




OKAY. DONE. 


p/s : ema, sila pilih saya. saya boleh masakkan pizza untuk awak. HEHEHE. Rasuah mencabar integriti individu. HAHAHA. Aku merepek pe benda entah. Sorry ye ema.






Aku yang berdoa untuk menang, ameen~,

Thursday, April 7, 2011

Fakta atau auta? Wanita dan kereta.

ini kereta ke hape ni? Macam kapal angkasa alien je.
Sekadar gambar hiasan ihsan google.

PERINGATAN!
Segala yang tertulis adalah pandangan aku sendiri sebagai seorang pemandu. Tidak ada kaitan dengan sesiapa pun. HARAP MAKLUM.


Zaman sekarang ni dah tak macam dulu kan? Tapi ada juga dalam sesetangah perkara, aku tengok orang zaman sekarang macam nak berbalik pada zaman dahulu. Salah satunya dalam berfashion. Siapa setuju? OKEY. Tak kisah pun kalau tak ada siapa nak setuju sebab aku bukan nak bebel pasal pakaian tapi pasal KERETA.

Sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua lepasan SPM dah ada lesen memandu. Betul tak? Lesen memandu kereta tau, bukan lesen menunggang motosikal. Aku sendiri lepas SPM telah dikerah untuk mengambil lesen KERETA sahaja. Motor adalah tidak dibenarkan. Percaya atau tidak, sepanjang hayat aku dah 24 tahun ni rumah aku tak pernah ada motor. Aku rasa la. Hatta hanya abang sulung aku je ada lesen motor antara 4 orang adik beradik aku. Adik aku tak kira sebab masih bawah umur. Mungkin arwah ayah aku risau kot kalau anak-anak dia bawa motor. Dan lebih teruk lagi, aku tak reti naik public transport dekat Ipoh tu. Lagi pun aku jarang keluar rumah dulu, kalau keluar pun dengan family. Lepas form 5 baru berjinak-jinak keluar dengan kawan-kawan. Itu pun adalah setahun sekali. Kesian aku. Tapi aku tak kisah pun.

OKEY.

Berbalik pada cerita asal. Kalau tambah tolak darab bahagi kiranya dah dekat 6 tahun aku ada lesen memandu tapi aku baru memandu kereta dalam erti kata sebenar baru nak masuk 4 tahun. Masa amik lesen kereta dulu, kali ketiga baru LULUS. Dahsyat tak aku? Masa first time, gagal jalan raya dengan bukit. Kali kedua jalan raya dah lulus, bukit pulak sangkut. Kali ketiga tu, aku cakap kat arwah ayah aku, "kalau jue gagal gak kali ni, jue tak mau amik dah. buat bazir duit je". HAHAHAHA. Gaya macam orang dah give up je kan? Sekarang ni tak la mahir sangat tapi boleh la kalau sekatak nak pusing-pusing pekan Ipoh tu. HAI ORANG IPOH!! =)

Kesimpulan aku hasil 4 tahun memandu (ini baru isi penting yang berkait dengan tajuk) :
  1. Aku hanya BERANI memandu di tempat yang aku biasa. Kiranya aku tak berani nak cuba jalan-jalan baru. Buatnya sesat tak ke naya jadinya??? Tapi sekarang dah mula memberanikan diri.
  2. Aku mula tahu mengisi minyak kereta pada tahun hujung 2009. Kesian kan? Itu first time isi, minta tolong orang dekat Petronas tu tolong tunjukkan cara-caranya. =P
  3. Ibu aku suka suruh isi minyak full guna kredit card dia tapi aku selalu refuse sebab aku tak reti nak buat macam mana. HAHAHA. Sila gelakkan aku. Jadi, setiap kali isi minyak, pandai-pandai la budget berapa ringgit supaya lebih daripada separuh tank.
  4. Aku tak reti tukar tayar kereta. 2 minggu lepas tayar kereta pancit, TERPAKSA menebalkan muka minta tolong kawan lama. Nasib baik pancit dekat rumah pakcik aku.
  5. Aku tak reti pam tayar. Bukan setakat tak reti pam tayar, malah nak tahu tayar tu ada angin ke tak pun aku tak reti. Sangat kesian dengan diri sendiri T____T
  6. Dulu aku takut nak bawa kereta auto. HAHAHA. Sila gelak lagi. TAPI sekarang dah berani. YEAAAYYYYYY!!!
  7. Aku paling takut naik bukit sebab takut enjin mati. Sebabnya aku gagal test JPA dulu sebab bukit la tapi masa tu bukan enjin mati cuma tayar tak masuk dekat kawasan kuning tu. 
  8. Aku tak reti side parking. Jadinya sedaya upaya aku akan cari parking lain.
  9. Kalau nak parking, aku akan pastikan kereta aku betul-betul center dalam petak parking tu. Selagi tak betul, selagi tu la aku akan adjust. HEHEHE. Skemakan aku ni?? Bukan apa, takut nak kalau manusia kiri kanan kereta aku bukan pintu ikut suka, habis la kemek kereta ibu aku tuuuu.
  10. Aku tak berapa nak boleh memandu waktu malam akibat penyakit silau. Penyakit ke? Hentam je la. Kekadang terpaksa juga memandu waktu malam. 
OKEY la. Dah banyak sangat membuka pekung di dada sendiri. MALU. MALU. Korang macam aku tak? Share la sikit pengalam korang sikit. Tapi semua dekat atas tu FAKTA bagi aku tau. Bagi korang mungkin AUTA kot.


Daaaaaa~




Aku pemandu berhemah ~sila muntah~